Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pemangkin kemenangan besar BN

Gambar Pergerakan Wanita & Puteri serta Pemuda Umno Kinabatangan pada mesyuarat PRU 13

Calon Barisan Nasional (BN) Dun Sukau,  Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, keupayaan pemimpin akar umbi parti mewakili Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri merangkumkan keupayaan dan gerakan mereka dalam berkempen membolehkan BN di kawasan itu menang besar menghadapi pilihanraya Umum (PRU) kali ini.

Beliau berkata, semangat untuk mengelakkan sebarang kelemahan dalam berkempen, terutama keciciran rakyat menerima penerangan berhubung sumbangan dan khidmat BN selama ini membolehkan seluruh lapisan rakyat membuat pernilaian yang terbaik, sebelum mereka membuat keputusan memilih calon BN samada mewakili Dun Sukau, Parlimen  dan Dun Kuamut.

“ Yang pasti, saya melihat seluruh jentera Pergerakan wanita, pemuda dan puteri cukup bersemangat menghadapi PRU kali ini.  Sudah tentu, kekuatan kerjasama yang wujud dalam pasukan ini membolehkan BN menang besar di semua kawasan di Kinabatangan,” katanya.

Menyampaikan ucapan pada Mesyuarat Jentera Pilihanraya Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri di Hotel Sabah di sini, pada  Selasa, Saddi yang juga Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah menegaskan, sokongan golongan muda  Umno terhadap BN pada PRU ke 13 mampu mengalihkan perhatian generasi belia untuk bersama-sama menyokong BN kali ini.

Kata Saddi,  semua jentera itu perlu turun padang dan bersiap sedia mengembangkan peranan mereka berkempen semata-mata memberikan penjelasan kepada masyarakat luar bandar tentang keupayaan dan kebaikan yang sudah dicyurahbkan BN semenjak memerintah negara 55 tahun lalu.

“  Di Sukau dan seluruh Kinabatangan kita telah melakukan segala-galanya yang terbaik untuk menjayakan pembangunan rakyat di kawasan ini khususnya kemudahan infrastruktur, keupayaan melonjakkan program ekonomi bersepadu masyarakat setempat dalam segala sektor, diikuti usaha menyediakan peluang-peluang baru kepada rakyat,” kata Saddi.

Turut hadir dan menyampaikan ucapan dalam program itu ialah Ketua pergerakan Wanita Umno Kinabatangan, Datuk Napsah Datuk Pangiran Abdul Rahman, Ketua Pergerakan Pemuda Kinabatangan, Matmin Itin dan Ketua pergerakan Puterinya, Rohenzie Lamri.

Kesemua program pembangunan yang bersifat jangka pendek dan jangka panjang ini, kata Saddi perlu difahami oleh golongan muda bagi mempastikan mereka bukan semata-mata menghargai sumbangan kerajaan, tetapi menyertai rancangan pembangunan kerajaan.

Sementara itu, Napsah dalam ucapannya menggesa seluruh rakyat di  kawasan Parlimen Kinabatangan memberikan sokongan padu kepada  calon BN bagi mempastikan hak dan kepentingan generasi akan datang di kawasan ini akan terus terbela.

Matmin dalam ucapannya menegaskan, golongan muda termasuk yang sudah sekian lama di dalam Umno dan BN terus memberikan sokongan padu kepada BN dan semua calon yang diletakkan di ketiga-tiga kawasan itu kerana telahpun menikmati pelbagai sumbangan pihak kerajaan sehingga kini.