Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Peniaga Tiong Hua boleh memainkan peranan penting dalam memajukan ekonomi Kinabatangan

Saddi membualkan sesuatu dengan Bung Moktar
Bung Moktar menerima sesuatu pemberian daripada penari tarian Singa sambil diperhatikan , Saddi, Arisin  dan Jeffery Arifin  
Persembahan akrobatik dari persatuan tarian singa yang dijemput



Sumbangan golongan peniaga dari kaum Tiong Hua terus  dihargai serta digalakkan di kawasan ini ke  arah membantu membina sebuah iklim perniagaan yang  berkembang serta berdaya maju,  kata  Saddi Haji Abdul Rahman.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu berkata, kedatangan dan penyertaan masyarakat akan berperanan memberi pendidikan serta lonjakan ekonomi kepada masyarakat peniaga bumiputera di sini, seterusnya berpotensi menghasilkan perkongsian yang sihat di kalangan mereka untuk merancakkan kitaran makro ekonomi kawasan ini.

“ Walaupun peniaga kaum Cina di Kinabatangan agak kecil, tetapi kehadiran mereka begitu berkualiti. Dan  sebenarnya telah banyak membantu aliran  ekonomi khususnya memajukan Pekan Bukit Garam Kinabatangan, “ katanya.

Menyatakannya selepas menghadiri Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Pejabat Polis Daerah Kinabatangan dengan Persatuan Perniagaan Cina Kinabatangan, Saddi berkata, beliau turut mengalu-alukan pertambahan kehadiran peniaga kaum di kawasan Dun Sukau.

Walau ada segelintir  masyarakat itu sudah mencaburi perniagaan runcit, perladangan dan sektor perlancongan di Dun Sukau, katanya, mereka masih boleh melabur dan berkecimpung dalam banyak sektor lain di sini.

“ Sesuai  wujudnya sebuah Pekan Baru Sukau, saya menggalakkan para peniaga dari kaum Tiong Hua meelabur dalam bidang menguntungkan di kawasan ini. Kehadiran dan pertambahan mereka boleh membantu kemajuan ekonomi di kawasan pekan baru ini,” katanya.

Mengalu-alukan penganjuran Tahun Baru Cina yang pertama kali dianjurkan di Bukit Garam, Saddi berkata,  aktiviti tahunan itu boleh meningkatkan jalinan perniagaan antara masyarakat peniaga serta rakyat di Kinabatangan termasuk  Dun Sukau.

Program sambutan yang dihadiri oleh lebih 500 penduduk sekitar Pekan Kota Kinabatangan itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.

Selain Adun Sukau itu, turut hadir ialah Ketua Polis Daerah Kinabatangan,  DSP Martin Lugu, Pengerusi Peniaga Masyarakat Cina Kinabatangan, Tony Lai, Pegawai Daeerah Kinabatangan, Arisin Haji Aripin, Timbalan Ketua Umno Bahagian Kinabatangan, Jefferi Aripin dan Penolong Pegawai Daerah, Jinin.

Sambutan itu diserikan dengan acara Persembahan Tarian Singa, persembahan nyanian yang disajikan dengan pelbagai jenis hidangan mengabungkan masyarakat Tiong Hua, India dan makanan tradisi masyarakat Sungai di Kinabatangan.

Terdahulu dari itu, Datuk Bung Moktar menggesa agar program sambutan tahun baru itu diadakan setiap tahun di daerah itu ke arah memantapkan perpaduan kaum di kawasan tersebut.

Sambil menyifatkan golongan kaum cina telah berperanan membantu menjayakan perniagaan dan ekonomi di Kinabatangan, Ahli Parlimen kawasan itu mahu keupayaan tesebut disumbangkan berterusan dengan jalinan kerjasama semua peniaga dan pengguna di kawasan ini.

Bung Moktar yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno itu  yakin hubungan erat antara kaum itu di kawasan ini dapat diterjemahkan sebaik mungkin bagi mempastikan kemenangan BN dalam PRU ke 13 ini.