Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Artikel "Bugis Layak Jadi Ketua Menteri Sabah" Laporan polis telah dibuat mengenainya.



Sekumpulan Pemimpin Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (Ngo) di sini pagi kelmarin membuat laporan polis berhubung kenyataan berbau hasutan yang dikeluarkan seorang individu yang tidak dikenali di portal Sabahkini.com pada 6 Febuari lepas.

Badan-badan Ngo itu terdiri daripada Pertubuhan Prtibumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kinabatangan, Persatuan Belia Kampung Paris Kinabatangan (PARKASA), Persatuan Belia Lowcos Kinabatangan,  Persatuan Belia Suan Lamba, Persatuan Gastak Kinabatangan dan  Persatuan Kelab Belia Kampung Jaya Baru membuat laporan polis pada kira-kira pukul 10 pagi di kaunter aduan pasukan keselamatan itu.

Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Kinabatangan, Awang Ahmad  Haji Ongkang  berkata, kenyataan yang dikeluarkan menggunakan nama Haji  Nungka   Andi Masrapi Madder dan mendakwa berasal dari Kampung Paris di portal berkenaan bertajuk "Bugis Layak Jadi Ketua Menteri Sabah" ternyata berbau hasutan.

“ Keseluruhan isu kandungan kenyataan yang dibuat oleh Haji Nungka amat menyinggung sanubari rakyat bumiputera di negeri ini, sekaligus berbau hasutan. Maka Perkasa Kinabatangan terpanggil untuk membuat laporan polis agar siasatan terhadap kenyataan ini segera dibuat.

Awang Ahmad juga meminta supaya siasatan turut dilakukan terhadap pengendali Sabahkini.com, tentang bagaimana kenyataan itu diperolehi dan disiarkan sewenang-wenangnya oleh media alternative itu.

“ Sekiranya Sabahkini benar-benar melanggar etika penggunaan maklumat penyiaran yang diperuntukkan ke atasnya, pengendalinya atau  portal berkenaan wajar segera ditamatkan operasinya oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya yang menyifatkan perbuatan menyiarkan bahan-bahan berbau hasutan sedemikian sudah berulang-ulang kali dilakukan Sabahkini.

Pengerusi PARKASA Paris, Zuldahari Haji Tujoh berkata, tindakan samada Haji Nungka dan Sabahkini mengeluarkan kenyataan tersebut jelas menafikan hak dan kepentingan semua kaum bumiputera di negeri ini, sekaligus kaum tempatan itu tidak berperanan dan tanggungjawab memajukan negeri ini.  

Yang penting kepada PARKASA, kenapa Sabahkini boleh menyiarkan kenyataan yang saya percaya pengendalinya tidak mengetahui latar belakang individu yang begitu berani membuat kenyatan jelas berbau hasutan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Zuldahari mendesak agar Persatuan Kebajikan Bugis Sabah mengeluarkan pendirian persatuan itu berhubung kenyataan tersebut.

“ Rakyat bumiuputera di Sabah termasuk PARKASA ingin tahu apa pendirian Datuk Osman Jamal berhubung kenyataan ini,” katanya, katanya Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung kehadiran pendatang tanpa izin di negara ini diperhebatkan kerajaan.

Presiden  Persatuan Gabungan Sepaktakraw Kinabatangan (Gastak), Azrin Hairin turut mendesak agar siasatan berhubung kenyataan berbau hasutan oleh Haji Nungka itu segera dibuat.

“ Saya mahu siasatan segera dibuat ke atas individu yang menulis dan menyiarkan kenyataan yang boleh merosakkan kehaormunian negara  itu,” katanya.

Presiden Persatuan Belia Lowcos, Mohd Saufiu Said turut mendesak siasatan dibuat kepada individu di sebalik kenyataan itu dan Sabahkini.com.

Bagi Persatuan Belia Suan Lamba, Salman Malai, kenyataan berbau hasutan oleh Haji Nungka dan Sabahkini.com boleh menimbulkan perselisihan kaum, jika tindakan tidak ambil kepada mereka yang bertanggungjawab menyiarkannya.

“ Saya minta pihak polis melakukan siasatan rapi dan tidakan tegas diambil ke atas mereka yang terlibat membuat kenyataan sesuka hati itu,” katanya.

Beliau juga menyarankan agar peranan RCI diteruskan kerajaan bagi membendung masalah kehadiran pendatang tanpa izin di negara ini.

Sementara itu, Yang Dipertua Kelab Belia Kampung Jaya Baru, R. Faridah Saidin meminta siasatan polis serta tindakan tegas dilakukan individu yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan itu.