Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Sekitar kempen BN di Persisir Pantai Dun Sukau

Keadaan semasa menyampaikan ceramah politik di rumah salah seorang penyokong BN 


Calon Barisan Nasional (BN) Dun Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan,  usaha rakyat kawasan ini  meraih pelbagai program pembangunan termasuk memiliki pusat pentadbiran daerah sendiri pada masa depan,  menerusi sokongan padu terus diberikan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya kali ini.

Beliau berkata, usaha rakyat di kawasan ini mencapai status negara maju, hanya tujuh tahun dari sekarang boleh dilakukan menerusi pelbagai perancangan rapi kerajaan termasuk mendapat kerjasama padu rakyat  mampu menjadi kenyataan,  menerusi niat murni itu. “ 

Kita mempunyai masa yang terlalu singkat untuk mencapai kemajuan itu. Tetapi kerjasama yang luhur kepada sebuah kerajaan yang kuat seperti  BN, kita pasti semua impian penting ini menjadi kenyataan,” katanya.

Berucap dalam satu perjumpaan bersama masyarakat pengundi di Kampung Tanjung Aru di sini, sempena program jelajah beliau bersama calon Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin di kawasan persisiran Pantai Dun Sukau itu, Saddi berkata, BN sudah melakarkan banyak kemajuan di kawasan ini yang memberi petunjuk kukuh bahawa harapan  besar rakyat itu dapat ditunaikan.

Turut serta dalam program itu ialah mantan Adun Sukau, Datuk Dr. Zaki Gusmiah, Naib Ketua Umno Bahagian Kinabatangan yang juga Timbalan Pengarah Pilihanraya Dun Sukau, Azman Mastar.

Namun pencapaian pembangunan dalam Dun Sukau, kata Saddi,  perlu dianjakkan kerana pengurusan pentadbiran melibatkan 16 buah kampung nelayan di kawasan persisiran pantai masih bergantung kepada perhatian Majlis  Perbandaran Sandakan (MPS).

Meskipun kawasan sebahagian tanah besar Dun Sukau di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kinabatangan, tetapi kurangnya perhatian di pihak pentadbiran MPS turun padang meninjau masalah rakyat di kawasan persisiran pantai Dun Sukau, menjadikan sebahagian kawasan di sini masih tertinggal, kata Saddi.

“Saya selalu menyatakan kepada rakyat, nasib kawasan ini tidak ubah seperti  bidalan melayu ‘ satu kapal dua nahkoda,’ di mana sebuah kawasan ditadbir oleh dua pusat pentadbiran daerah termasuk Pejabat Daerah Kinabatangan dan MPS.

“Tetapi kekurangan ini memerlukan perhatian dan pembelaan pihak kerajaan. Itu sebabnya saya telah mengemukakan cadangan pada Siang Dewan Undangan Negeri Negeri 2008 untuk merubah suasana pentadbiran ini.

Namun sokongan padu yang diberikan oleh rakyat Dun Sukau untuk merealisasikan harapan ini, juga dibantu oleh Datuk Bung Moktar yang bakal meneruskan tugas beliau sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan,  kemajuan dan masa depan rakyat kawasan ini pasti terbela.”katanya.

Sementara itu, Datuk Bung Moktar dalam ucapannya menggesa rakyat tidak lagi merubah pendirian mereka daripada terus memberikan sokongan kepada kepada kerajaan BN.

Kata Bung Moktar, pendirian rakyat harus terus bersama BN yang merupakan ibarat kapal yang terus melayari lautan bagi mencapai kemajuan, selain rakyat meraih pelbagai bidang pencapaian.

“ Rakyat jangan terikut-ikut dengan propaganda pihak pembangkang. Kalau para penyokong termasuk Parti Pakatan Rakyat (PR), kenapa pula rakyat di kawasan luar bandar ini terus berpihak kepada pembangkang.

“Kita sudah tahu dan menyadari, malah merasai nikmat kemajuan yang telah disumbangkan BN di kawasan ini sejak 55 tahun lalu. Maka marilah kita berikan sokongan kepada kerajaan yang kuat ini,” katanya.

Berucap di Kampung Sepinong dan Tanjung Batu kemudian, Bung Moktar berkata, beliau akan memberikan tumpuan prasarana asas di semua kampung di persisiran pantai itu terutama melibatkan penyaluran bekalan air dan kemudahan api letrik termasuk mengembangkan program pemberian solar hybrid di semua kampung berkenaan, sesudah BN distyiharkan semula  kembali memerintah selepas PRU ke 13.

“Saya akan pastikan rakyat di kawasan persisiran pantai ini menerima pelbagai kemudahan asas daripada kerajaan. Selain membawa perkara ini kepada kerajaan pusat, saya menyarankan juga Datuk Saddi agar memberikan tumpuan kepada keperluan rakyat berkenaan demi kebaikan mereka,” katanya.

Kedua-dua calon berkenaan turut mengadakan pertemuan dengan pengundi di kawasan Kampung Baungun dan Kampung Lubukan yang merupakan sebahagian mereka adalah masyarakat nelayan bagi menawarkan diri agar mendapat sokongan padu rakyat.