Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

PROGRAM SEPAKAT BISTARI ANJURAN JABATAN PENERANGAN SABAH





Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman mengingatkan rakyat agar tidak ‘mengadai’ masa depan semata-mata sanggup menerima momokan pihak pembangkang untuk mendapatkan simpati mereka menghadapi pilihanraya umum ke 13.


Beliau menegaskan, rakyat di kawasan luar bandar bukan saja perlu berkerja keras untuk merebut peluang bagi mencapai aspirasi dan matlamat kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terus berusaha menyediakan program pembangunan berterusan terutama di bawah Rancangan Malaysia Ke 10 (RMK10) .


“ Tetapi bersikap teguh mempertahankan kedudukan kerajaan dengan memberikan penjelasan kepada mana-mana pihak akan kemampuan kerajaan BN dalam peranannya membela dan memajukan rakyat menuju wawasan Sabah sebagai negeri maju di tahun 2015 dan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara maju di tahun 2020,” katanya.


Berucap melancarkan Program Sepakat Bistari anjuran Jabatan Penerangan Sabah peringkat Daerah Kinabatangan di Dataran GDW Kampung Sukau di sini, Saddi berkata, tindak tanduk pembangkang memesongkan pemikiran rakyat termasuklah berkaitan isu kebengkarapan yang kononnya di hadapi negara pada tahun 2019 sekiranya terus menanggung pelbagai keperluan subsidi rakyat, Saddi berkata,


“ Ini adalah isu yang diputarbelitkan pembangang selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala memberi taklimat keada pegawai-pegawai kerajaan berhubung bebanan kerajaan yang terus menangung pelbagai subsidi sekian lama.


“ Tetapi tidaklah membawa maksud bahawa kerajaan akan bangkrap. Kerana kerajaan mempunyai kemampuan dan perancangan ekonomi yang terbaik sehingga berupaya menyediakan peruntukan RM230 bilion untuk menampung pembangunan infrastuktur di seluruh negara dalam RMK10 yang akan brmula awal tahun depan,” katanya.


Bagaimana, kata Saddi, sebuah kerajaan yang kuat seperti BN boleh menghadapi masalah kewangan yang besar sedangkan ianya mempunyai anggaran pendapatan tahunan yang terus meningkat, dibuktikan dengan prestasi ekonominya yang bertambah meningkat dalam kelompok 10 negara terbaik di dunia setakat ini, diumumkan sendiri oleh pihak pakar kewangan antarabangsa.


Dalam konteks menuju sebuah negeri maju, kata Saddi, Dun Sukau sebagai salah satu kawasan luar bandar turut berpeluang mengganjakkan peluang ekonominya dengan mengujudkan Pekan Baru Sukau yang pelan pembangunannya sudahpun diluluskan kerajaan negeri, diumumkan pada Persidangan Dewan Undngan Negeri lepas.


Turut hadir pada majlis itu ialah Encik Harun Madasa mewakili Pengarah Jabatan Penerangan Negeri, Penolong Pegawai Daerah, Madinin Zinin yang mewakili Abdul Latif Kandok, Pegawai Penerangan Daerah, Majin Amping dan Pengerusi Komuniti Bistari Kampung Sukau, Haji Mohd Noh Karong, PKR Sukau, Sharin Haji Abdul Rahman yang mengetuai pimpinan masyarakat kawsan dalam Dun Sukau dan Pengeusi JKKK kampung itu, Azahari Haji Ranggon


Saddi berkata, kewujudan Pekan Baru Sukau dengan Majlis Pecah Tanah tapak tersebut yang dijangka dilakukan Ketua Menteri Sabah sendiri, Datuk Seri Musa Haji Aman brpotensi menjadi flatform kpada kerajaan negeri mengstrukturkan semula pentadbiran pejabat-pejabat kerajaan dan Pejabat Daerah Kinabatangan yang sebelum ini terbahagi dua termasuk berkongsi peranan dengan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dalam memberikan khidmat kepada seluruh rakyat kawasan Dun Sukau.


“ Tinggal lagi, dengan adanya sebuah pekan baru yang amat strategic kedudukannya ke arah mengurbanisasikan Dun Sukau ini, terpulang kepada rakyat setempat samada sudah bersedia merebut peluang sosioekonomi dan pembangunan yang bakal tersedia ini,” katanya.


Tegas wakil rakyat itu, adalah amat tepat sekali Jabatan Penerangan Sabah mengadakan program Sepakat Bistari di kawasan itu dalam konteks mengimarahkan rakyat dengan maklumat berkaitan persekitaran pembangunan, .dasar-dasar kerajaan serta peranan yang sedang dan dilakukan keajaan negeri dan pusat, dalam konteks perpaduan berbilang bangsa serta perbezaan agama yang pelbagai, ke arah memenuhi matlamat Gagasan Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.


Kata Saddi, usaha mengimpunkan rakyat menerusi program-program pameran olej jabatan-jabatan kerajaan, ditambah dengan keceriaan mengadakan sukan rakyat dan pentas hiburan akan memperlihatkan peranan sebenar Jabatan Penerangan menjayakan tanggungjawabnya dalam ‘melestarikan maklumat serta kemampanan pembangunan negara secara holistik’ di bawah gagasan negara, dicetuskan Perdana Mentei, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.


“ Saya sendiri menyarankan jika program bersifat pendidikan dan kefahaman seperti ini terus diadakan setiap tahun di kawasan ini, apalagi dngan melibatkan penyertaan rakyat yang lebih besar supaya tingkat kefahaman mereka tidak lagi dapat dipersoalkan serta dipergodak-gadikkan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.


Wakil Pengarah Jabatan Penerangan Negeri, Harun Madasa dalam ucapannya memberitahu, pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang dua hari program itu dijalankan yang melibatkan penyertaan golongan muda dan dewasa kea rah mencapai matlamat penganjuran itu.