Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Saddi mengiringi Masidi untuk meninjau kawasan dalaman Gua Gumantong.

CADANGAN GUMANTONG PARK TELAH MENDAPAT PERSETUJUAN MENTERI : SADDI

KINABATANGAN : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman berkata cadangan mengwujudkan Gumantong Park telah mendapat persetujuan pengwujudannya dari Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Beliau menambah menteri itu menyambut baik cadangan agar kawasan persekitaran di Gua Gumantong, gua yang menyimpan khazanah sarang burung layang-layang terkenal di asia tenggara itu, dilengkapi pelbagai kemudahan berteraskan pelancongan untuk mencapai misi berkenaan.

“ Malah Datuk Masidi menyatakan bahawa cadangan mengwujudkan Gumantong Park di kawasan yang hampir dengan gua itu amat strategik dan berkeupayaan untuk menarik lebih ramai pelancong luar negara ke sini,” katanya selepas menghadiri satu program menemui rakyat di sini.

Kata Saddi, menteri itu mengutarakan riaksi ke atas cadangan itu selepas melawat kawasan gua tersebut selama lebih sejam, beberapa jam selepas satu lawatan kerja di Kampung Bilit minggu lepas.

Katanya, dalam lawatan ke gua itu, Masidi menambah masa lawatannya lebih lama bagi meninjau persekitaran gua itu sebelum memasuki ke salah sebuah kawasan penuaian sarang burung di Gua Gumantong bagi memerhatikan keadaan dalaman gua tersebut.

Menteri itu, kata Saddi, dilihat berpuas hati dengan kegiatan pemuliharan di dalam dan persekitaran gua sebagai mengekalkan keindahannya yang merupakan salah satu tumpuan pelancong di Sabah.

“ Menteri itu juga mengumumkan bahawa pihaknya sudah bersetuju bagi memasukkan ‘Itiadat Mendarah’ di Gua Gumantong sebagai salah satu aktiviti ritual bagi memulakanya kegiatan menuai sarang burung di gua itu, dalam kalender Pelancongan Negeri bermula tahun depan,” kata Saddi..

Menteri itu, katanya, mahu istiadat mendarah di kalangan penduduk setempat itu dijadikan sebagai salah satu program menarik bagi menarik kehadiran pelancong ke gua itu yang disambut secara besaran.

Dengan menyambut baik sokongan yang diberikan menteri itu, Saddi berkata, pihaknya akan merangka pelbagai perancangan agar aktiviti menarik pelancong itu mendapat kerjasama padu rakyat.

Kata Saddi, menteri itu juga optimis aktiviti sedemikian merupakan satu acara tambah nilai kepada kewujudan Gumantong Park di masa depan.

“Apa yang saya harapkan, kunjungan Datuk Masidi ke gua berkenaan serta kawasan pelancongan Sukau dan Bilit membolehkan menteri itu menilai lebih dekat peluang serta perspektif berbeza berkaitan pelancongan di kawasan ini yang bukan saja menguntungkan pengusahanya tetapi rakyat di kawasan ini, menerusi pelbagai peluang yang ada,” katanya.

Maka wakil rakyat itu berharap menteri pelancongan tersebut dapat juga mengambil langkah susulan terhadap cadangan itu.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Laurestius Ambi, Penolong Pegawai Daerah, Arisin Aripin serta kakitangan daripada UPKR Sukau..

selesai