Sudah selesai, Osman dan Saddi terharu dan berpelukan kerana isu tanah Koyah yang berakhir dengan penyelesaian |
Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menyatakan rasa lega di atas
keupayaan kerajaan negeri menyelesaikan isu Skim Pekebun Kecil Tanah Koyah yang dimuktamadkan menerusi satu perjumpaan bersama sebahagian mewakili 400 orang
pemohonnya di Dewan Sri Lamag di sini semalam.
“ Saya berterima kasih terutamanya kepada Ketua Menteri,
Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Datuk
Osman Jamal kerana berupaya membuat pertimbangan di atas penyelesaian isu ini
selepas hampir 20 tahun dituntut.
“ Saya merasakan sebahagian daripada masalah tanah rakyat di
kawasan Dun Sukau dapat ditangani menerusi kaedah yang disediakan pihak
kerajaan negeri,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri perjumpaan yang
melibatkan kehadiran sebahagian daripada 400 pemohon tanah terlibat bersama
Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri, Datuk Osman Jamal serta para pemimpin
setempat.
Saddi yang juga Pengerusi KPD Sabah berkata, dia begitu terharu
dan dan bangga kerana kerajaan Barisan
Nasional (BN) negeri yang dipimpin Datuk Seri Panglima Musa mampu menangani isu
yang mula wujud sekian lama itu.
“ Setidak-tidaknya isu berkenaan memberikan peluang samada
kepada pihak pemohon, kerajaan dan Jabatan Tanah dan Ukur dan para pemimpin di
kawasan ini meneliti kedudukan dan hak mana-mana pihak terlibat,” katanya.
Akur dengan cadangan yang dibuat oleh pihak pemohon dan Jabatan Tanah dan Ukur
bagi membangunkan tanah terlibat secara usahsama, Saddi berkata, yang penting rakyat memahami kelayakan mereka
serta mendapat faedah secara jangka panjang dari pelaburan itu.
“ Kalau semua pihak bersetuju, saya ikut saja. Namun yang
penting rakyat juga yang harus menerima faedah dan tidak tertindas,” kata Saddi
.
Katanya, pihaknya akan turut membuat penelitian rapi
berhubung keupayaan mana-mana syarikat
yang dilantik kerajaan negeri bagi membangunkan tanah tersebut di bawah program
usahasama ekonomi itu.
“ Saya bersyukur kerana isu tanah Koyak bakal diselesaikan.
Tumpuan saya terhadap beberapa lagi isu
tanah di kawasan ini yang akan ditangani secara berperingkat-peringkat di bawah
Jawatankuasa Makmal Tanah yang saya wujudkan sejak akhir tahun 2010,” katanya.