Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV





UMAT ISLAM PERLU PELBAGAIKAN BIDANG : ADUN SUKAU

KINABATANGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, gambaran paling jelas terhadap kekuatan dan penguasaan umat Islam di dalam pelbagai bidang ialah menerusi nilai perpaduan yang terus dapat dimanfaatkan untuk kebaikan sesama ummah secara berterusan.

Katanya, usaha menterjemahkan ssemangat sedia berkongsi kepayahan, berkerjasama mencapai matlamat bukan saja boleh menentukan halutuju sebenar umat Islam, iaitu menjadi umat cemerlang, gemilang dan terbilang.

Tetapi kata Saddi, benteng keutuhan perpaduan yang menjadi kuat di kalangan ummah ini tidak akan mudah rapuh dan dipengaruhi pihak-pihak luar yang cuba mengambil kesempatan untuk mengeruhkan keadaan dagar berpecah belah..

” Dalam konteks kawasan ini sendiri, perpaduan di kalangan semua pihak termasuk umat Islam termasuk mewakili rakyat jelata, kakitangan kerajaan, swasta dan pemimpin politik sudah semestinya meningkatkan kesatuan bersama ke arah mempastikan kemajuan dan kecemerlangan umat Islam di sebelah sini, “: katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Daerah Kinabatangan di Dewan Sri Lamag di sini, hari ini.

Kata Saddi, isu menunut perpaduan kental di kalangan umat Islam hari ini menepati maksud tema sambutan Maulidul Rasul tahun ini iaitu, Wadah Pemangkin Khairah Ummah yang menggambarkan kejayaan dalam segala bidang serta keperluan semasa ummah berteraskan kepada kekuatan perpaduan.
Dengan menjadikan segala kesempurnaan yang dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW dari segi azam dan semangat memperjuang dan memajukan umat Islam di zaman lampau, sifat dan sikap beliau yang sedia menghormati sesiapapun, lembut dan bijaksana, jika diamalkan, boleh mengubah lanskap ekonomi, politik dan kemajuan di kalangan umat Islam berterusan.

Katanya, kesediaan dan keupayaan umat Islam sedia untuk merubah mentality ke arah kemajuan yang dianjurkan Islam sekaligus boleh menghalang Islam khususnya golongan belia dan remaja di kawasan ini untuk terjerumus ke dalam kegiatan yang tidak sihat dan tidak bermoral, termasuk kegiatan penagihan dan pengedaran dadah yang sudah menular sekian lama di daerah ini.

“ Saya dapat maklumat, daerah ini sudah dijadikan sebahagian dari laluan untuk untuk membawa masuk dan mengedar dadah ke negara ini daripada negara jiran, seperti dadah jenis Syabu dan sebagainya,” kata Saddi.

Sudah tentu ibu bapa dan masyarakat Islam di daerah ini, tegas wakil rakyat itu memainkan peranan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa keselamatan untuk menghalang kegiatan itu dari terus menular dan memusnahkan masa depan masyarakat Islam di kawasan ini.

Tumpuan, katanya, lagi harus terus diberikan dalam meningkatkan ilmu dan pendidikan, diikuti soal kemahiran generasi muda Islam di sini, dalam menjadikan kemajuan yang dicapai bukan saja menepati kehendak kerajaan tetapi sebahagian dari tuntutan kemajuan dalam ajaran Islam.

Dengan mengulangi pentingnya ibu bapa untuk menanamkan sifat dan keperibadian nabi yang bersikap amanah, siddiq (benar) tabliq (penyampai segala kebaikan) dan fatanah (bijaksana), Saddi berkata, sikap sedemikian wajib dihayati dan dicontohi oleh anak-anak bagi menjadikan mereka sebagai insane cemerlang, gemilang dan terbilang di masa hadapan.

Turut hadir pada majlis itu Ado Daerah Kinabatangan, Madinin Jimin, Pegawai JASA Daerah, Haji Hamidin Radin, Ketua Pergerakan Wanita Umno Kinabatangan, Datuk Napsah DSP Haji Pangiran Galpam, Imam Daerah Haji Jalpa Sani dan gabungan Jheains Kinabatangan dan Beluran selaku penganjur.

Saddi kemudian menegur pihak yang dipertanggungjawabkan terhadap pembinaan masjid daerah di sini yang tertangguh penyiapannya lebih setahun agar menyegerakannya demi menjaga imej dan kepentingan umat Islam di kawasan ini.

Katanya, masjid yang sudah hampir siap dibina, dijangka menelan berjuta-juta ringgit itu perlu disempurnakan pembinaannya bukan saja untuk keselesaan jemaah umat Islam yang menggunakannya, tetapi mengelakkan penghinaan kepada kedaulatan umat Islam secara keseluruhannya.

Kata Saddi, beliau sendiri sudah berulang kali mengeluarkan kenyataan bagi merayu penyiapan pusat ibadah itu, tetapi belum ada tindakan diambil pihak-pihak terlibat setakat ini.

Saddi kemudian menyampaikan hadiah kemenangan beberapa acara yang dipertandingkan sempena sambutan itu melibatkan pertandingan sepanduk, acara perbarisan dan jumlah kumpulan peserta teramai dalam perarakan sejauh lebih 1km bermula dari Dataran Kota Kinabatangan ke Dewan Sri Lamag.

Selesai.