Datuk Saddi Haji Abdul Rahman,
Datuk Bung Mokthar Radin dan Masiung Banah masing-masing sah sebagai calon
Barisan Nasional (BN) mewakili Dun Sukau, Parlimen Kinabatangan dan Dun Kuamut,
menghadapi pertandingan tiga hingga empat penjuru menentang parti-parti
pembangkang di sini pada pada Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 kali ini.
Ketiga-tiga calon BN berkenaan yang
jalan berpimpin sejauh 1km dengan menyanyikan Lagu’ inilah Barisan Kita’ tiba
di pusat pencalonan tepat pukul 9.00 pagi di Dewan Serbaguna Sri Lamag, diberi tepukan
gemuruh lebih 3,000 penyokong Barisan Nasional (BN) mewakili kawasan itu.
Walaupun kawasan penamaan calon
itu dikawal ketat pihak polis serta diawasi kakitangan Suruhanjaya Pilihanraya
(SPR), namun Saddi, Bung Mokthar dan Masing tidak melepaskan peluang untuk
berjabat tangan dengan para penmyokong BN yang berhimpun 50 meter daripada
perkarangan dewan sejak awal pagi.
Sebaik saja penyerahan borang
pencalonan oleh semua calon yang bertanding di tiga kawasan tersebut, Pengurus
Pilihanrayanya, Arisin Haji Arifin tepat pada pukul 11.00 pagi mengumumkan
bahawa Saddi yang mendapat nombor terawal sebagai calon kawasan Dun Sukau akan ditentang
oleh tiga calon lawan iaitu Juhari Perutai mewakili Parti Star, Aprin Muhsin
(SAPP) dan Haji Ahdah Sulaiman (PAS).
Bagi kawasan Parlimen
Kinabatangan, Bung Mokthar Radin ditentang oleh Abdul bin Abdullah Sani (PKR),
Yambuya @ Cyril Perantis (Star) dan Haji
Latif Taha (Bebas).
Masing turut menghadapi
pertandingan tiga penjuru bagi kawasan Kuamut apabila beliau ditentang oleh
Calon PKR, Mustapha Tambuyung dan Edward Puduk
mewaili Star.
Sementara itu dii markas BN
Parlimen Kinabatangan, Saddi menyatakan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada para para pemimpin BN pusat dan Negeri kerana masih memberikan
kepercayaan kepadanya sebagai calon PRU 13 di kawasan itu.
“ Pertamanya, saya secara rasmi
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perdana
Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin
Yassin. Demikian juga kepada Pengerusi BN Sabah yang juga merangkap Ketua
Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.
“Sokongan dan kepercayaan yang
diberikan oleh ketiga-tiga pemimpin BN pusat dan negeri ini telah mempastikan
saya bertanding dalam PRU ke 13 seterusnya dapat tampil kembali memperjuangkan
segala aspirasi dan tuntutan kemajuan rakyat di kawasan Dun Sukau,” katanya.
Kata Saddi, beliau akan
mempastikan skongan dan kepercayaan para pemimpin tertinggi berkenaan mampu
memberikan kebaikan yang besar kepada rakyat terutama dalam mempastikan
kemajuan ekonomi dan pembangunan di kawasan ini setanding dengan pencapaian dan
kemajuan daerah-daerah lain di Sabah.
“ Saya terus menyampaikan kepada
rakyat di kawasan Dun Sukau bahawa kita mampu mencapai banyak kemajuan dalam
segala bidang selagi kita terus memberikan sokongan dan kerjasama kepada
Barisan Nasional,” katanya.
Katanya, pihak pembangkang
apalagi gabungan parti melibatkan PKR, DAP dan PAS tidak mampu berbuat demikian
apalagi di negeri ini kerana mereka bukan saja tidak mempunyai pengalaman untuk
memajukan negara, tetapi perjuangan mereka tidak diterima oleh rakyat Sabah.
“ Namun begitu mari kita buktikan
semula bahawa kesemua parti berkenaan tidak akan mendapat tempat di hati
rakyat di kawasan ini dengan terus
memberikan sokongan padu kepada BN yang menyebabkan semua calonnya hilang
deposit undi sebagaimana keputusan diraih pada PRU ke 12 lepas,” kata Saddi.
Datuk Bung Moktar yang juga
Pengerusi BN Kinabatangan dalam ucapannya menegaskan semua jentera BN akan
bekerja keras bagi mempastikan ketiga-tiga kawasan pilihanraya itu terus milik
BN dalam PRU ke 13.
Bagi segelinitir jentera BN yang
masih berada di kawasan bandar, katanya, harus turun ke kawasan masing-masing
bagi mempastikan semua kubu BN di Parlimen Kinabatangan Dun Kuamut dan Dun
Sukau terus mempunyai persiapan yang tinggi menghadapi PRU ke 13.
“ Saya mengarahkan semua anggota
jentera BN agar masuk ke kawasan bagi mempastikan segala persiapan seperti pemasangan
poster-poster calon BN, diikuti bendera dan apajuga keperluan jentera BN dapat
dipersiapan sebelum tarikh mengundi dalam PRU 13 pada 5 Mei ini,” katanya.
Sementara itu, Masiung Banah yang
menyifatkan dirinya sebagai adik bungsu di kalangan ketiga-tiga calon BN itu
turut yakin kawasan Dun Kuamut akan mampu mempertahankan kemenangannya
sebagaimana yang diraih pada tahun 2008.