Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Pembangkang tidak mendapat tempat di hati rakyat Sabah

Saddi mengambil peluang  singgah di Kampung  Baungun, Sukau untuk meraihkan majlis Pengantin Baru
Saddi menyampaikan watikah bertugas kepada   Puan Ni’mah Loti selaku Ketua JR Kampung Abai dalam Mukim Mumiang
Saddi bergambar ramai dengan jentera JR Kampung Mumiang bersama-sama pemimpin akar umbi kawasan itu



Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, Parti politik seperti PAS  yang sanggup memperdagangkan Agama Islam semata-mata mencari kuasa politik serta sanggup ‘menjual’ Kalimah Allah tetap akan ditolak rakyat Sabah pada pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau itu berkata, parti itu bukan saja tidak akan mampu meraih sebarang kerusi, tetapi masih mampu mengekalkan tradisinya mengetengahkan calon-calon hilang wang pertaruhan, kerana sokongan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional.

“ Saya bukan mendahului takdir Allah Swt… tetapi saya yakin dan percaya, parti ini tidak mendapat tempat di hati rakyat Sabah. Apalagi tindakannya yang sanggup bersekongkol dengan DAP dan PR yang sanggup menghalalkan cara semata-mata untuk mendapat kuasa politik di negara ini,” katanya.

Berucap dengan lebih 100 orang anggota Jalinan Rakyat yang merupakan sebahagian daripada Jentera Parti BN dalam PRU ke 13 dalam Mukim Muimang, salah satu kawasan dalam Persisiran Pantai Dun Sukau, Kinabatangan, Saddi berkata, tanda-tanda awal majority besar  rakyat di kawasan ini menolak rakyat begitu ketara dan menggembirakan jentera BN.

Antara bukti yang berlaku, kata Saddi, para pemimpin sudah menolak secara lembut kedatangan bakal-bakal calon PAS di kawasan persisir Panta itu walaupun memberi alasan mahu ‘menjengkuk’ (melawat) kawan-kawan lama dari kalangan bekas pemimpin akar umbi Dun Sukau.

Dengan menggunakan bot-bot kecil, kata Saddi, tindak tanduk jentera parti termasuk bakal-bakal calon PAS dan PKR itu menggunakan taktik ‘mengunjungi kawan lama’. Namun sikap mereka begitu ketara yang semata-mata mahu berkempen pada saat-saat negara di ambang pilihanraya.

“ Saya  terus diberi tahu  kehadiran mereka untuk berkempen ditolak rakyat. Para pemimpin PAS  dan PR ini tidak mengetahui bahawa para penyokong BN di kawasan ini sebenarnya ‘berhati batu’ yang sudah memberikan sokongan padu sekian lama kepada kerajaan BN. Mereka ini mewakili Umno dan rakan-rakan komponen BN lain,” kata Saddi.

Saddi berkata, parti-parti pembangkang apalagi PAS sanggup memperatuhkan soal kepentingan agama Islam dan menjual ‘kalimah Allajh’ kerana mereka sentiasa terdesak untuk mendapatkan sokongan DAP dan PKR.

“ Dengan para pengikut  dan pemimpin PAS mulanya sanggup membiarkan ‘pemimpin-pemimpin DAP mengeluarkan ayat-ayat Quran yang kesannya amat menghina masyarakat Islam di negara ini, kini mereka boleh membenarkan nama Allah SWT dimasukkan di dalam Bible Edisi bahasa Melayu bagi menukarkan nama ‘God’ sebagai nama tuhan bagi penganut Kristian.

“ Walaupun PAS merubah-ubah pendiriannya hari ini dalam isu itu, tetapi perbuatan ini amat jelas PAS sanggup melakukan apa saja untuk menjaga hati para pemimpin DAP dan PKR,” katanya yang juga Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa (KPD) Negeri Sabah..
Menurut Saddi, kesucian ajaran Agama Islam begitu kukuh terjaga dalam kerajaan BN hari ini.

Walaupun BN disertai oleh para penganut agama lain mewakili pelbagai agama, tetapi para pemimpinnya tidak berani menyentuh soal-soal yang berkaitan dengan kesucian Agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini. Malahan merelakan Parti Umno terus menjadi tunjang komponen kerajaan BN di negara ini.

Umno juga, kata Saddi, menyerahkan tanggungjawab berkaitan kepentingan agama lain kepada para pemimpin mewakili komponen itu yang membawa bukti kepada kejayaan perpaduan seluruh rakyat dalam  negara hingga hari ini.

“ Saya yakin dan pecaya, semua masyarakat Islam marah dengan perbuatan PAS ini.  Jadi saya bersetuju jika pengikutnya tidak diberikan layanan berkempen dalam kawasan ini,” katanya.

Sehubungan itu,  Saddi menggesa jentera parti BN supaya bekerja dengan tekun demi mempastikan lambang dacing terus menjadi pilihan rakyat.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pergerakan Wanita Kinabatangan, Datuk Pangiran Hajah Dayang Napsah Pangiran Galpam,  PKR Dun Sukau, Sharin Haji Abdul Rahman, CDO, Amirudin Mohd Damit,  Pengerusi JKKK Mumiang, Madah, Ketua Kampung