Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Pupuk semangat cintakan kedaulatan negara di kalangan pelajar - Saddi


Bung Moktar dan Saddi bersama-sama pelajar dan guru-guru menyanyikan lagu ‘Inlah Barisan Kita’
Saddi, Moktar, Jefrry dan Azman menyertai program mewarnai lukisan Jalur Gemilang
Saddi dan Bung Moktar menerima taklimat daripada Hajah Suriyati berhubung dengan keujudan Kelas Pendidikan Khas, SK Bukit Garam 11  yang menempatkan kini 11 orang murid
Saddi turut berpeluang menandatangani buku pelawat sekolah Pendidikan Khas
Bung Moktar menyampaikan ‘mock Cek’ RM5,000 daripada Umno bahagian Kinabatangan kepada DSP Martin sambil disaksikan Saddi dan para pemimpin dan kakitangan kerajaan


Golongan pelajar adalah antara kumpulan sasaran yang tepat diberikan pendedahan awal berhubung nilai semangat cintakan kedaulatan negara untuk terus dipertahankan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman.

Beliau berkata, golongan itu bermula daripada pra tadika hingga ke tahap pendidikan tinggi perlu terus diterapkan semangat patriotisma agar mereka bukan saja sentiasa sedia untuk mempertahankan maruah negara, tetapi juga bersaing dalam segala bidang di peringkat global semasa-mata untuk membawa dan meperkasakan imej negara.

Bercakap kepada media selepas menghadiri Program Patriotisma Negara anjuran Jabatan Pelajaran Daerah Kinabatangan di SK Bukit Garam 2 di sini, Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah itu menegaskan,  insiden pencerobohan sekumpulan pengganas Sulu yang telahpun mengorbankan anggota pasukan keselamatan negara di Kampung Tandou Lahad Datu dan Semporna itu telah membangkitkan semangat cintakan negara untuk terus dipertahankan dari sebarang an asir durjana.

Program itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin, Pegawai daerah, Arisin Haji Arifin, Ketua Polis Daerah, DSP Martin Lugu, Timbalan Ketua Umno Bahagian, Jeffery Ariffin, Naib Ketua Umno Bahagian, Azman Haji Mastar, Ketua Pegerakan Pemuda Umno Bahagian, Matmin Itin dan  Penolong Pegawai Daerah, Madinin Jimin, PKR Dun Sukau, Sharin Haji Abdul Rahman dan Guru Besar SK Bukit Garam 2,  Hajah Suriyati Lau Abdullah.

Turut memariahkan program itu ialah dengan kehadiran lebih 200 daripada 615 pelajar sekolah rendah itu, diikuti lebih 100 orang ibu bapa, para jemputan dan 45 orang guru sekolah yang mendapat pengiktirafan daerah,  berikutan pelbagai kemudahan yang terdapat di dalamnya termasuk keujudan sekolah pendidikan khas untuk golongan kanak-kanak istimewa sekitar daerah ini sejak empat tahun lalu.

Saddi melahirkan rasa gembira kerana beliau dan para pemimpin bahagian diketuai Datuk Bung Moktar serta pemimpin di peringkat Umno dan BN dalam kawasan itu dapat menyertai program yang bersifat menerapkan nilai semangat cintakan negara di kalangan generasi pelajar rendah, belia dan masyarakat setempat di sekitar kawasan itu.

Saddi menyarankan agar program seumpama itu dapat dikembangkan bukan saja di kalangan pelajar sekolah itu tetapi ribuan pelajar rendah dan menengah di dalam kawasan Dun Sukau bagi memberikan mereka pendedahan serta tumpuan dalam mempertahankan kedaulatan tanahair dari diganggu gugat anasir luar dan subresif.

“ Saya juga mencadangkan kepada pemimpin di peringkat kampung seperti pihak JKKK dan Ketua Kampung supaya mengadakan program seperti ini, sesuai dengan suasana negara ketika ini sedang cuba diuji pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak bertamadun,” kata Saddi.

Dalam program itu Saddi turut menyaksikan penyerahan sumbangan ikhlas oleh Datuk Bung Moktar kepada DSP Martin antaranya melibatkan sumbangan Jawatankuasa Umno Bahagian sebanyak RM5,000, diikuti RM26,000 disumbangkan oleh Pejabat Daerah Kinabatangan, RM1,000 daripada setiap enam syarikat kontraktor kecil dan sederhana dan RM500 turut disumbangkan oleh Koperasi Kampung Abai Kinabatangan Berhad serta badan-badan bukan kerajaan seperti Persatuan Ibu Tunggal Kinabatangan, Saudara Matmin Itin dan ramai lagi.

Datuk Bung Moktar memberikan ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua penderma terlibat dan berharap ianya dapat meringkan beban semua anggota keluarga pasukan keselamatan yang terkorban dan tercedera sejak usaha menangani kehadiran kumpulan pengganas tersebut pertengahan febuari lepas.

“ Saya berdoa semuga pemergian anggota pasukan keselamatan menerima limpahan besar daripada Allah SWT kerana sanggup berkorban untuk mempertahankan kedaulatan tanahair,” katanya.
Sepanjang acara itu dijalankan semangat cintakan negara diselang selikan dengan lagu-lagu patriotic termasuk Inilah Barisan Kita, Pahlawanku, Biar Putih Tulang dan banyak lagi, diikuti pertandingan mewarna  Jalur Gemilang oleh semua hadirin  serta doa dan Al-Fatihah kepada wira-wira negara yang telah gugur di medan hadapan negara itu.
Bung Moktar yang turut melawat kelas pendidikan khas sekolah itu  kemudian mengumumkan pemberian empat unit computer untuk kelas berkenaan yang dua darinyanya turut disumbangkan Datuk Saddi.