Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Pengundi DUN Sukau yang tinggal di Sandakan tidak pernah dilupakan - Saddi







Calon BN Dun Sukau, Datuk Saddi haji Abdul Rahman memulakan gerakan kempen beliau  ke atas rakyat di kawasan itu dengan memberikan tumpuan kepada pengundi di kawasan Bandar .

Saddi yang ditemani oleh naib Ketua Bahagian Kinabatangan, Azman Haji Mastar dan isteri beliau, Datin Nordiah Jambri memulakan lawatan kempennya ke atas mantan Ketua Anak Negeri, Halik Datuk Ugi bersama beberapa pengikut serta saudara mara pemimpin akar umbi itu.

Lawatan kedua Saddi menemui bekas seorang ahli perniagaan, Haji Montoi bin Sahih dan keluarga terdekatnya, sebelum melawat ibu kepada pemimpin akar umbi di kawasan itu, Saddul Bte Sapari , lewat  80an yang terlantar sakit di Hospital Duchess Of Kent  Sandakan.

Saddi yang bersama-sama lebih 30 penyokong BN Kinabatangan diketuai Ismail Tarandan kemudian menuju ke rumah Dewi Kadir, 80an, nenek kepada juara program Realiti TV,  Mentor iaitu Fiq di Taman Rajawali.

Di sebelah petang, Saddi merasmikan program perjumpaan beliau selaku calon Dun Sukau bersama para pemimpin akar umbi dan jentera BN bagi  seluruh kawasan Dun itu.

“Saya bergembira kerana program kempen bermula hari ini saya dapat turun padang bertemu rakyat, yang sebahagian mereka adalah keluarga terdekat saya.

“Kalau dulu, mereka hanya kerap hadir mendengar ucapan saya, tetapi kali ini saya dapat mendengar segala keluhan mereka, sekaligus menyuarakan sokongan padu kepada  Barisan Nasional (BN),” katanya.

Saddi melahirkan rasa gembira kerana beliau dapat memberikan penjelasan berhubung dasar perjuangan serta pembelaan BN ke atas rakyat.

Saddi dalam ucapannya di rumah Pak Halik menegaskan, pihak pembangkang tidak lebih daripada sebuah parti yang hanya berperanan memecah belahkan rakyat kerana tidak akan berupaya  melakukan tanggungjawab sebagaimana yang mereka janjikan.

“ Selama menjadi wakil rakyat lima tahun lalu, kita mampu melaksanakan pelbagai program pembangunan di kawasan ini termasuk Pekan Baru Sukau, yang bakal memulakan pembangunannya awal tahun depan,” katanya.