Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Insiden pencerobohan mampu satukan rakyat sokong BN - Saddi








Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, cabaran dihadapi kerajaan Barisan Nasional (BN) ekoran isu pencerbohan sekumpulan pengganas daripada Sulu di Lahad Datu dan Semporna telah menyatukan rakyat negara ini untuk sama-sama menyokong  padu pasukan keselamatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Dun Sukau itu berkata, isu pencerobohan pengganas yang mengaku sebagai pengikut Jamalul Kiram 111  dan menuntut  Sabah sebagai hak dan wilayah Kesultanan Sulu,  berupaya membangkitkan semangat jati diri rakyat semua kaum, demi mempastikan pasukan keselamatan dapat mempertahankan kedaulatan tanahair dari diganggu gugat pihak luar.

“ Kesatuan ini turut berupaya menolak sekaligus pengaruh parti-parti pembangkang yang selama ini terbukti mengambil kesempatan daripada kepercayaan rakyat. Ia sekaligus membawa kepada kekuatan baru kepada BN menghadapi Pilihanraya Umum (Pru) ke 13,” katanya.

Berucap menyampaikan bantuan Beg Sekolah yang dismbangkan Korperasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah, diikuti sumbangan Sentuhan Kasih anjuran Unit PKR Dun Sukau di SK Batu Putih di sini pada Rabu, Saddi berkata, isu yang turut mengorbankan  sepuluh anggota pasukan keselamatan lebih memperkuatkan azam rakyat Sabah agar terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan yang ada.

Tegas Saddi, keupayaan  kerajaan BN menangani isu itu demi mempastikan keselamatan rakyat, telah membawa kepada keyakinan baru ke atas BN sebagai sebuah kerajaan yang benar-benar melindungi kepentingan keselamatan serta hak rakyat.

“ Sebagai contoh, seluruh rakyat Dun Sukau dan  Kinabatangan turut memperlihatkan kesatuannya. Di sana sini, mereka mengutuk pencabulan hak kumpulan pengganas berkenaan dan mahu agar saki baki kumpulan itu serta talibarutnya dihapuskan,” kata Saddi.

Saddi kemudian mengajak kalangan rakyat yang sebelum ini kurang serius dalam menyokong gagasan serta iltizam kerajaan terhadap isu itu supaya  menilai kembali tahap sokongan mereka.

Sambil menyifatkan insiden pencerobohan itu telah memberikan banyak impak dan pengajaran kepada rakyat serta kerajaan, Pengerusi KPD Sabah itu yakin nilai kerjasama dan sokongan semua pihak itu sesuatu  yang begitu mendalam terhadap nilai sebuah perpaduan bagi mengelakkan insiden seumpama itu berulang.

Saddi juga mengharapkan agar insiden berkenaan membuat rakyat termasuk dalam Dun Sukau meningkatkan lagi azam dan  keupayaan  dalam pelbagai bidang khususnya  ekonomi dan pendidikan untuk meletakkan mereka bersaing di peringkat global.  

“ Dengan kita memiliki sumber-sumber yang ada seperti kini berkembang dalam sektor pelancongan, perladangan, pertanian dan banyak lagi, kita perlu pastikan bahawa kita mampu maju mengikut acuan kita termasuk berlandaskan kehendak dan ajaran Islam.

“ Kita amat yakin, Konsep IMalaysia, yang mengutamakan rakyat serta pencapaian kerajaan, dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terbutki b erjaya diseiringkan  dengan Dasar Halatuju Pembangunan Negeri yang diilhamkan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

“Kedua-duanya mampu menjadi panduan dan memimpin masa depan rakyat di Sabah mencapai kemajuan,” Kata Saddi yang turut merujuk kepada pencapaian tranformasi kerajaan menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)  dan Pencapaian Indeks Ekonomi Negara (NKEA), sebagaimana diumumkan Datuk Seri Najib pada malam Selasa..

Antara lain, kata Saddi, keputusan kerajaan untuk terus mengekalkan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) dan pelbagai bantuan subsidi dan pembelaan, telah menggembirakan rakyat untuk mendapat  kebajikan  sebelum mereka mencapai kemajuan  lebih baik.