Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

PENYEDIAAN PROFAIL KAMPUNG AKAN MEMAJUKAN PEMBANGUNAN SETEMPAT : YB SADDI ABDUL RAHMAN

(Utusan Borneo)

KINABATANGAN : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan penyediaan profail kampung yang sistematik membolehkan gerakan pengurusan memajukan sesebuah penempatan masyarakat mencapai tahap pembangunan yang pantas dan cemerlang.

Beliau berkata, profail sedemikian juga penting bukan saja dalam menyalurkan program pembangunan, tetapi juga satu saluran umum untuk mengetengahkan kemajuan kampung samada kepada masyarakat, pelancong malah pelabur yang boleh membawa keuntungan terus kepada penduduk.

“ Profail sebeginilah yang saya perlukan daripada para pemimpin masyarakat khususnya para Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sukau. Namun masih ramai yang belum menyerahkannya,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis penyerahan sumbangan zakat Fitrah sumbangan Tabung Zakat Sabah anjuran Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Sukau di Kampung Paris 2, di sini kelmarin.

Menurut Saddi, penyerahan profail bagi 42 kampung utama di kawasan Dun Sukau penting bagi membolehkan pihaknya memulakan gerakan penyusunan pembangunan kampung mengikut perancangan disediakan.

Katanya, profail berkenaan juga akan menjadi asas pernilaian terhadap kegigihan penduduk dan pemimpin masyarakat setempat menjayakan aktiviti pembangunan dan sosioekonomi sebelum mereka dianugerahkan pencapaian pembangunan berasaskan anugerah bintang.

Katanya, penganugerahan bintang antara satu hingga lima terhadap kampung-kampung itu mengambilkira pencapaian penduduk dan pemimpin yang dipertanggungjawabkan dalam pelbagai aspek termasuk keseriusan mereka dalam melaksanakan sebarang projek pembangunan yang sudah, akan dan boleh disalurkan kerajaan.

Menurut Saddi, jawatankuasa penganugerahan satu hingga lima bintang bagi menggambarkan kemajuan penduduk itu akan dipengerusikan beliau yang akan dinilai secara rapi.

“ Usaha-usaha dalam menjayakan pembangunan ilmu dan pembelajaran anak-anak juga antara bahan pernilaian penting kepada penduduk. Kerana bidang ini juga satu jaminan besar kepada kemajuan pembangunan di Sukau pada masa akan datang,” katanya.

Kata Saddi, beliau mahu pemimpin masyarakat yang dilantik supaya menunaikan segala tanggungjawab yang diserahkan kepada mereka dalam mempastikan kemajuan penduduk, termasuklah melibatkan penyerahan profail kampung yang dikehendaki.

Dalam pada itu Saddi yang juga Pengerusi Innovation PNG Limited memuji kesungguhan golongan ibu bapa di kawasan ini kerana memberikan galakan pembelajaran yang kuat kepada anak-anak mereka sehingga mendapat bantuan biasiswa Yayasan Sabah hasil pencapaian itu.

“ Walaupun kalangan penerima biasiswa ini baru di peringkat UPSR dan PMR, tetapi saya bangga dengan prestasi dan kegigihan mereka sehingga mendapat perhatian pihak kerajaan negeri.“ Saya yakin jika mereka terus gigih dalam meningkatkan soal pelajaran, mereka akan terus mendapat ganjaran dan bantuan daripada kerajaan,” katanya yang kemudian menyampaikan bantuan itu kepada pelajar terlibat.

Turut serta pada majlis penyampaian itu ialah Ketua Pejabat Yayasan Sabah Kinabatangan, Puan Anne Abdul Rahman..

Saddi turut menyampaikan rasa simpatinya terhadap anak-anak yatim yang menerima sumbangan zakat dari pihaknya.

Beliau menyeru kanak-kanak itu supaya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam p
elajaran, seterusnya berpeluang menyumbangkan khidmat dan bakti kepada masyarakat di kawasan ini yang kini memerlukan pembelaan.
tamat