Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV





YB SADDI ABDUL RAHMAN : NILAI PERPADUAN PERLU ADA DALAM RT MENJAYAKAN PEMBANGUNAN RAKYAT SETEMPAT.


KINABATANGAN : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Saddi haji Abdul Rahman menggesa nilai perpaduan yang tinggi boleh diwujudkan dalam jawatankuasa Rukun Tetangga (RT) dijadikan alat penting dalam menjayakan program pembangunan sosio ekonomi rakyat di kawasan ini.

Katanya, harapan tersebut boleh dicapai sekiranya semua jawatankuasa RT di kawasan ini dapat mempergunakan konsep kemasyarakatan yang sudah dipupuk serta diperhalusi di bawah penubuhan badan tersebut di seluruh negara.

“ Apa yang penting jawatankuasa RT di manapun juga khususnya di kawasan luar bandar menjadi sebahagian daripada ‘cataylis’ pembangunan rakyat dengan nilaikerjasama yang tinggi dan utuh untuk menuayakan agenda ini” katanya.
Berucap merasmikan Pertandingan Masakan dan Keraftangan Anjuran RT Pekan Bukit Garam di Dewan Seri Lamag, Bukit Garam di sini, Saddi menegaskan, pengwujudan banyak program yang membelakangkan nilai, visi dan misi perpaduan di bawah landasan jabatan itu sememangnya boleh membawa kerugian.

Apa tah lagi, katanya, masyarakat khususnya ahli-ahli rukun tetangga di sesuatu kawasan akan terus menilai kewujudan badan-badan seperti itu dalam bentuk pencapaiannya berasaskan kemajuan perpaduan dan kerjasama di kalangan masyarakat setempat.

Saddi merujuk program sebagaimana Pertandingan Masakan dan Kraftangan anjuran RT pekan itu berkata, usaha membawa penyertaan an ggota masyarakat khususnya kaum wanita dan golongan remaja perlu diperhebatkan bagi mempastikan kesinambungan perpaduan dan kerjasama rakyat terus mantap.

Turut hadir pada majlis itu ialah Penolong Pegawai Daerah, Madinin Jinin, Pegawai Pembangunan Masyarakat Dun Sukau, Amirudin Mohamad Damit dan Pengerusi RT Pekan Bukit Garam, Junaidin Haji Anoi.

“ Apa lagi kerana Jabatan Perpaduan Negara di peringkat pusat sudah difahami sebagai badan yang besar dan bertanggungjawab dalam mempastikan kejayaan cawangan-cawangan Jawsatankuasa RT di negara ini terus mencapai matlamatnya,” kata Saddi..Setidak-tidaknya penubuhan RT di pekan Bukit Garam ini.

katanya, menjadi satu lagi landasan untuk mengkukuhkan kerjasama dan perpaduan bukan saja di kalangan rakyat, malah pimpinan setempat dalam upaya menjayakan pembangunan setempat dan masyarakat sasaran dalam pelbagai aspek.

Sehubungan itu, Saddi mencadangkan penganjuran program-program RT di kawasan-kawasan perkampungan Dun Sukau diperkasakan dengan pelbagai aktiviti yang boleh membawa tarikan pelancong serta ekonomi di kawasan itu.

Katanya, dengan kerjasama yang kuat di kalangan pemimpin masyarakat khususnya Pengerusi-Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung, boleh meletakkan program itu satu lagi siri untuk memberi penjelasan kepada rakyat terhadap dasar dan pencapaian pembangunan dilakukan kerajaan.
Selesai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan