Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

RAKYAT LUAR BANDAR TIDAK DIPINGGIRKAN DARI ARUS PEMBANGUNAN : SADDI








ADUN Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan tidak mungkin ada masyarakat di kawasan ini dipinggirkan dari segi pembangunan selagi mereka memberikan sokongan dan kemenangan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam setiap pilihanraya.

Katanya, rakyat bukan saja akan menerima pelbagai faedah pembangunan hasil dari sokongan itu, tetapi menerima banyak faedah dalam usaha-usaha ekonmi serta perkhidmatan selagi mantapnya kerjasama dan perpaduan dengan pihak kerajaan BN

.“ Kalau ikutkan hati saya saya mahukan kemajuan rakyat termasuk di kampung Lanut (Suan Lamba) ini sudah menjadi kenyataan hari ini kerana rakyat di kawasan ini juga terbukti memberikan sokongan kepada BN sekian lama

.“ Tetapi masa masih ada untuk saya melakukannya termasuklah menghidupkan semula gerakan pembangunan penduduk dan ekonomi yang sudah menjadi terbiar di kawasan ini,” katanya pada majlis Kesyukuran Sempena Kemenangan BN dalam peringkat Dun Sukau dalam pilihanraya Umum lepas.

Program itu adalah anjuran bersama pemimpin masyarakat di kawasan Suan Lamba Lanut dengan salah seorang penduduk, Sadon Haji Labit bagi menunaikan niat keluarganya ke atas pilihanrayaperingkat Dun Sukau itu yang menyaksikan pertandingan lapan penjuru.

Kata Saddi, keutamaan program pembangunan di Suan Lamba Lanut itu diberikan khususnya dalam meperbaiki bangunan masjid berkenaan yang dibina sejak kerajaan Usno dan dirasmikan Ketua Menteri kedua Sabah ketika itu, Allahyerham Tun Datu Haji Mustapha Bin datu Harun.

Selain itu, katanya, usaha menaiktaraf jalan kampung berkenaan, diikuti pembinaan dewan serbaguna, kemudahan rumah PPRT, lampu jalan serta aktiviti ekonomi penduduk dilakukan bagti menghidupkan semula keceriaan penduduk di kawasan itu.

Katanya, usaha-usaha tersebut beliau lakukan sebagai penghargaan terhadap kampung berkenaan yang telah melahirkan ramai pejuang dan pemimpin di kawasan Kinabatangan diasaskan oleh bekas Senator dan Pembantu Menteri, Datuk Seri Panglima Pangiran Galpam bin Pangiran Indar, di zaman pemerintahan kerajaan Usno.

Kata Saddi, kerana jasa dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh Allahyerham DSP Galpam, banyak kemajuan ekonomi serta kemunculan pemimpin baru di Kinabatangan dicapai, walaupun kerajaan Usno tumbang dan memberi laluan kepada kemasukan Parti Umno ke Sabah.

Kata Saddi, walaupun lantaran ketiadaan pemimpin sedemikian, beliau tidak mahu keperluan pembangunan rakyat di kawasan itu dilupakan, sebaliknya semangat dan keinginan itu perlu dibangkitkan sebagai mengekalkan imej perjuangan dan kejayaan ekonomi rakyat secara menyeluruh.

Kata Saddi, usaha menghidupkan semula soal pembangunan dan ekonomi di kawasan itu akan membolehkan anggota masyarakat yang meninggalkan kawasan itu akan kembali, apalagi kerana kedudukannya yang tidak begitu jauh daripada bandar Sandakan.

Untuk itu, Saddi mahu supaya rakyat di kawasan tersebut bersatu padu dan memberikan sokongan sebaik mungkin kepada kerajaan.

Antara yang perlu dilakukan mereka, kata wakil rakyat itu ialah soal menyatukan perpaduan serta memantapkan minda bagi memajukan kampung berkenaan sesuai dengan perancangan dan cita-cita kerajaan.

“ Saya begitu bangga kerana bekas Calon Usno, Pangiran Damsah Bin Pangiran Indar masih lagi setia dan menetap di kawasan ini. Beliau masih mempunyai idea dan pandangan mantap. Maka berkerjasamalah dengan beliau untuk kemajuan kita bersama,” katanya.

Sebagaimana kawasan lain di Sukau, kata Saddi, beliau akan terus melakukan lawatan ke kampung tersebut bagi mempastikan kemajuan pembangunan dan ekonomi penduduk tercapai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan