Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Adun Sukau melawat mangsa kebakaran di Kg Sukau

Saddi menberikan kata-kata semangat kepada Pn Muhimmah sambil diperhatikan oleh para pemimpin kampung
Menyaksikan rumah yang musnah dijilat api sambil dijelaskan oleh salah seorang anak mangsa kebakaran tersebut
Saddi menyampaikan sumbangan kepada Muhimmah Binti Arbi 
Saddi beri sumbangan yang sama kepada Husir Singgong
Dua rumah berjiran musnah dijilat api dalam kejadian di Kampung Sukau malam Jumaat
Sebahagian daripada saki baki rumah yang hangus terbakar


Dua buah rumah kediaman berhampiran yang terlibat dalam kejadian kebakaran pada tengah malam Jumaat lepas di Kampung Sukau di sini telah mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman.

Kedua-dua kediaman itu yang dimiliki pengusaha homestay, Husir Bin Singgong serta  jirannya, Puan Muhimmah Arbi , 50an telah mendapat sumbangan  peralatan membina semula kediaman, diikuti pakaian orang dewasa serta kelengkapan anak-anak sekolah sebagai ihsan kerajaan Barisan Nasional

Sebagai tanda simpati, wakil rakyat itu turut menghulurkan sumbangan wang tunai peribadi  beliau bagi meringankan lagi beban yang sedang ditanggung oleh kedua-dua keluarga akibat kejadian tersebut.

“ Saya juga sedang memerhatikan perkembangan kedua keluarga ini. Jika ada keperluan tambahan, kita sedia pertimbangkannya demi kebaikan mereka,” katanya selepas melakukan tinjauan  ke atas kejadian itu pada Jumaat.

Turut bersama-sama beliau turun padang menunjukkan simpati ialah isterinya, Datin Noraidah Jambri dan para pemimpin kampung.

Pada tengah malam jumaat. Kedua-dua  keluarga terlibat mengalami keadaan ‘sehelai sepinggang apabila kediaman mereka yang dibina lebih  20 tahun lalu musnah dijilat api pada kebakaran yang bermula pada kira-kira pukul 12.30 malam.

Difahamkan, ekoran belum beroperasinya kemudahan Pejabat Operasi Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Daerah di daerah Kinabangan yang masih dalam pembinaan, kebakaran itu yang hanya mengambil masa kurang sejam itu gagal dipadam  kerana api merebak begitu cepat.

Keadaan tersebut hampir merebak ke bangunan sekolah rendah berhampiran tetapi cuba dihalang oleh penduduk sekitar yang mendengar jeritan mangsa terlibat. Bagaimanapun, tidak ada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut beberapa orang mangsa, kebakaran itu  dipercayai berpunca  daripada litar pintas. Bagaimanapun punca sebenar kebakaran serta kos kerugian kedua-dua rumah terlibat masih lagi disiasat.

Saddi ketika menemui kedua buah keluarga mangsa itu telah menyampaikan  rasa simpati beliau di atas  musibbah yang mereka hadapi dan menyatakan kesediaan kerajaan serta dirinya untuk menghulurkan bantuan yang diperlukan.

Dalam pada itu, Saddi mengingatkan para penduduk di kawasan diwakilinya supaya terus berhati-hati bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.

“ Apalagi pada bulan Ramadhan ini, elakkan  dari aktiviti memasak makanan tanpa menghiraukannya bagi mengelakkan kejadian kebakaran seumpama itu.

Kepada kedua keluarga yang terlibat dalam kejadian itu, katanya, mereka perlu besabar dengan ujian yang diberikan, semuga Allah Swt akan memberikan mereka hikmah yang lebih baik selepas bencana yang dihadapi.

28 Julai 2012