Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Program Ziarah Ramadhan, Tinjauan Mesra dan Majlis Berbuka Puasa telah dilancarkan



Tiba di Kampung Tanjung Aru untuk memulakan program tahunan  ADUN Sukau


Melayani Siti Kalna Bt Haji Abdul, golongan OKU di Kampung Tanjung Batu Laut dalam program Ziarah Ramadhan




Memberikan sumbangan kepada Ketua Cawangan Umno Tanjung Aru, Abdillah Danan yang mengalami demam strok sempena Program Ziarah Ramadhan di mukim itu kelmarin




Melakukan lawatan ke atas ketua cawangan  UMNO Kampung Paris, Sida Parusai yang  mengalami lumpuh dan menitiskan air mata



“ Saya mahu rakyat, khususnya pemimpin badan-badan JKKK dalam kawasan Dun Sukau menyerlahkan segala permasalahan dan keperluan kampung sebelum pilihanraya Umum ke 12 (PRU13).

“ Jangan nanti apabila permasalahan rakyat tidak didengar dan diselesaikan, yang dipersalahkan kelak ialah wakil rakyat… Dan yang turut  menjadi mangsa adalah rakyat kerana tidak mendapat perhatian serta pembelaan kerajaan Barisan Nasional (BN).”

Gesaan ini diluahkan  Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman semasa mendengar taklimat Pengerusi JKKK Tanjung Aru Haji Ismail Ahmad,  sempena memulakan program  tahunan anjuran beliau, Ziarah Ramadhan, Tinjauan Mesra dan Majlis Berbuka Puasa di seluruh Dun Sukau yang bermula di Mukim  Persisiran Pantai Dun itu  kelmarin.

Saddi yang juga Pengerusi Koperasi Pembangunan Desa (KPD) mahu setiap badan JKKK diketuai Pengerusinya akan memberikan penjelasan serta taklimat sedemikian semasa lawatannya di kampung-kampung berkenaan dalam bulan Ramadhan ini bagi mendapat maklumat yang lengkap dan rasmi untuk disampaikan kepada pihak kerajaan.

Kata Saddi,  tumpuannya kini  mengkhususkan kepada  menangani masalah ekonomi rakyat di kawasan 42 Kampung dalam Dun Sukau. Tumpuan terhadap  keperluan asas pembangunan rakyat yang melibatkan perbelanjaan besar sebahagiannya sudah berjaya dilaksanakan. 

Katanya lagi, keperluan  seperti  penyediaan kemudahan bekalan air dan api lektrik, jalanraya sudah semakin berkurangan dibangkitkan rakyat sejak beliau menjadi wakil rakyat empat tahun lalu dan berbeza dengan memperjuangkan soal sosio ekonomi dan pendidikan rakyat yang harus diperhebatkan.

Usaha penyediaan pembangunan asas di luar jangkaan,  iaitu projek menyediakan bekalan air menerusi penyambungan paip di bawah  Kabel Dasar Laut  daripada Bandar Sandakan  ke  Kampung Tanjung Aru sejauh lebih 5km bernilai lebih RM22 juta,  sudah hampir menjadi kenyataan apabila bekalan itu bakal dinikmati rakyat dalam  masa terdekat. Lebih ratusan juta nilai projek pembangunan merangkumi pelbagai keperluan juga sudah disalurkan  kerajaan negeri dan persekutuan ke kawasan Dun Sukau sepanjang tempoh itu.

Ini sejajar dengan apa yang diperkataka Saddi ketika menyampaikan ucapan pada  program penerangan anjuran Biro Tata Negara (BTN) di Dewan Serbaguna Sri Lamag bulan lepas,  wakil rakyat itu  menjelaskan,  beliau sedaya upaya mempastikan perlaksanaan pembangunan rakyat di peringkat Dun Sukau, manakala Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin telah turut membantunya mendapatkan peruntukan melibatkan peranan kerajaan pusat.

