Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

MAJLIS PENANGGUHAN JUARA RAKYAT DI SUAN LAMBA LANUT,SUKAU.

Saddi sedang memeberi ucapan
Saddi tertarik dengan salah satu hasil kraftangan masyarakat Suan Lamba Lanut sambil disaksikan Napsah & Abd Rahman.

Saddi menerima cenderahati daripada Datuk Dayang Napsah selepas merasmikan Majlis Penangguhan Juara Rakyat di Suan Lamba Lanut, sambil disaksikan Datuk Abdul Rahman dan Pangiran Damsah.


SUKAU:


Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, beliau mempunyai malamat mengembalikan semula keceriaan penduduk Kampung Suan Lamba Lanut di sini, sebagai sebahagian program merancakkan pertumbuhan ekonomi di persekitaran Pekan Baru Sukau.

Untuk itu, katanya, beliau akan sedaya upaya melayani permintaan penduduk seperti kemudahan bekalan air, menaiktaraf jalanraya serta pusat pertemuan masyarakat di kampong itu, diikuti usaha menjayakan bidang ekonomi.

“ Kesemua permintaan ini akan saya sampaikan kepada pihak kerajaan, khususnya Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Bagaimanapun kemudahan bekalan air sudahpun dimasukkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) menerusi rancangan penyaluran bekalan itu secara berperingkat di seluruh Dun Sukau.

“ Tetapi kita amat serius terhadap menaiktaraf jalan ke kawasan ini, selain langkah menyediakan program ekonomi yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menutup Majlis Penanguhan Program Juara Rakyat di kawasan Suan Lamba anjuran Pergerakan Wanita Umno Kinabatangan dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Kinabatangan d Padang Kampung Suan Lamba Lanut di sini.

Turut hadir serta menyampaikan ucapan pada majlis itu ialah Ketua Pergerakan Wanita Umno Kinabtangan, Datuk Napsah Bin Datuk Seri Panglima Pangiran Mohd Galpan dan adik beliau Datuk Abdul Rahman selaku Pengerusi Umno Zon Suan Lamba.
Saddi berkata, beliau amat tertarik dengan cadangan penduduk agar sebahagian dari tanah milik Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) yang sudah dimajukan dengan tanaman kelapa sawit diperuntukkan kepada penduduk Suan Lamba yang tidak memiiliki tanah, sebagaimana dilakukan agensi kerajaan negeri itu melalui pengujudan skim-skim peneroka di seluruh negeri.

Katanya, kalau rancangan itu boleh berlaku ia akan mengembalikan keyakinan penduduk kembali ke kawasan ini untuk memulakan penghidupan baru bersama sebahagian lagi yang masih bertahan.

Katanya, pada awal tahun 70an, kawasan Suan Lamba Lanut diiktiraf sebagai kawasan terpenting dalam Dun Sukau dan Parlimen Kinabatangan kerana disinilah terletaknya kediaman pemimpin yang mendapat kepercayaan kerajaan Parti Usno, Allahyarham Datuk Pangiran Mohd Ghalpam Bin Pangiran Indar yang berperanan memimpin serta menjayakan beberapa program ekonomi rakyat di Kinabatangan.

Keadaan kawasan itu, kata Saddi, berubah bermula dari pertukaran tampuk kerajaan dan ia terus terpinggir apabila hasil mahsul penduduk terutamanya kegiatan mengutip sarang burung di Gua Gumantong tidak lagi dikuasai oleh masyarakat tempatan.

“ Saya berpendapat kegemilangan ini boleh dikembalikan dengan kesediaan penduduk untuk meningkatkan lagi kerjasama dan kesatuan terutama dalam memajukan kawasan ini dalam pelbagai keperluan sebagaimana saya maksudkan, “ katanya.

Kata Saddi lagi, cadangannya mengujudkan Pekan Baru di kawasan Kampung Sukau yang sudah diluluskan kerajaan bakal memberikan impak besar kepada program sosioekonomi penduduk Suan Lamba kerana kedudukannya yang masih hampir dengan pekan itu.
“ Setidak-tidaknya pekan ini bakal menjadi tumpuan penduduk dalam mendapatkan keperluan serta memasarkan hasil ekonomi dan sebagainya. Ia iikuti tugas-tugas mendapatkan khidmat kerajaan kerana kedudukannya yang juga berpotensi sebagai pusat pentadbiran baru daerah Kinabatangan,” katanya lagi.

Beliau akan berusaha menyampaikan cadangan ekonomi penduduk kepada kerajaan, selain membantu menyalurkan peruntukan pembangunan infrastruktur penduduk di bawah peranannya.

Yang lebih penting, tegas Saddi, rakyat di kawasan itu mempergunakan segala peluang yang ada disediakan kerajaan, selain menjadikan program jurara rakyat itu membolehkan mereka mendapat maklumat, ruang dan meningkatkan kerjasama merealisasikan kemajuan yang diharapkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi parti Umno.

Dalam satu dialog bersama penduduk, Saddi bersedia mempertimbangkan permohonan mengujudkan dewan serbaguna di kampong itu.

Selesai.