Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

DUN Sukau mampu capai kemajuan dengan bantuan kerajaan pusat - Saddi

Saddi menjadikan misi membangunkan kampung-kampung persisiran pantai sebahagian dari gagasannya
Perhatian lebih diberikan Saddi ke kawasan 16 kampung Persisiran Pantai Dun Sukau
Saddi berganding bersama kakitangan kerajaan membangunkan rakyat Dun Sukau
Saddi sentiasa berusaha merapatkan hubungannya dengan rakyat
Hubungan baik Saddi dan Datuk Bung Moktar berjaya bangunkan Sukau
Saddi terus mengharapkan agar cita-cita membangunkan Pekan Baru Sukau berjaya. 


“Tumpuan mempromosikan pembangunan dua kawasan strategik dalam Dun Sukau sedang diberi keutamaan. Bagaimanapun komitmen dan peranan  kerajaan pusat begitu diperlukan. 

“Ini bagi memboleh lebih 70,000 penduduk di kawasan ini meraih perubahan sosio-ekonomi yang mapan mencapai sebuah negara maju yang hanya lapan tahun dari sekarang.”

Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, dua kawasan memerlukan tumpuan itu ialah  sejumlah 16 buah kampung di Persisiran Pantai yang ditadbir di bawah Majlis Perbandaran Sandakan (MPS),  didiami lebih 8,000 penduduk nelayan yang masih tergolong sebagai kawasan yang mundur dan ‘terbiar’.

Ia diikuti kawasan Pekan Baru Sukau, Bandar Biodiversiti, tapak pembangunan baru rakyat  yang dikelilingi sektor komoditi perladangan dan pelancongan di tanah besar,  ditadbir Pejabat Daerah Kinabatangan. 

Matlamat ini menggariskan blue print (cadangan) pembiayaan lengkap melebihi RM200 juta. Ia meliputi tuntutan prasarana ekonomi berangkai dan pusat pentadbiran baru yang memudahkan usaha pengstrukturan semula pentadbiran kerajaan di kawasan itu.

Anggaran ini itu tidak termasuk rancangan mengujudkan jambatan kedua Sukau yang menghubungkan pekan itu dengan bandar-bandar berhampiran di Pantai Tmur seperti Lahad Datu, Sempurna dan Tawau yang sekaligus berperanan merancakkan ekonomi rakyat dan kawasan ini sebagai ekonomi baru akan datang.

Dalam satu temubual dengan wakil rakyat itu di kawasannya, Saddi menegaskan, penyertaan kerajaan pusat dalam menggalas prospek pembangunan kawasan itu begitu diperlukan.

“Penyertaan samada secara langsung kerajaan pusat dan agensi-agensinya begitu penting.  Kerana pusat memiliki dana dan kepakaran yang lengkap dalam banyak bidang. Lebih-lebih lagi rakyat di kawasan ini sudah terus bercakap soal tranformasi pembangunan dan ekonomi.

Rakyat diwakilinya, kata Pengerusi Koperasi Pembangunan Desa itu yakin, gandingan  kuat  BN pusat dan kerajaan negeri yang turut menyediakan pelan pembangunan di bawah Halatuju Pembangunan Sabah  mampu melakarkan sebuah lanskap ekonomi bersepadu berasaskan kepada persekitaran penduduk masing-masing di dua kawasan itu, dalam tempoh lapan tahun  menuju negara maju.

Saddi merujuk kepada kejayaan kerajaan pusat  dan agensinya membangunkan kawasan pembangunan perindustrian masyarakat nelayan  dan tanah besar di sekitar Terengganu dan Kedah yang hingga kini sudah mampu merubah ekonomi rakyatnya. 

Berasaskan rekod, 16 buah kampung  di persisiran pantai yang dimaksudkan Saddi, merupakan sebahagian daripada kedudukan  perairan bandar Sandakan yang turut menjadi tumpuan antarabangsa.

Selain perairan ini merupakan  laluan kapal-kapal dagang dari merata dunia  ke pelabuhan Sandakan bagi memenuhipermintaan ekport dan import  serta pengangkutan laut, kampung paling hampir seperti Tanjung Aru, Kampung Mumiang dan beberapa lagi adalah sebahagian pemandangan menggambarkan kemajuan negara dari sebelah sini.

