Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

PM telah mencatatkan rekod kepimpinan dan perkhidmatan yang paling menyerlah


Saddi menyampaikan ucapan pada majlis tersebut
Saddi menyampikan set walkie talkie kepada anggota rukun tetangga sambil diperhatikan oleh Arisin, Amelina dan Datuk Ibrahim Saat pada majlis Kibar Jalur Gemilang peringkat Daerah Kinabatangan
Saddi menyampaikan Jalur Gemilang kepada pemimpin Rukun Tetangga di seluruh Dun Sukau
Saddi mengabadikan gambar kenang-kenangan bersama sebahagian peserta konvoi Kibar Jalur Gemilang  dan  pihak penganjur program itu
Saddi dan Arisin bersama-sama melakukan ‘flag off’ sebagai melepaskan konvoi  kembara Kibar Jalur Gemilang Sukau-Bongawan


Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan,  Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah mencatatkan rekod kepimpinan dan perkhidmatan yang paling menyerlah dalam sejarah negara apabila pelbagai jasa dan sumbangan diperkenalkannya terus dinikmati setiap individu rakyat di negara ini.

Saddi berkata,  sikap menunaikan janji yang mampu direalisasikan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu membuktikan bahawa parti dipimpinnya bukan saja sebuah kerajaan yang  bertanggungjawab, tetapi mampu menunaikan amanah, membela dan memajukan rakyat sebagaimana yang terkandung dalam gagasan dan manifesto perjuangan BN sekian lama.

“Samada di setiap  pelusuk Dun Sukau ini atau dimana-manapun, pemimpin no 1 negara ini telah mengenali dan mengingati jasanya yang berusaha sebaik mungkin menunaikan janji-janjinya sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi BN. “Lebih dari pada itu, beliau mahu setiap rakyat di negara ini menikmati kemajuan dan kecemerlangan yang menjadi antara agenda   besar dan aspirasi kerajaan hari ini,” katanya.

Saddi berkata, menerusi Program Kibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaan Peringkat Daerah Kinabatangan, rakyat bukan saja harus berbangga  mengingati sejarah kemerdekaan berusia 55 tahun.

Tetapi jasa  pemimpin unggul seperti beliau ini perlu dihargai dan disyukuri kerana  mampu meneruskan kesinambungan perjuangan ketua-ketua kerajaan sebelumnya, dengan  lebih cekap dan berdidikasi. katanya.

Berucap melancarkan Program Kibar Jalur Gemilang peringkat daerah Kinabatangan Sabtu lepas, Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa (KPD) itu berkata, keupayaan memimpin seperti yang dilakukan Datuk Seri Najib  masih diperlukan negara ke  arah mencapai impian rakyat mencapai sebuah negara maju.

“Kita merasa lebih berbangga kerana segala tanggungjawab dan harapan PM membangunkan negara turut mampu direalisasikan di Sabah oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. “Saya dan rakyat dalam Dun Sukau yakin dan percaya, keupayaan memerintah negara termasuk di Sabah dapat diteruskan dengan lebih cemerlang oleh BN selepas Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13),” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Daerah Kinabatangan, Arisin Haji Arifin, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Sabah, Puan Nur Amelina Samsudin dan Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Sabah, Datuk Ibrahim Saat yang turut menyertai konvoi Kibar Jalur Gemilang ke seluruh negeri dan dijangka berakhir  di  Kampung Bongawan,

Saddi berkata,  tanggungjawab yang dilakukan Perdana Menteri dan Ketua Menteri amat mendorong  wakil-wakil rakyat seperti beliau bekerja dengan lebih gigih untuk mempastikan rakyat berpuas hati dengan khidmat yang disumbangkan kerajaan BN.

“Saya sendiri telah melakukan banyak usaha membantu memajukan kawasan ini dan rakyat. Cuma kita terpaksa melakukannya secara berperingkat-peringkat memandangkan peruntukan  kewangan yang diberikan kepada wakil rakyat seperti kami masih terhad.

“Kita meminta seluruh agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan termasuk Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) sebagai sebahagian daripada pihak yang diamanahkan mentadbir 16 buah kampung di kawasan persisir Pantai Dun Sukau, selain Pejabat Daerah Kinabatangan dapat memainkan peranan secara praktif memajukan kawasan ini,” katanya.

Saddi berharap rakyat di kawasan ini dapat berfikir dengan lebih matang tentang masa depan pembangunan negara dan anak cucu mereka, tanpa perlu mendengar ‘ado domba’ pihak pembangkang yang sengaja mencari peluang memburuk-buruk kerajaan demi halatuju perjuangan  politik mereka yang dilihat semakin sonsang.  

Katanya, kalau ada pengikut parti-parti pembangkang mendekati  rakyat kawasan luar bandar itu, golongan itu tidak perlu  dilayan kerana ternyata asas perjuangan serta ideologi politik mereka bukan saja  jelas berkecamuk dan bertentangan,  tetapi bakal mengalami suasana porak peranda pada masa depan

“Yang jelas golongan ini hanya berperanan merosakkan perpaduan masyarakat kampung dan berusaha merosakkan pembangunan yang diharapkan di kawasan Dun Sukau,” katanya