Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Berjuang Habis-Habisan untuk kejayaan besar BN - Saddi

Saddi bersama-sama sebahagian jentera BN bergambar kenangan dengan memberi simbolik 1malaysia
Saddi menyampaikan bahan-bahan tugas kepada Ketua JR Tanjung Aru, Hajah Saimah


“ Berjuang Habis-Habisan, utamakan perpaduan di kalangan jentera dan penyokong BN serta memberikan penjelasan  dan sasaran kempen yang tepat terhadap rakyat adalah sebahagian daripada tujuh ‘rukun’ yang meyakinkan  kemenangan dalam PRU ke 13,” kata Saddi Abdul Rahman.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu menegaskan, Rukun BN menghadapi PRU ke 13  yang telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang juga Timbalan Pengerusi BN itu perlu disematkan dijiwa seluruh rakyat bagi menghadapi kempen pilihanraya kali ini.

“ Saya sudah yakin dan percaya jika tujuh rukun ini dijadikan azimat berkempen, BN akan mencapai kemenangan besar kerana rakyat bersama calon-calon BN dalam pilihanraya kali ini,” katanya.

Saddi berkata demikian ketika berucap pada majlis pemimpin bersama lebih 200 orang anggota Jalinan Rakyat Mukim Tanjung Aru yang merupakan jentera BN dalam kawasan persisiran Pantai  Dun Sukau, di sini.

Saddi berkata, jentera parti BN  di kawasan Dun Sukau dan Kinabatangan tidak perlu risau menjalankan tanggungjawab mereka kerana sebahagian besar daripada kawasan ini merupakan kubu kuat BN.

Katanya, dengan kedudukan yang tidak bergitu bersedia pada PRU ke 12, kali ini kesungguhan itu lebih ditingkatkan kerana kedudukan BN yang dilihat bertambah kuat di kawasan ini.

“ tambahan lagi sebahagian daripada orang-orang kuat pembangkang, termasuk di merata negeri Sabah sudah memnberikan sokongan dan kepercayaan kepada BN. Ini mehyebabkan kita boleh mencapai kemenangan besar.

“ Ditambah dengan penyediaan projek-projek pembangunan serta perlaksanaan khidmat BN menumpukan kepada keperluan yang diharapkan rakyat, ianya menambah kekuatan BN menghadapi PRU ke 13 kali ini,” katanya.

Saddi yakin dan percaya, dengan kewujudan jentera JR dalam BN, kekuatan komponen parti itu akan lebih meningkat termasuk berperanan untuk membawa masuk saki baki rakyat yang pernah menyokong parti pembangkang di Kinabatangan.

“ Jangan lagi tunggu. Kita kerjalah. Siapa calon yang diletakkan BN itu bukan perkara utama. Yang harus kita beri tumpuan bagaimana kita untuk meleburkan pengaruh pembangkang di kawasan Dun Sukau di tahap paling maksima,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mahu Pusat Daerah Mengundi di semua  mukim di dalam Dun Sukau terus berkerjasama dengan seluruh anggota JR demi mencapai sasaran tugas semua jentera BN di kawasan ini.