Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Peluang sama rata kepada semua lapisan masyarakat sekiranya saya menang - Saddi




Calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, beliau sentiasa memberikan ruang dan peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk bersama-samanya menarajui pimpinan di kawasan itu sebaik saja diberi mandat pada Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 ini.

Katanya, keutamaan itu termasuk kepada golongan muda yang berkebolehan supaya gerakan tranformasi pembangunan yang terkandung di bawah Blue Print pembangunan Dun Sukau yang dilakarkannya sejak lima tahun lalu mampu dipenuhi melibatkan suara dan tuntutan masyarakat belia.

“ Saya berpendapat hak memimpin rakyat di kawasan ini adalah milik bersama dan ianya pasti berasaskan kepada kerjasama dan persefahaman di antara kita. Namun apabila kita dapat membeeri khidmat secara kemas, pantas dan memiliki disiplin di tahap tinggi, kita mampu memiliki penghasilan tugas yang berkualiti untuk kebaikan jangka panjang rakyat,” katanya.

Menyampaikan perkara itu ketika berkempen di markas Pilihanraya Kampung Perpaduan yang terletak di kawasan lapang kediaman bapanya di sini, Saddi berkata, pelbagai pendekatan yang dilakukannya dalam memberikan khidmat kepada rakyat di kawasan ini lima tahun lalu akan lebih diperkemaskan demi manfaat rakyat dan imej BN di kawasan ini.

“ Saya telah mengujudkan beberapa keperluan seperti makmal tanah, makmal kebajikan, makmal pembangunan dan  belia. Saya juga memperkemaskan peranan Unit PKR kawasan ini menerusi penubuhan Jawatankuasa Tindakan Unit PKR yang menyerupai Mesyuarat Tindakan Pembangunan Daerah yang antara lain peranannya mengujudkan penarafan bintang-bintang bagi menyukur pembangunan sesebuah kampung dalam Dun Sukau.

“ Semua ini, adalah untuk kebaikan rakyat di kawasan ini yang perlu dinikmati dan dirasai oleh semua lapisan samada secara jangka pendek dan jangka panjang,” katanya.

Turut serta bersama beliau ialah Naib Ketua Umno Bahagian Kinabatangan, Azman Haji Mastar yang juga Timbalan Pengarah Pilihanraya kawasan Dun Sukau.

Segala pendekatan beliau untuk menyediakan pembangunan seperti pengujudan Pekan Baru Sukau, bandar Bio Diversiti, diikuti penyediaan infrastruktur asas termasuk bekalan air yang tidak lagi dinikmati oleh sebahagian besar rakyat dalam Dun Sukau, tegas Saddi boleh dibandingkan dengan peranan yang sudah dibuat oleh calon-calon yang mewakili Parti Pembangkang yang bertanding dalam Pilihanraya Umum kali ini.

Kata Saddi yang juga Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa (KPD), jika seluruh rakyat termasuk belia memberikan mandat baru kepadanya pada PRU kali ini, beliau yakin banyak lagi perancangan-perancangan baru dilakukan terutama demi kebaikan ekonomi seluruh rakyat di kawasan itu.

“Katakanlah jika saya diberi lebih daripada dua hingga tiga panggal, insyallah banyak kemajuan yang boleh kita kongsikan termasuk kita mampu memintas pencapaian pembangunan yang sudah dikecapi oleh kawasan-kawasan lain,” katanya.

“Pihak pembangkang, apalagi calon-calonnya yang bertanding di kawasan ini, bukan saja tidak mampu melakukan apa yang sudah ditunaikan kerajaan BN, tetapi mereka lebih kepada memecah belahkan perpaduan rakyat menerusi tindak-tanduk mereka yang antara lain memburuk-burukkan pemimpin kerajaan hari ini,” katanya.

Katanya, beliau sudahpun menemui sebahagian besar ahli-ahli dan pimpinan Umno di cawangan-cawangan di kawasan ini, diikuti para pemimpin JKKK, Ketua-katua kampung dan ramai lagi pemimpin akar umbi.

“Saya yakin, sesudah memberikan penjelasan dan penerangan tentang aspirasi, visi dan misi saya jika diberi mandat akan datang ini, mereka Nampak bersetuju dan memberikan sokongan padu kepada BN, “ katanya.

Hari ini, Saddi akan menemui rakyat dan pemimpin masyarakat 16 buah perkampungan nelayan yang mendiami persisiran pantai Dun Sukau sebagai meneruskan program kempen beliau.