Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Sekitar Program Ziarah Ramadan 2012, Mukim Sukau

Saddi meninjau projek pembaikan semula jambatan konkrit yang runtuh di Kampung Bilit dalam Mukim Sukau
Sedang diberi penerangan oleh pihak kontraktor yang ditugaskan untuk menyiapkan jambatan tersebut
Saddi mengunjungi seorang wanita yang mengalami lumpuh di Kampung Sukau, sambil diperhatikan oleh Azahari, Haji Noh dan Pastor
Saddi menizarah sorang remaja yang mengalami penyakit saraf di Kampung Sukau,  sambil diperhatikan Azahari dan Pastor
Salah sorrang penerima sumbangan zakat pada hari tersebut
Saddi menyampaikan sumbangan peribadinya berupa pakaian dan makanan kepada fakir miskin di  Mukim Sukau


Datuk Saddi haji Abdul Rahman menegaskan, perinsip dan karakter  kepemimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman merupakan antara elemen penting menjayakan gagasan mentranformasikan pembangunan ekonomi dan tuntutan geopolitik di negeri,  sesuai harapan kerajaan pusat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu berkata, kelebihan memahami dasar dan matlamat pembelaan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN)  membolehkan Sabah mampu membuat perubahan pembangunan yang drastik dan pantas, hingga membawa kepada kerjasama kuat antara kaum memacu kemajuan negeri ini menuju ke sebuah negeri dan negara maju menjelang tahun 2020.

Konsep mentranformasikan pembangunan,  ekonomi dan politik dicetuskan  Datuk Seri Mohd Najib telah memberi lebih banyak peluang serta dorongan kepada Datuk Seri Panglima Musa melaksanakan strategi pembangunan di semua daerah di negeri ini.

“Segala pendekatan ini mampu menepati cetusan idea beliau menjayakan Dasar Halatuju Pembangunan Negeri yang sudah dirangka pemimpin ini  tahun 2003, selain berupaya menjana  kadar tabungan wang negeri yang kini terus bertambah.

“Inilah  antara pendekatan yang cuba kami (wakil-wakil rakyat contohi) dan saya perkenalkannya dalam kawasan Dun Sukau. Jika iaya mendapat kerjasama rakyat, pasti boleh membawa perubahan pembangunan di kawasan ini,” katanya.
Berucap pada majlis Ziarah Ramadhan, Tinjauan Mesra dan Berbuka Puasa Peringkat Mukim Sukau di Masjid kampung berkenaan kelmarin, Saddi berkata, rakyat di kawasan ini mempunyai peluang untuk menikmati banyak program pembangunan selagi mereka memberikan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Antaranya, kata Saddi, program membangunkan Pekan Baru Sukau yang dijadualkan bermula awal tahun depan akan memberikan impak ekonomi dan pembangunan sosial kepada rakyat di kawasan sekitar mukim itu dan masyarakat luar.

Kata Saddi, dengan matlamat menjadikan Bandar Bio Diversiti Sukau itu sebagai sebagai mercu tanda ekonomi dan pembangunan setempat, ianya akan bakal bertindak sebagai pusat pentadbiran baru kepada pejabat-pejabat kerajaan di daerah itu yang memudahkan masyarakat di kawasan tanah besar dan persisiran Pantai kawasan Dun Sukau yang selama ini turut ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) selain pejabat daerah Kinabatangan.

"Saya amat mengharapkan rakyat di seluruh Dun Sukau dapat bersabar sebelum pembangunan di pekan ini dapat dimulakan. Saya yakin dan percaya kerajaan BN akan membantu kita menyediakan pembangunan yang diharapkan kerana hanya parti pemerintah ini saja yang mampu memberikan pembelaan kepada rakyat di Sabah,” katanya.
Selain menjelaskan bahawa program menyediakan tapak dan rumah-rumah kedai di Pekan Baru Sukau akan dimulakan tahun depan, projek pembinaan bangunan Masjid Tun Juhar bernilai RM5 juta akan turut dilakukan oleh syarikat yang diberi tanggungjawab membina kemudahan ibadah itu.

Sehubungan itu, Saddi meminta mana-mana pemaju pembangunan serta syarikat yang diberi amanah melaksanakan pembangunan di kawasan ini supaya bersikap amanah serta melaksanakan projek pembangunan yang diberikan kepada mereka mengikut jadual.

Beliau merujuk kepada projek pembinaan jalan Kampung Bilit-Sukau sejauh lebih 2km berserta kemudahan jambatan konkrit dianggarkan bernilai  RM7 juta di kampung tersebut masih belum dapat dinikmati  rakyat ekoran keruntuhan yang  dialami kemudahan jambatan tersebut.

Dengan kerja-kerja pembaikan jambatan itu terpaksa disambung oleh syarikat lain, kata Saddi, perbuatan tidak bertanggungjawab itu bukan saja merugikan rakyat tetapi juga membantut usaha menjayakan sosioekonomi rakyat.

“Saya sedih kerana belum sempat digunakan rakyat, kemudahan yang ditunggu-tunggu sekian lama ini sudah mengalami kerosakan dan akhirnya kerajaan dan rakyat mengalami kerugian akibat perubatan perlaksana pembangunan yang tidak bertanggungjawab itu,” katanya yang turut meninjau kerja-kerja pembaikan kemudahan itu.

Beliau kemudian mengingatkan rakyat di kawasan ini agar terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan BN bagi mempastikan pembangunan rakyat di kawasan ini terus terbela.

“Nasihat saya, sekira adanya parti-parti kecil yang tidak jelas  perjuangannya datang ke kampung ini, adalah lebih baik parti itu dinasihatkan meninggalkan kampung. Kerana apa yang dimahukan rakyat dalam Dun Sukau adalah pembelaan pembangunan yang ianya hanya mampu dilakukan oleh sebuah kerajaan yang kuat seperti BN…. Bukan dari kalangan ‘parti yang hanya datang pada waktu menghadapi pilihanraya,” kata Saddi.

3 Ogos 2012