Ironinya, kampung-kampung nelayan ini menjadi antara laluan utama membawa  para pelancong asing  mengunjungi distinasi pelancongan ke sekitar Dun Sukau dan Daerah Kinabatangan yang lebih mudah  dihubungi melalui  laut.

Kawasan perairan ini juga sebahagian daripada tumpuan pasaran perjanjian persefahaman (MOU) melibatkan 40 juta penduduk  di bawah Kawasan Pertumbuhan Ekonomi Asean Timur, membabitkan Wilayah Brunei, Indonesia, Malaysia dan Philipina (BIMP-EAGA) yang dicetuskan pemimpin negara terbabit lebih 15 tahun lalu.


“Kawasan ini sememangnya memerlukan tumpuan lebih bagi membolehkan rakyat di persisiran pantai Dun Sukau berpeluang menyertai arus pembangunan menuju negara maju.

“Sokongan  dari segi kawangan yang terus diberikan kerajaan negeri  masih tidak mampu untuk mempercepatkan gagasan pembangunan dan ekonomi yang tturut dituntut  oleh rakyat ,” kata Saddi.

Bagamanapun wakil rakyat itu turut menyatakan rasa syukur kerana dengan bantuan kerajaan pusat di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar,  keperluan pembangunan asas seperti kemudahan bekalan air, kemudahan elektrik, diikuti pemberian kemudahan itu menerusi kemudahan solar hybrid dan jalanraya, serta penyediaan  perumahan rakyat telah disalurkan di dua kawasan utama Dun Sukau itu.

“Yang mengembirakan rakyat ialah projek penyediaan bekalan air melalui kabel dasar laut Bandar Sandakan-Tanjung Aru  bernilai lebih RM21 juta yang bakal dinikmati rakyat.

“Pemberian ini sudah tentu merintis kepada usaha peruntukan pembangunan yang lebih besar ke kawasan pesisiran itu pada  masa akan datang,” kata wakil rakyat itu.

Saddi berkata, peranan yang dimainkan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin memang significant  dalam merealiasikan beberapa keperluan pembangunan di kawasan Dun Sukau seperti penyediaan loji bekalan air, kemudahan kesihatan dan menaiktaraf kemudahan jalanraya yang kini sudah mula memberikan keselesaan kepada rakyat.

Bagaimanapun tegas Saddi, pengujudan Pekan Baru Sukau yang dicetuskannya setahun selepas menjadi wakil rakyat itu bakal menjadi ‘mercu tanda’ penting pembangunan sosio-ekonomi rakyat di kawasan ini apabila ianya menjadi kenyataan.

Pencapaian pembangunan ini selain mengiringi beberapa kemajuan di  bidang sosiopendidikan, memperkasa soal keagamaan dan moral yang turut diperjuangkan golongan belia dan kaum wanita mampu membantu kawasan ini mengimbangi jurang pembangunan yang dinikmati masyarakat di bandar.

Tapak pekan baru terletak di sekitar 10,000 ekar dalam zon ekonomi kampung Sukau itu, kata Saddi,  bukan saja menjadi rujukan ekonomi dan perkhidmatan kepada rakyat di tanah besar, tetapi kepada masayarakat nelayan persisir pantai yang sekaligus bakal menjadi rangkaian penting mereka memperluaskan pasaran ekonomi di sekitar Pantai Timur Sabah.

“Saya terus mengingatkan rakyat dalam setiap  pertemuan dengan mereka bahawa kemajuan yang diharapkan ini tidak akan tercapai jika kita membelakangkan kepentingan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sekian lama berjasa membangunkan negara ini.

“Dengan kesediaan menghayati  dan menerima kehadiran  tranformasi baru di bawah gagasan 1 Malaysia yang dicetuskan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, kita sebenarnya sedang memiliki seorang pemimpin ulung yang mampu menahkodakan tranformasi mencapai  negara maju, yang turut ingin dikongsikan rakyat Dun Sukau,” kata Saddi.