DSP Martin menyatakan sesuatu kepada Saddi.
|
Datuk Saddi Haji Abdul Rahman
mencadangkan kepada kerajaan supaya menambah jumlah anggota pasukan polis dalam
Daerah Kinabatangan bagi memperkasakan tugas melindungi keselamatan rakyat di
kawasan ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu
berkata, penambahan anggota itu agak penting memandangkan kedudukan daerah
Kinabatangan yang amat luas, selain memiliki kawasan persisiran pantai dan
pulau-pulau yang berhadapan perairan Laut Sulu, kawasan menjadi laluan pengganas di Kampung Tandou,
Lahad Datu dan Semporna ketika ini.
“Saya mencadangkan langkah
penambahan anggota ke kawasan Kinabatangan.
Kerana ketika ini saya merasakan jumlah anggota pasukan keselamatan
Di Balai Polis Kinabatangan perlu
dipertingkatkan.
“Selain daripada kedudukan perairan
ini dan Sandakan begitu bebas daripada kegiatan penyeludupan dan kemasukan
rakyat asing suatu ketika dulu, anggota yang bertugas di dakawasan persekitaran
daratan dan kampung-kampung terpencil di Dun Sukau perlu diadakan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas
mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, DSP Martin Lugu di
Ibu Pejabat Balai Polis Daerah Kinabatangan di sini.
Turut sama dalam pertemuan itu ialah pegawai-pegawai
kanan Polis IPD Kinabatangan, Pegawai Platon Rela Kinabatangan dan Pegawai Pembangunan Masyarakat Dun Sukau,
Amirudin Mohd Damit.
Saddi yang juga Pengerusi Koperasi
Pembangunan Desa (KPD) Sabah berkata,
terdapat hampir 90 buah kampung dalam
kawasan jagaan Pejabat Polis Daerah Kinabatangan merangkumi kawasan-kawasan
Kampung Dalam Daerah Kuamut dan 42 buah lagi terletak dalam kawasan Dun Sukau. 16 darinya kampung dalam Dun Sukau,
kata Saddi, berkedudukan di persisiran Pantai yang menghala perairan Sulu dan 26 buah Kampung terletak di kawasan daratan yang
bersempadan Dun Tungku dan Lahad Datu dalam kawasan Parlimen Silam.
“Saya dan pihak polis sependapat kawasan
dalam Dun Sukau ini amat memerlukan perhatian pasukan keselamatan termasuk
pihak polis kerana kedudukan penduduknya yang saya anggap terdedah daripada
ancaman luar dan golongan subresif,” katanya.
Saddi difahamkan pihak IPD
Kinabatangan juga sudah mengemukakan permohonan menambah bilangan anggotanya
kepada pihak tertinggi pasukan itu.
Saddi berkata, sektor pelancongan,
perladangan dan perikanan di dalam Dun Sukau akan menjadi lebih mantap dengan
meningkatnya jumlah kawalan keselamatan di polis di kawasan berkenaan.
Dalam pada itu, kata Saddi, beliau
amat berbangga dengan persiapan serta pengawasan keselamatan yang terus
diberikan pihak polis daerah ini.
“Selain mereka meningkatkan
kerjasama dengan pasukan keselamatan di daerah berhampiran seperti Sandakan dan
Lahad Datu, pasukan polis ini juga meningkatkan rondaan ke seluruh kawasan Dun
Sukau dan Kinabatangan termasuk di kampung-kampung terpencil seperti dalam
kawasanMukim Litang dan sepanjang pintu masuk ke daerah ini,” kata Saddi.
“Saya begitu berbangga dengan
tanggungjawab harian mereka. Saya
mendoakan semua anggota keselamatan ini terus terlindung daripada bahaya dan
daerah ini bebas daripada sebarang ancaman pencerobohan pengganas,” kata Saddi.
Saddi juga juga berpuas hati dengan aktiviti pelancongan dan perladangan di sini yang
dapat berjalan seperti biasa atas keupayaan pengawasan itu.