Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

BN akan terus membela nasib rakyat - Adun Sukau

Saddi menyampaikan bantuan RM100 kepada salah seorang pelajar SK Batu Putih sambil diperhatikan Guru Besarnya, Megat Alias Megat Muda, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah, Amdan Asim dan Penolong kanan Rusdik Enchi
Saddi bergambar beramai-ramai dengan sebahagian guru, ibu bapa dan pelajar Sk Batu Putih sambil mengangkat jari telunjuk melambangkan Konsep 1Malaysia
Penolong Kanan sekolah, Rusdik memberikan gambaran terhadap masalah yang dihadapi SK Batu Putih untuk segera diatasi sambil diperhatikan Amdan dan Megat Alias


Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, Barisan Nasional (BN) terbukti cekal meneruskan khidmat dan pembelaannya kepada seluruh rakyat termasuk berupaya memberi bantuan kewangan kepada golongan sasaran memerlukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu berkata, pemberian bantuan RM100 kepada pelajar sekolah di seluruh negara itu turut menunjukkan BN bukan sebuah kerajaan yang berpilih kasih.

“ Ia adalah manifestasi di sebalik komitmennya memberikan khidmat pembelaan secara bijak kepada rakyat mewakili semua peringkat termasuk walaupun mereka tidak menyokong kerajaan,” katanya.

Berucap di Majlis Maulidul Rasul dan penyampaian bantuan kerajaan BN RM100 kepada lebih 270 pelajar SK Batu Putih di sini pada Sabtu, Saddi berkata, sumbangan tersebut adalah antara sebahagian daripada pemberian kerajaan BN terhadap rakyat untuk menilai keupayaannya.

Peruntukan RM 560 juta oleh kerajaan melibatkan lebih 5.6 juta pelajar di seluruh negara itu, kata Saddi, tidak termasuk pemberian bantuan subsidi melibatkan keperluan bahan-bahan makanan, bahan api, pendidikan dan persekolahan, perubatan dan sebagainya, demi memberikan kesejahteraan berterusan kepada rakyat.

“ Bantuan pembelian telefon bimbit RM200 dan bantuan BRIM 250 kepada golongan belia 21 tahun ke atas, diikuti BRIM RM500 dan pemberian computer kepada golongan rakyat berpendapatan di bawah RM3,000 menunjukkan sikap kerajaan yang adil.

“ Mana ada kerajaan di dunia ini yang mampu memberikan progranm kebajikan sedemikian,” kata Saddi.

Tetapi dengan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan serta Janji Ditepati, kata Saddi, BN mampu menunaikan tanggungjawabnya dengan mendahulukan kepentingan rakyat.

Berucap di hadapan lebih 400 ibu bapa, para pelajar dan guru-guru di sekolah itu, Pengerusi Koperasi Pembangunan Desa Sabah itu berkata, rakyat di kawasan Dun Sukau sentiasa mengalu-alukan bantuan yang diberikan kerajaan itu.

Katanya, semua bantuan kerajaan termasuk RM100 kepada pelajar itu bukan saja dapat meringankan beban yang ditanggung oleh pihak ibu bapa dan pelajar, tetapi memberi keupayaaan dalam menjana pendidikan rakyat yang berkualiti di kawasan itu.

Katanya, selain membolehkan ibu bapa memberikan keselesaan kepada anak-anak bersekolah, ianya boleh membantu pelajar memiliki bahan-bahan pembelajaran yang berkualiti untuk kebaikan mereka.

Kata Saddi, usaha meningkatkan kualiti pendidikan rakyat serta azam memajukan ekonomi rakyat amat sinonim dengan perancangan pembangunan beliau lima tahun lalu.

“ Hari ini kita bersyukur. Pelbagai perubahan pembangunan telah wujud termasuk penyaluran kemudahan bekalan air, pemilikan geran tanah pertanian dan banyak lagi yang kita perjuangkan sebelum ini telah menjadi kenyataan.

“ Saya bersyukur kerana kita juga berupaya mengujudkan sebuah kawasan tapak pekan baru Sukau yang telah diluluskan kerajaan negeri. Namun kita terus merancang pembangunannya di kawasan tapak tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mahu tapak untuk mendirikan sebuah sekolah menengah Batu Putih dapat diselesaikan bagi mempercepatkan pembinaan kemudahan infrastruktur pendidikan menengah di kawassan tersebut yang amat diperlukan rakyat.

“ Kalau Jabatan pelajaran masih juga menghadapi kesukaran mendirikan sokolah berkenaan ekoran soal bayaran pempasan tanah, saya menawarkan agar sekolah berkenaan didirikan di atas tanah Pekan Baru Sukau yang luas dan tanpa apa-apa bayaran dikeluarkan kerajaan,” katanya.