Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

BN berpotensi menguasai undi majoriti rakyat Sabah pada PRU 13 nanti

Saddi selaku Pengerusi Jawatankuasa Sokongan PDM Batu Putih mengadakan mesyuarat dengan anggota JR di kediaman Ibu Bapanya di Batu Putih
Antara anggota JR Batu Putih yang hadir pada majlis tersebut
walaupun sibuk menemui jentera BN di kawasan Dun Sukau, Saddi turut memberhentikan kenderaannya bagi melihat kejadian kemalangan membabitkan sebuah kenderaan awam di Jalan Sukau pada Sabtu


Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, kerajaan Barisan Nasional berpotensi untuk menguasai majoriti sokongan rakyat Sabah Dalam Pilihanraya Umum ke 13 kerana perebutan kerusi di kalangan pihak parti-parti pembangkang untuk menentukan saingan mereka.

Katanya, kegagalan memperolehi pencalonan selesa itu menunjukkan pihak pembangkang  masih lagi tidak ada harapan untuk meraih sebarang kemenangan samada di kawasan Dun dan Parlimen di negeri ini dalam PRU ke 13.

“ Ditambah dengan kerja-kerja kempen yang kuat jentera BN untuk menjelaskan keupayaan kerajaan BN di Sabah hingga hari ini, disamping khidmat pembelaan mantap yang mampu diperkasakan Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri, sudah tentu  peningkatan sokongan akan terus berpihak kepada BN,” katanya.

Memberikan taklimat bagi persiapan Pilihanraya kepada jentera Parti BN di Batu Putih dalam kawasan Dun Sukau di sini pada Sabtu,  Saddi menegaskan, tidak ada peluang jentera pembangkang berkempen di kawasan itu kerana rakyat sudah lama menolak pembangkang.

Beliau berani menyatakan demikian, katanya, hampir setiap rumah di kawasan Batu Putih memasang bendera BN di pintu rumah mereka dan mudah disaksikan pekerja kempen pembangkang.

“ Ini bukan saya arah…..Tetapi inilah dilakukan rakyat sejak berbulan-bulan lalu. Saya percaya tindakan itu kerana keyakinan mereka yang kuat kepada kerajaan BN, di mana kami menjadi antara pelaksana pembangunannya di dalam Dun Sukau,” kata Saddi.

Samada calon pembangkang mewakili Parti Pakatan Rakyat sudah awal-awal meramalkan kekalahan mereka kerana kekuatan yang ada pada BN.

Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa (KPD) Negeri Sabah itu berkata, rakyat Dun Sukau dirasakan merasa bangga memasang bendera BN di setiap pintu kediaman mereka kerana dapat  menunjukkan kepada  kerajaan akan prinsip dan pendirian politik mereka.

Menyatakan perkara itu sebagai satu perjuangan hakiki rakyat Malaysia sekian lama, Saddi menasihatkan rakyat supaya terus berwaspada sehingga hari pembuangan undi bagi mengelakkan pembangkang mengambil kesempatan di saat-saat akhir.

Sambil menambah, bahawa kekuatan BN di Sabah kali ini terus mampu untuk meneruskan tradisi kemenangan hilang deposit kepada semua pihak pembangkang, beliau meminta semua pekerja parti meningkatkan kerjasama untuk mencapai impian itu.