Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Telus dan proaktif tangani masalah rakyat - Saddi




Hari ini YB Datuk Saddi Haji Abdul Rahman telah menyerahkan watikah perlantikan kepada PJKKK kawasan DUN N48 Sukau dalam sebuah majlis sederhana bertempat di Conference Room, Airport Golf Driving Range, Batu 7 Sandakan.
Majlis dwi tahunan ini telah dihadiri oleh seramai 42 orang pengerusi-pengerusi JKKK dari kampung-kampung di dalam kawasan DUN yang beliau wakili.
Dalam ucapannya antara lain YB Datuk Saddi melahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua JKKK yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat di kampung masing-masing.
Beliau seterusnya berharap agar JKKK yang telah dilantik sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan serta sentiasa peka terhadap tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Pada majlis ini juga beliau menyeru kakitangan UPPM Sukau agar berperanan lebih pro-aktif, lebih sensitif dengan masalah rakyat yang disampaikan oleh JKKK dari segala sudut dan aspek. Beliau menekankan bahawa tiada kompromi dalam konteks menangani isu dan masalah rakyat.