Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Belia perlu tampil jelaskan kebaikan kerajaan BN - Saddi


Kenangan…. Sebahagian daripada 80 ahli PKKPTS bergambar dengan Saddi bersama-sama Arisin dan Titing Bulah
Saddi menyampaikan cek RM2,000 sebuah sumbangan kepada persatuan itu, diikuti oleh sumbangan peribadi Arisin sebanyak RM500 untuk menjayakan aktiviti persatuan itu
Saddi memotong kek bersama pemimpin kelak kereta pantai Timur serta Arisin, Titing Bulah sempena setahun penubuhan persatuan belia itu
Saddi memberi pujian selepas  memerhatikan bahagian dalaman salah sebuah kereta milik salah seorang ahli PKKPTS


Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, golongan  belia merupakan kumpulan yang paling wajar menjelaskan rakyat tentang kebaikan dan keupayaan kerajaan Barisan Nasional (BN))  membela rakyat berbilang kaum serta matlamat memajukan negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau itu menegaskan, sebagai kumpulan yang bakal mendominasikan kepimpinan negara pada masa depan, kumpulan itu harus menyampaikan secara tepat kemampuan dan keberhasiilan kerajaan BN memberi keselesaan kepada rakyat, termasuk meletakkan negara sebagai pemain utama dalam segala bidang di peringkat global.

“Negara hari ini amat memerlukan ketrampilan adik-adik. Apalagi mereka mereka yang berpendidikan, mencaburi banyak bidang seperti ekonomi, menjadi kakitangan kerajaan serta swasta agar rakyat yang sebahagiannya belum begitu memahami situasi dan cabaran dihadapi negara, tidak terus dikelirukan pihak tidak bertanggungjawab.

Berucap merasmikan Majlis Sembang Bersamsa Pemimpin  sempena Pelancaran Persatuan Kelab Kereta Pantai Timur Sabah (PKKPTS) di Ruang Legar Rumah Rehat di Bukit Garam Kinabatangan, Saddi berkata, golongan belia yang memiliki pelbagai kemampuan di daerah ini berhak untuk membantu kerajaan menyampaikan mesej sedemikian secara total sebelum Pilihanraya Umum (PRU) ke 13.

Saddi yang juga Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah itu berkata, golongan itu  sekaligus boleh menjelaskan terhadap segala tindak tanduk pihak parti pembangkang, termasuk sanggup memfitnah para  pemimpin BN serta memburuk-burukkan keupayaaan kerajaan.

“ Saya begitu gembira dengan salah satu tujuan penubuhan kelab permotoran PKKPTS ini yang sanggup tampil berperanan memberikan penjelasan kepada rakyat tentang kemampuan pihak kerajaan BN serta pembohongan pemimpin pembangkang untuk mengelirukan rakyat.

“ Kalau ini menjadi matlamat pertubuhan belia ini, saya mengalu-alukan peranan mereka untuk terus bersama-sama BN sehingga menjelang PRU ke 13.

“ Saya akan beri keutamaan kepada adik-adik untuk menyertai saya dalam setiap program lawatan kerana kita mahu pastikan kemenangan siapapun calon BN dalam PRU 13, dalam kawasan Dun Sukau ini,” kata Saddi.

Turut hadir pada majlis yang dihadiri oleh lebih 80 ahli persatuan berkenaan ialah Pegawai Daerah Kinabatangan, Arisin Haji Aripin, Pegawai Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah, Titing Bulah Abdul Rahman, Pengerusi PKKPTS, Dahlan Mudin dan Dato Haji Sabran, Pegawai Kanan Kemas Kinabatangan yang juga penasihat PKKPTS.

Saddi juga menggalakkan agar persatuan itu mengembangkan peranan mereka ke daerah-daerah lain bagi memberikan gambaran keupayaan serta ‘imej baik’ belia di daerah ini, untuk diperkasakan di peringkat negeri, demi kebaikan ahli-ahlinya.

Sesuai dengan kedudukan persatuan itu melibatkan kawasan Pantai Timur Sabah, kata Saddi, keahliannya perlu diperluaskan dari Kudat hingga ke Tawau yang turut berperanan menjalinkan hubungan muhibah golongan tersebut pada masa depan.

Sambil memberikan sumbangan RM2,000 kepada persatuan itu, Saddi berkata, sebagai persatuan yang berteraskan bidang permotoran dan kenderaan, ahli-ahlinya perlu sentiasa bersedia menjadi ‘mentor’ kepada generasi muda supaya mereka membudayakan soal kemahiran dalam bidang pemanduan kenderaan di jalan raya.

Katanya, beliau merestui penubuhan persatuan tersebut bukan semata-mata untuk mendorong golongan muda supaya mempunyai kemahiran dalam bidang pengendalian kejuruteraan kenderaan, tetapi berhemah dan berdisiplin ketika memandu di jalanraya.

“ Saya juga mengharapkan menerusi proses mematangkan ahli persatuan ini, akan lahir lebih ramai belia yang berkecimpung di bidang permotoran dan mampu menjadi idola kepada masyarakat belia di dalam dan luar daerah Kinabatangan,” kata Saddi.

Saddi juga memberi jaminan, pihaknya akan sedia  berkerjasama menyokong untuk memaju demi kemajuan semua persatuan belia berdaftar di daerah ini.

Salah satu yang perlu diberi tumpuan, katanya, ialah cadangan untuk mengujudkan sebuah kompleks belia dan badan-badan ngo di daerah ini untuk dicadangkan kepada Pegawai Daerah Kinabatangan, bagi mengujudkan sebuah pusat perkembangan dan kemajuan belia dan pertubuhan-pertubuhan berdaftar terlibat.

Katanya, kedudukan daerah Kinabatangan memiliki banyak persatuan belia dan badan ngo itu sudah semestinya diberikan sokongan dengan mendapatkan kemudahan berkenaan sesuai kedudukan  kawasan tanah di daerah ini yang masih luas untuk tujuan itu.

“ Saya juga sudah berulang kali mengemukakan  pengujudkan sebuah kompleks Sukan Daerah Kinabatangfan dalam sidang Dun Sabah. Saya berharap ianya dapat direalisasikan lebih awal dalam program pembangunan Rancangan Malaysia ke 11 ( RMK11),  sebagaimana dijanjikan pihak kerajaan sebelum ini. “ katanya,