Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

MEMBINA NEGARA BANGSA CEMERLANG BERGANTUNG KEPADA KEJAYAAN ILMU-YB. SADDI ABDUL RAHMAN




KINABATANGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman berkata, pembinaan sebuah negara bangsa yang cemerlang dan terbilang dalam banyak bidang bermula dari penguasaan ilmu pendidikan yang membentuk masa depan generasi masyarakat ke arah itu.


Katanya, kemajuan dalam bidang ilmu bukan saja mampu membentuk minat dan kecendrongan masyarakat terhadap bidang-bidang menjurus kepada kemajuan, tetapi membentuk sahsiah dan moral agar lebih berketrampilan berkhidmat kepada masyarakat,


“ Saya mahu kalangan pelajar di Kinabatangan khususnya SMK Bukit Garam ini mempunyai azam dan iltizam yang kuat dalam membina negara bangsa yang cemerlang menerusi kejayaan pendidikan… Jika imej ini diterapkan sudah tentu kita tidak perlu menunggu masa yang terlalu lama melahirkan lebih ramai pemimpin yang berwibawa dan berdisplin memajukan rakyat pada masa akan dating,” katanya.


Saddi berkata demikian ketika berucap Majlis Menyampaikan Hadiah Kecemerlangan Pelajar sempena Sambutan Hairaya Adil Fitri SMK Bukit Garam, sebuah sekolah menengah yang beroperasi kurang dua tahun menempatkan lebih 1001 orang pelajar di sini, minggu lepas.


Turut hadir pada majlis itu ialah Pengetua SMK Bukit Garam, Haji Mohd Mordin Haji Daud, Pengerusi PIBG SMK Bukit Garam, Haji Samion Dullah, para ibu bapa dan kalangan guru-guru dan pelajar di sekolah tersebut.


Saddi berkata, walaupun Sekolah menengah berkenaan bukan terletak di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sukau adalah menjadi tanggungjawab beliau sebagai pemimpin yang dilahirkan di kawasan ini diberi perhatian ke arah pencapaian bidang pendidikan yang lebih anjal.


Tegasnya, sebagai kawasan yang terletak di luar bandar kerjasama pelbagai pihak membantu menjayakan pendidikan di daerah ini perlu terus dipertingkatkan, sesuai dengan tuntutan dunia pendidikan dan ilmu ketika ini.


Katanya, samada guru-guru, pelajar dan masyarakat ibu bapa perlu terus aktif mengenalpasti kekurangan dan kelemahan pendidikan di kawasan masing sebelum ianya ditangani menerusi pelbagai pendekatan secara proaktif.


Masyarakat pelajar, katanya, tidak harus pula menyerahkan kelemahan mereka kepada pihak sekolah untuk ditangani, sebaliknya berusaha keras mengatasi kekurangan masing-masing mengikut jadual yang sepatutnya.


“ Majlis seperti hari ini akan meningkatkan lagi jalinan silatulrahim di kalangan ibu bapa, guru dan pelajar ke arah membentuk kerjasama yang kuat dalam membentuk kecemerlangan akedemik,” katanya.


Dalam pada itu, Saddi menyatakan terima kasih kepada para guru serta badan PIBG di sekolah tersebut kerana terus berusaha meningkatkan pencapaian akedemik pelajar setiap tahun menerusi Peperiksaan Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia.