Alhamdulillah…hari ini saya merasmikan Pelancaran Tamu Mingguan Pekan Sukau yang dianjurkan oleh Majlis Daerah
Kinabatangan (MDK) bertempat di Dataran Tamu Pekan Sukau. Saya amat teruja
dengan sambutan dan penyertaan peniaga-peniaga serta pengunjung yang amat
menggalakkan, dan sungguh ia di luar jangkaan saya. Berkesempatan beramah mesra
dengan para peniaga dan pengunjung, saya amat berharap agar kehadiran pada hari
ini dijadikan sebagai pemangkin untuk meneruskan aktiviti ekonomi seumpamanya
di minggu-minggu akan datang. Saya yakin dan percaya dengan bermulanya
urusniaga tamu pada hari ini, ianya akan sedikit sebanyak dapat menambah
pendapatan penduduk…Insya Allah.
Syabas
dan tahniah! Saya ucapkan kepada semua yang terlibat mengusahakan dan
menjayakan program ini.