Sejak menjadi wakil rakyat, Saddi dilihat memberi tumpuan yang lebih ke atas keperluan pembangunan rakyat di kawasan luar bandar ini.  Saddi mahu rakyat di kawasan ini merubah diri daripada ‘mentality subsidi zink’ kepada fokus merubah kedudukan ekonomi mereka secara lebih berdaya saing,  berdaya maju dan  berterusan.  Beliau mahu falsafah perjuangannya sebagai bekas pegawai kerajaan (Penolong Pegawai Daerah) untuk memberi khidmat difahami daripada rakyat semata-mata mengemari persoalan remeh temeh melingkari kehidupan mereka.

Dengan mengesahkan Dun Sukau  sebagai  kawasan dewan undangan negeri yang tertinggal pelbagai aspek keperluan pembangunannya, beliau berjaya merancanakan beberapa program pembangunan jangka panjang penting rakyat yang antaranya,  projek penyediaan Pekan Baru Sukau yang kini hanya  menunggu perlaksanaan pembangunannya dari pihak kerajaan.

Tempoh empat tahun yang ada Saddi mengatasi soal keperluan tanah rakyat yang berpuluh tahun menanti pembahagian geran tanah dari pihak kerajaan.  Di bawah pengujudan Makmal Tanah melalui peranan  Unit Tindakan Pemimpin Kemajuan Rakyat (UTPKR) beliau menyelesaikan masalah tersebut melibatkan beberapa kampung seperti Sentosa Jaya, Batu Putih, Rancangan Peneroka Skim Suan Lamba di bawah tanggungjawab LKTNS, kawasan perkampungan Tanah Litang dan banyak lagi.

Di bawah program Pengredan Bintang-Bintang Kepada Kampung dalam Dun Sukau, Saddi berusaha menstrukturkan kedudukan pembangunan di Kampung-Kampung, sekaligus memohon kepada pihak kerajaan agar memperbaiki dan menyediakan kemudahan pembangunan yang belum diwujudkan untuk kesejahteraan rakyat.

Demikian juga di bidang makmal E-Kasih dan Kebajikan yang diwujudkan serentak, tumpuan memberikan perhatian kepada lebih 1,000 keluarga miskin di kawasan Dun Sukau diberikan perhatian di bawah pelbagai program termasuk menerusi Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, di bawah Unit ICU, Jabatan Persekutuan Sabah dan tidak kurang perhatian diberikan Kementerian Pembangunan Wanita,  Keluarga dan Masyarakat. 

Saddi mengeksploitasi sebaik mungkin sasaran pembangunan rakyat  di bawah Halatuju Pembangunan Negeri yang dicetuskan sendiri Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang memfokuskan tiga bidang utama iaitu perladangan, pelancongan dan perindustrian yang sebahagian besar dari tumpuan ini sudah sekian lama wujud dan berkembang di dalam kawasan Dun Sukau.

Umum mengetahui, selain daerah penyumbang perladangan kelapa sawit yang terbesar dalam negara, kawasan Dun Sukau juga dikenali sebagai antara distinasi pelancongan antara yang terkenal di kawasan Asia tenggara menerusi pelbagai produk pelancongan yang terdapat di dalamnya.

Maka tidak hairanlah untuk usaha itu, selain memperjuangkan hak mendapatkan geran tanah rakyat Saddi kerap turun padang untuk menggalakkan rakyat supaya meningkat hasil produk pertanian dan perladangan mereka, sekaligus mengelakkan diri dari menjual tanah sebagai harta yang diwarisi keluarga.

Sambil merancanakan agar  satu masa kelak Dun Sukau akan memiliki Pejabat Daerahnya sendiri yang boleh  diwujud kan di kawasan Pekan Baru Sukau,  Saddi dengan sendirinya telah berupaya menghuraikan kedudukan pentadbiran kawasan itu yang terbahagi di bawah dua pejabat pendatbiran daerah  itu di bawah Pejabat Daerah Kinabatangan yang melibatkan kawasan tanah daratan, memababitkan 27 buah kampung. Manakala kawasan Persisiran Pantai yang didiami 16 buah kampung  di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang keseluruhannya  memerlukan pembelaan serius daripada kerajaan BN.

“Keupayaan memiliki prasarana ekonomi dan pembangunan bernilai lebih RM200 juta di dalam Pekan Baru Sukau, diikuti kewujudan sebuah pejabat daerah yang terancang bagi menstrukturkan pejabat-pejabat kerajaan dalam kawasan Dun Sukau akan mampu menjana  rangkaian dan rantaian ekonomi rakyat di kawasan ini berterusan. Langkah ini turut memberi dimpak besar ekonomi kepada daerah-daerah berhampiran secara jangka panjang,” kata Saddi sewaktu berucap pada Majlis Pecah Tanah Pekan Baru Sukau pada 24 Julai 2010.  

Sebaik saja Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak diumumkan sebagai Perdana Menteri keenam dengan mengagaskan Konsep 1Malaysia kearah melonjakkan tranformasi pembangunan rakyat dan pencapaian negara,   Wakil Rakyat Dun Sukau melihat pendekatan ini sebagai satu peluang keemasan untuk mencorak dan melonjakkan kemajuan rakyat di kawasan ini yang memerlukan serba-serbi pembelaan.

Antara lain beliau menjadikan keutamaan kerajaan pusat itu membangkitkan semangat dan azam rakyat bagi meningkatkan pembangunan mereka dalam pelbagai bidang, menerima pembalaan kerajaan serta menjadi tumpuan sebagai distinasi pelaburan baru ekonomi oleh pihak luar.

Dengan rakyat di kawasan tanah daratan menguasai banyak bidang ekonomi khususnya perladangan dan perlancongan, beliau turut optimis masyarakat nelayan mendiami 16 buah kampung di kawasan persisiran pantai sebagai sebuah kawasan perkampungan nelayan moden bagi menjana kehidupan ekonomi mereka  suatu masa kelak.

Menerusi blue print pembangunan digagaskannya,  wakil rakyat Dun Sukau ini terus membayangkan  agar Dun Sukau akan dapat mengambil tempat sebagai antara maju di Sabah menjelang tahun 2020, dengan rakyatnya bukan saja sebagai peserta kepada program-program ekonomi dan pembangunan yang dirancang pihak kerajaan di kawasan ini, tetapi juga antara penyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri.

Berucap pada majlis penyampaian zakat kepada lebih 100 orang penerima bantuan itu di Balairaya Kampung Tanjung Batu Darat petang kelmarin, Saddi menggesa rakyat di kawasan ini supaya terus memberikan sokongan padu kerajaan Barisan Nasional (BN) demi kesejahteraan dan kemajuan mereka.

“ Tidak ada parti dan kerajaan yang boleh memberikan pembelaan selain Barisan Nasional. Ianya bukan saja menjadi sebuah parti yang boleh bertoleransi terhadap segala permintaan dan tuntutan rakyat, tetapi mempastikan kesejahtaeraan, perpaduan antara kaum , malah mempertanggungjawabkan soal keselamatan rakyat,” katanya yang disambut tepukan gemuruh oleh kalangan rakyat yang hadir.

Ketua Kampung Tanjung Batu Kulaling Lakibul dalam ucapannya menegaskan, “ Kami di mukim Tanjung Aru dan Tanjung Batu ini terus sepakat dan bertegas agar Datuk Saddi dikekalkan dalam PRU ke 13 ini bukan kerana komitmen dan keikhlasannya untuk bersama kami tanpa mengira masa, tetapi kerana beliau seorang yang sentiasa gigih untuk mempastikan rakyat mendapat pembelaan dan perubahan hidup. ”


28 Julai 2012