Bung Moktar menyampaikan ucapan
|
Saddi menyampaikan ucapan
|
Bung Moktar (tengah) diapit oleh Saddi, Masiung Banah, Datuk Dr. Zaki dan Datuk Salleh |
Bung Moktar menerima cenderhati daripada Arisin selepas merasmikan Program Tranformasi Bina Negara Peringkat Daerah Kinabatangan |
Ahli Dewan Undangan Negeri
kawasan Dun Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, rakyat di kawasan Dun Sukau sudah menggalas
bentuk tranformasi yang boleh membawa banyak kemajuan mencapai negara maju di
tahun 2020.
Katanya, apa yang
dimanifestasikannya dengan kerjasama rakyat ini menepati sebagaimana yang
dilaung-laungkan kerajaan pusat, di bawah Gagasan 1 Malaysia, Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd
Najib Tun Razak.
Katanya, rakyat Dun Sukau boleh menarik nafas lega kerana kerajaan
Barisan Nasional (BN) sedia mempertimbangkan beberapa keperluan rakyat seperti menyediakan bekalan air hampir di
semua kawasan, pengeluaran geran tanah
serta penyediaan pembangunan asas rakyat yang sekian lama diharapkan.
“ Saya bersyukur, sejak empat
tahun lalu kita menyelesaikan banyak perkara. Kita menyediakan beberapa makmal
melibatkan bidang tanah, diikuti makmal kebajikan,E Kasih, pembangunan dan yang terbaru ialah
melibatkan kepentingan golongan belia. Semua sasaran ini kita berikan
keutamaan.
“ Satu masa dulu, saya tidak
pernah terfikir akan ada bekalan air bersih yang disalurkan terus ke Kampung
Tanjung Aru melalui kabel dasar laut.
“ Kita juga memberi penarafan
bintang-bintang kepada kampung-kampung di dalam Dun Sukau yang memerlukan
perubahan berasaskan kedudukan ekonomi penduduknya. Kita mahu ada jalinan usahasama antara rakyat
dan para pemimpin akar umbi di kawasan ini, demi mencapai kemajuan yang
diharapkan kerajaan,” katanya.
Memberikan ucapan pada Program
Tranformasi Bina Negara Peringkat Daerah
Kinabatangan anjuran Biro Tatanegara dengan kerjasama Pejabat Daerah
Kinabatangan, Parlimen Kinabatangan,
Unit PKR Dun Sukau dan UPKR Dun
Kuamut, Saddi yang juga Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa Sabah (KPD)
berkata, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin banyak membantu
memperjuangkan kemajuan rakyat di kawasan itu.
Majlis yang turut dihadiri oleh para pemimpin
akar umbi dari segenap kawasan dalam Parlimen Kinabatangan itu dirasmikan Datuk
Bung Moktar.
Turut hadir dan memberikan ucapan
ialah Adun Kuamut, Masiung Banah dan Pengarah Biro Tata Negara Sabah, Datuk
Ibrahim Saat dan Pegawai Daerah, Arisin Haji Arifin selaku Pengerusi Penganjur.
Saddi berkata, hasrat awal beliau untuk mengujudkan Pekan
Baru Sukau yang kini sudah dilancarkan pihak kerajaan negeri adalah bertujuan
untuk menyalurkan pembangunan asas rakyat di kawasan persekitaran terlibat yang
sekian lama ketinggalan.
Kata Saddi, dengan keupayaan
kerajaan mengutip hasil cukai
perladangan kelapa sawit sebanyak RM 6 bilion setahun, adalah amat wajar rakyat mendapat pulangan menerusi penyediaan
program pembangunan di kawasan itu yang sekaligus meningkatkan ekonomi rakyat
setempat.
“ Ini adalah antara contoh
anjakan tranformasi yang kita laksanakan.
Saya amat menyokong seranan pihak BTN bahawa kita perlu meningkatkan
kesatuan dan kerjasama untuk meneruskan kekuatan dan pembelaan kerajaan BN,” katanya.
Datuk Bung Moktar ketika
menyampaikan ucapannya menggesa rakyat agar terus memnyokong kerajaan BN yang
telah melakukan yang terbaik untuk kemajuan rakyat di seluruh negara.
Ahli Majlis Tertinggi Umno itu
berkata, selain menyalurkan pelbagai
subsidi dan bantuan membela rakyat, kerajaan BN mempunyai dasar yang jelas
untuk menunaikan tanggungjawab serta perkhidmatan, berbanding pihak parti-parti
pembangkang yang sentiasa mencari jalan memutarbelitkan pemikiran rakyat untuk
mendapat kuasa.
“ Kita jangan mudah terpedaya
dengan kata-kata pembohongan pemimpin pakatan pembangkang apalagi Anwar. Kita perlu mengambil sikap, Ini kalilah,
dalam PRU ke 13, kita mempastikan bahawa
perjuangan pembangkang akan terus berkubur, manakala BN akan kekal berkuasa,
demi kebaikan rakyat,” katanya.
Datuk Bung Moktar diberikan
tepukan gemuruh hadirin apabila beliau mengajak rakyat dan para pemimpin akar
umbi di kawasan parlimen itu melupakan segala kekeruhan yang berlaku sebelum
ini demi kekuatan dan kemenangan BN.
“ Buang yang keruh dan kita ambil yang jernih,
semua kerana sebuah kerajaan yang benar-benar berjasa kepada rakyat ini. Kita perlu bersatu demi kekuatan BN di negara
ini,” katanya.