Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Ziarah Ramadhan, Tinjauan Mesra dan Berbuka Puasa 2012: Mukim Lubukan

Menyampaikan sumbangan peribadi sempena ziarah Ramadhan kepada Saphulla bte Asulah, di Kampung Mumiang
Saddi menyampaikan sumbangan peribadi kepada pesakit lumpuh,  Nana Bte Putra, seorang guru mengaji  Al-Quraan di Kampung Mumiang
Saddi menyampaikan ucapan pada Ziarah Ramadhan, Tinajauan Mesra dan Berbuka Puasa di Kampung Abai
Saddi menyampaikan sumbangan zakat daripada Baitulmal kepada fakir miskin kepada penduduk peringkat Zon Abai
Antara penerima sumbangan zakat daripada Baitulmal bagi Zon Abai
Saddi menyampaikan sumbangan sejadah kepada imam Kampung Abai, Yusup Madahir

Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa memberi ruang kepada rakyat untuk ‘berunding’ bagi  menyuarakan segala keluhan dan kekurangan,  berbanding tindakan memusuhi parti itu dengan alasan remeh temeh yang hanya akan merugikan masa depan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu berkata, perbuatan memusihi BN yang adakalanya dilakukan segelintir individu kerana terikut-ikut dengan hasutan pihak tertentu,  hanya akan merosakkan keharmonian  dan kerjasama sesebuah kampung yang berpotensi mencapai pelbagai kemajuan.

“Sebagai contoh di Kampung Abai ini, ada individu yang sanggup berbuat demikian. Kitapun tidak tahu apa punca mereka. Apa yang mereka minta kita sudah beri  dan sedia pula mempertimbangkan yang lain. Tetapi individu  berkenaan tiba-tiba menaikkan bendera pembangkang.

“Sikap sedemikian harus dikikis oleh rakyat di luar bandar kerana sesungguhnya kerajaan BN sedia berunding dan mempertimbangkan sebarang keperluan rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Ziarah Ramadhan, Tinjauan Mesra dan Berbuka Puasa di Balairaya Kampung  Abai dalam kawasan dewan undangan negeri itu kelmarin.

Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa (KPD) itu juga  musykil bagaimana bendera parti pembangkang Pas boleh dinaikkan di hadapan sebuah rumah di Kampung itu yang semua penduduknya sekian lama menyokong BN.

Padahal individu yang  terlibat berkempen untuk parti itu tidak tinggal di kampung tersebut, kata Saddi, melainkan sanggup ‘mengorbankan sanak saudaranya sebagai  kambing hitam’ untuk faedahnya sendiri.

“Penghuni rumah berkenaan berfikir-fikirkanlah.  Turunkan lah bendera. Kitapun kenal mereka. Nanti jika kerajaan BN beri bantuan, apa kata penyokong BN lain,” kata Saddi yang berkesal dengan keadaan itu.

Saddi berkata, walaupun rakyat di negara ini mempunyai hak memilih mana-mana parti politik sebagai landasan perjuangan mereka,  tetapi beliau wajib menjelaskan bahawa kerajaan BN sesungguhnya mempunyai pengalaman, kepakaran serta keupayaan mentadbir negara ini secara  yang terbaik, berbnading usianya memperolehi kemerdekaan.

“Para pemimpin dalam BN boleh datang dan pergi. Tetapi tidak kepada parti ini yang mempunyai sejarah dan kekuatan membangunkan sebuah negara majmuk yang harmoni dan mencapai kecemerlangan dalam banyak bidang..Kita bakal menuju sebuah negara maju menjelang tahun 2020 di bawah kekuatan ini,” katanya.

Setiap rakyat wajar, kata Saddi lagi, wajib bersyukur dan  menghargai sumbangan dan jasa yang sudah dibuktikan oleh kerajaan BN sekian lama tanpa harus bertindak melupakan perjuangan tersebut hanya kerana diadudomba pihak yang mahu meraih simpati menjelang kempen Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) ini.

Kata Saddi, kerajaan BN telah menggagaskan tranformasi politik dan ekonomi semata-mata memberikan ruang yang lebih luas untuk rakyat berfikir dan bertindak demi mencapai kemajuan  di bawah sebuah kerajaan yang terbukti  merubah lanskap politik dan ekonomi negeri ini yang sebelumnya jauh ketinggalan.

Sehubungan itu, Saddi mengajak rakyat berfikir secara realistik terhadap perkembangan mutahir politik negeri dengan segera menginsafi bahawa keutamaan parti dan rakyat adalah lebih penting berbanding tuntutan peribadi.

“Pada bulan Ramadhan ini kita berusaha melakukan yang terbaik  demi mencapai tuntutan ibadah. Tetapi kita juga wajib mempertahankan  prinsip perjuangan politik yang terbukti mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara sebagaimana yang dilakukan kerajaan BN sekian lama,” katanya.

Mengenai beberapa permintaan projek pembangunan empat kampung dalam Mukim Abai itu, Saddi berkata, beliau telah meluluskan permohonan tersebut yang masing-masing melibatkan pembaikan kemudahan jambatan, pembaikan bangunan masjid dan surau serta pembaikan balairaya di kawasan itu.

“Saya juga akan menyalurkan kemudahan bekalan kepada penduduk yang benar-benar memerlukan seperti peralatan  para nelayan dan petani, serta kemudahan yang  boleh memberi kebaikan  ekonomi kepada golongan belia dan wanita, sekaligus memajukan perusahaan kampung-kampung terlibat,” katanya. 

1 Ogos 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan