Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Gunakan bantuan yang disalurkan Yayasan Sabah dengan berhemah

memberi sedikit nasihat kepada para pelajar yang juga penerima bantuan tersebut
Saddi menyampaikan sumbangan bantuan Yayasan Sabah kepada pelajar rendah mewakili penerima Dun Sukau.




Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) terus mempertahankan falsafah perjuangannya sebagai banteng utama membela dan memberikan perkhidmatan pembangunan kepada rakyat semua kaum di negara ini.

Beliau berkata, tidak ada pihak yang boleh mempertikaikan fakta itu kerana kerajaan BN sudah terbukti mampu memberikan khidmat dan pembelan yang terbaik kepada rakyat semua kaum sejak BN memerintah negara ini sekian lama.

“Tugas dan khidmat pembelaan rakyat  di bawah dasar ini kini telah mampu memberikan perubahan pembangunan dan ekonomi rakyat di bandar dan desa-desa termasuk di Sabah yang tidak boleh dinafikan oleh hanya kumpulan kecil yang mahu melihat kejatuhan kerajaan BN, semata-mata desakan ‘sindrom giilakan kuasa,’.

“Bagaimanapun  majoriti rakyat terbukti menolak keupayaan golongan pembangkang yang terbukti hanya mahu mahu mengambil peluang daripada peranan dan tanggungjawab dalam menghadapi PRU 13,” katanya.

Berucap ketika menyampaikan sumbangan Yayasan Sabah kepada pelajar miskin di kawasan Dun Sukau di pejabat UPKR kawasan Dun itu kelmarin, Saddi berkata BN tidak pernah bersikap pilih kasih memberikan bantuan di bawah tanggungjawabnya.

“Malah BN amat mengingginkan rakyat yang memerlukan pembelaan dan perkhidmatan tampil untuk menyuarakan kehendak mereka,” katanya,

Turut hadir dan menyampaikan ucapan pada majlis itu ialah Ketua Pentadbir Yayasan Sabah Zon Timur, Puan Hajah Rosinah Abdul Muin.

Saddi yang juga Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa (KPD) menegaskan, apa yang penting rakyat termasuk di kawasan ini harus terus membulatkan kesatuan mereka untuk menyokong kerajaan BN dalam PRU ke 13.

Dengan sokongan yang kuat itu, kata Saddi, perancangan yang dinamik untuk membangunkan kawasan Dun Sukau termasuk di bawah   program Pekan Baru Sukau akan mencapai kejayaan pada panggal akan datang.

Apabila perancangan  pembangunan itu menjadi realiti, tegas Saddi, kedudukan ekonomi rakyat di kawasan ini akan terus melonjak dalam pelbagai sektor termasuk dalam bidang pelancongan, perladangan, perikanan serta sumber-sumber   yang mampu memberikan nilai tambah secara jangka panjang  kepada rakyat.

Menyatakan terima kasih kepada Yayasan Sabah kerana sumbangan badan korporat itu memberikan khidmat sosial kepada rakyat,  Saddi mahu seluruh rakyat di kawasan ini memberikan kerjasama berkesan terhadap setiap program agensi itu demi kebaikan mereka.

“Saya juga merayu para pelajar di kawasan ini supaya menggunakan setiap bantuan kewangan Yayasan Sabah dengan berkesan dan berhemah, khususnya dalam usaha memajukan diri dalam pelajaran.

“Mana-mana pelajar yang menunjukkan prestasi pelajaran mereka dengan cemerlang pasti akan berpeluang untuk menjadi insan yang mampu memberikan khdimat yang terbaik kepada rakyat negeri ini termasuk menjadi kakitangan Yayasan Sabah,” katanya.