Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Tian Chua Persona non grata di Sabah

Bukti rakyat dalam DUN Sukau mengecam keceluparan Tian Chua
Datuk Saddi menandatangani laporan Polis di IPD Kinabatangan
Masluh Sital “ Kami Kecam Tian Chua’
Saddi membuat kenyataan media selepas membuat laporan
Pemimpin cawangan bersama Ahli Parkasa, Belia dan Wanita membakar gambar Tian Chua sebagai bantahan kenyataannya pada Suara Keaadilan sebelum ini



Datuk Saddi Haji Abdul Rahman  mengecam Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua sebagai  individu  ‘rakus politik’ dan ‘buta patriotisma’  hingga sanggup membuta tuli menuduh Parti Umno sebagai dalang penerobohan pengganas Sulu di Kampung Tondou Lahad Datu sebelum ini.

“Dalam sejarah politik di negara ini, tidak ada individu apalagi mewakili parti pembangkang yang memiliki sikap biadap dan bermulut celupar seperti Tian Chua.

“Tetapi beliau sanggup membuat tuduhan yang membabi buta atas kerakusannya berpolitik  sehingga menjadikannya lupa daratan, lupa tentang asal usulnya serta sumbangan yang sudah dibuktikan Parti Umno berbanding nilai parti pembangkang disertainya,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu.

Menyatakan perkara itu selepas membuat laporan polis atas kapasitinya sebagai mewakili Ketua-Ketua Cawangan Umno dalam DUN Sukau, Saddi mendesak agar pihak berkuasa keselamatan melakukan siasatan rapi terhadap dakwaan dibuat Tian Chua di dalam Akhbar Suara Keadilan itu sebelum ini.

“Saya bersama-sama Ketua Umno Cawangan dalam kawasan Dun Sukau mendesak supaya siasatan ini dibuat. Jika terbukti kenyataan itu dibuat Tian Chua tindakan tegas perlu dikenakan ke atas beliau sebagai pengajaran kepada setiap individu politik pembangkang yang ‘bermulut lancang’ di negara ini,” kata Saddi.

Lebih 130 orang bersama Saddi membuat laporan itu termasuk mewakili badan-badan Bukan Kerajaan (ngo), Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kinabatangan dan pemimpin badan-badan belia di sini.

Antara tindakan wajar yang sesuai dikenakan ke atas Tian Chua jika terbukti,  tegas Pengerusi Koperasi Pembangunan Sabah (KPD) ialah taraf kerakyaatan  di negara ini digugurkan.

Naib Preesiden PKR itu, kata Saddi juga layak untuk tidak dibenarkan memasuki Negeri Sabah berserta konco-konconya atas tujuan berkempen politik, selagi penyiasatan itu masih berjalan.

Beliau merayu agar kuasa Imegresen yang ada pada Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Keselamatan Negeri dikuatkuasakan untuk menghalang Individu seperti Tian Chua dan Konco-Konconya untuk  memasuki negeri ini.

Kuasa itu, tegas Saddi, boleh digunakan untuk menghalang Penasihat PKR, Anwar Ibrahim atas tujuan politik kerana nama pemimpin itu juga sudah dikaitkan pihak tertentu  dalam insiden Pengganas di lahad Datu.

Selain menyatakan sokongan padu kepada perjuangan seluruh anggota pasukan keselamatan yang kini menyabung nyawa mempertahankan  kedaulatan tanahair,  wakil rakyat itu mendesak rakyat supaya tidak sama sekali menyokong perjuangan Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13.

“ Kerana saya yakin dan percaya, negara ini tidak akan aman dan tenteram, selagi individu politik seperti Tian Chua dan konco-konconya, apalagi Parti Keadilan dan rakan-rakan kongsinya mewakili DAP dan PAS mendapat sokongan rakyat, apalagi menerajui kerajaan negeri-negeri yang ada seperti sekarang,” kata Saddi.

Selain beliau, beberapa badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bersama-sama membuat laaporan polis berkaitan Tian Chua turut mengecam Naib Presiden PKR itu.

Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kinabatangan, Awang Ahmad Ongkang berkata, individu politik seperti Tian Chua harus terus menerima, kecaman, kututan dan sumpah seranah rakyat negara ini kerana kebiadapan beliau.

“Jika betullah itu kenyataannya, Tian Chua bukan saja individu politik yang bukan saja tidak waras dan tidak bermaruah, tetapi penghianat kepada kedaulatan negara yang kita pertahankan.

Daripada kenyataan beliau, menunjukkan Tian Chua menyerupai seorang petualang negara yang sanggup melakukan apa saja, termasuk menggadai maruah negara, demi kepentingan diri dan politik pengikut PKR.

“ Satu cara saja untuk kita berhadapan orang seperti beliau ialah mendesak polis menyiasatnya.  Jika terbukti, beri Tian Chua hukuman paling setimpal.

“Perkasa berharap Tian Chua dan konco-konconya atau semua rakan kongsi PKR dalam Pakatan Rakyat dihalang keras memasiki Sabah agar rakyat negeri ini bebas daripada  “Virus Politik Rakus’ yang menyerang pengikut PKR dan Pakatan Rakyat,” katanya yang menegaskan pemimpin De Facto DAP, Lim Kit Siang pernah dikenakan sekatan itu semasa  pemerintahan Parti Berjaya.

Puan Masluh Sital yang mewakili  Ketua Pergerakan Wanita Umno Kinabatangan menegaskan, kebiadapan serta keceluparan Tian Chua  mewajarkannya untuk dikenakan tindakan tegas oleh kerajaan jika terbukti benar,  kerana ia bukti sebuah perjuangan bersifat’ musuh dalam selimut.

“ Bagi mengelakkan perbuatan beliau ini menjadi pengajaran apalagi kepada pembangkang PKR dan Pakatan Rakyat yang sudah ‘songsang’, kami menggesa siasatan rapi dibuat dan jika terbukti benar, Tian Chua harus dihukum,” kata Masluh bersama sekumpulan pemimpin pergerakan itu yang turut serta membuat laporan polis.

Kata Masluh yang juga Ketua Jalinan Rakyat Dalam Dun Sukau, tindak tanduk yang dimainkan pemimpin pembangkang itu mempastikan pihaknya bekerja lebih gigih untuk mempastikan Barisan Nasional (BN) menang seratus peratus dalam Pru 13.

Wakil Badan-Badan Belia yang hadir membuat laporan polis menyokong agar Tian Chua dan konco-konconya tidak dibenarkan masuk ke Sabah atas tujuan politik agar mereka tidak lagi mampu menyebarkan dakyah di negeri ini.

“ Mereka boleh masuk tetapi hanya untuk berjuang bersama-sama pasukan keselamatan untuk membuktikan samada kemasukan pengganas di Lahad Datu itu satu sandiwara Umno yang didakwa mereka, atau kerana sebenarnya rancangan pihak pembangkang durjana,” kata wakil Belia, Mohd Desman Rawing.