Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Pemilihan semula ini satu tanggungjawab - Saddi

Saddi memeluk erak bapanya, Haji Abdul Rahman setibanya di lapangan kediaman keluarga itu
Sejurus tiba beliau disambut dengan doa kesyukuran oleh para penyokong beliau 


Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, pemilihannya sebagai salah seorang daripada  ‘ Calon Pasukan Tranformasi  Barisan Nasional (BN)[‘ menghadapi Pliihanraya Umum (PRU) Ke 13 merupakan satu tanggungjawab besar bagi meneruskan halatuju pembangunan serta pembelaan rakyat secara telus di negara ini.

Calon BN N.48 Sukau itu berkata, dengan kepercayaan dan tanggungjawab itu beliau akan berusaha melakukan yang terbaik samada dalam meneruskan agenda pembangunan kerajaan serta segala gagasan kemajuan yang dimasukkannya dalam Blue Print pembangunan rakyat kawasan itu.

“ Saya menggangap kepercayaan yang diberikan kerajaan BN untuk saya bertanding sebagai calon kerana antara lain para pemimpin tertingginya telah mendengar dan melihat segala perancangan kita bersama.

“ Kedua, kerana sokongan padu yang terus diberikan oleh seluruh rakyat berbilang kaum di kawasan Dun Sukau sejak saya memimpin kawasan ini lima tahun yang lalu,” katanya.

Bercakap pada satu Majlis Keyukuran Bersama Calon BN Dun Sukau di kediaman bapa beliau di Kampung Perpaduan, Batu Putih dalam kawasan Dun Sukau di sini, Saddi yang juga Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah menegaskan, sokongan padu yang akan terus diberikan rakyat pada PRU ke 13 akan membolehkan segala permintaan rakyat di kawasan itu termasuk yang terkandung dalam Blue Print Pembangunan Sukau akan dilayakan oleh kerajaan itu kelak.

Antara lain kandungan blue print berkenaan, ialah menjayakan program pembangunan inftrastruktur dalam kawasan Pekan Baru Sukau, Bandar Bio Diversiti yang sudah diluluskan kerajaan negeri 24 Julai tahun 2010.

Ia termasuk usaha mengeluarkan kelulusan geran tanah kepada rakyat yang mendiami kawasan kampung sedia ada, selain mengatasi isu pertindihan permohonan tanah di kalangan para pemohon tempatan, sekaligus meneruskan usaha pembangunan ekonomi berasaskan sumber tersebut.

“Kita menyediakan pelbagai cadangan sebelum ini baik melibatkan masyarakat nelayan, petani dan mereka yang terlibat dalam sektor pelancongan dan pemasaran yang secara keseluruhannya akan dilonjakkan penghasilannya demi untuk faedah jangka panjang rakyat,” katanya.

Bercakap di hadapan lebih 1,000 orang penduduk yang mewakili kampung Batu Putih, Perpaduan dan Gumantong jaya di sini, Saddi berkata, keupayaan kerajaan menyediakan pelbagai infrastruktur termasuk kemudahan asas rakyat seperti bekalan api letrik, bekalan air dan kemudahan jalanraya sebelum ini dapat memberikan galakan kepada beliau untuk meningkatkan segala sektor pembangunan ekonomi di kawasan ini.

“Apalagi dengan keupayaan kerajaan mengujudkan Zon Keselamatan Pantai Timur ( ESSZONE) di sepuluh kawasan Daerah Pamtai Timur Sabah yang melibatkan Dun Sukau, Kinabatangan, sudah tentu memberikan lebih keselesaan dari sudut keselamatan untuk bekerja lebih kuat membangunkan rakyat,” katanya.

Sebelum itu ratusan pemimpin akar umbi yang merupakan penyokong BN dari kawasan ini  menyambut ketibaan Datuk Saddi serta sebahagian keluarganya dari Kota Kinabalu di Lapangan Terbang Sandakan, sebagai meraihkan keputusan BN mencalonkan  beliau semula sebagai calon BN kawasan ini untuk panggal kedua.

Sambil diberikan kalungan bungga, Datuk Saddi dijulang sebelum dibacakan doa dan dibawa ke rumah bapanya di Kampung Perpaduan seterusnya masyarakat yang hadir meraihkan pencalonan beliau dengan kenduri kesyukuran.

Saddi dalam ucapannya berkata, pihaknya akan menyusun program lawatan kempen di seluruh kawasan Dun Sukau sepanjang tempoh berkempen yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam Pru ke 13.

Beliau mengharapkan rakyat di kawasan itu supaya terus bersama BN tanpa perlu mendengar sebarang pujuk rayu serta propaganda yang sengaja dibuat oleh pihak pembangkang dalam  pilihanraya kali ini.

“ Hanya sokongan padu yang terus diberikan rakyat akan mempastikan BN dalam kawasan ini memenangi dengan majority yang besar dan sudah pasti rakyat di kawasan ini akan mendapat pelbagai kebaikan daripadanya,” katanya.