Salahudin Hassanah menerima bantuan wang tunai daripada
Saddi
|
Rubiah Ahau menerima Sentuhan kasih mesin Chain Saw daripada
Saddi
|
Pemimpin Belia Suan Lamba Yasli Aman Japar menerima bantuan
daripada Saddi
|
Persatuan Bina Badan Sandakan menerima bantuan sentuhan
kasih daripada Saddi
|
Sebahagian dari Kumpulan Penerima Sentuhan Kasih di Pejabat
UPKR DUN Sukau
|
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mengingatkan rakyat agar setiap pemberian Projek Sentuhan Kasih berasaskan pembangunan ekonomi daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu mengubah kehidupan mereka.
Katanya, walaupun bantuan agak kecil seperti pemberian alat
jahitan, peralatan membuat kueh muih, peralatan komputer dan sebagainya yang
dipohon rakyat kerana mahu mengubah ekonomi keluarga diharap ianya dapat
dipergunakan sebaik mungkin demi
mencapai impian murni mereka.
“Sesungguhnya saya begitu simpati dengan keperluan seluruh
rakyat kawasan ini yang sebilangan besar darinya mahu merubah ekonomi. Saya
penuh berharap pelbagai bantuan yang diberikan selama ini mampu untuk mengubah
kehidupan mereka.
“Memang tidak semua permintaan dapat ditunaikan sekaligus
kerana ia bergantung kepada keupayaan kerajaan. Tetapi kita sentiasa berusaha
melakukan yang terbaik agar bantuan dapat diberikan secara berperingkat-peringkat. Lambat laun
program bantuan seperti ini dapat dipenuhi,” katanya.
Berucap ketika menyerahkan bantuan Sentuhan Kasih melibatkan
pelbagai peralatan kepada rakyat Dun Sukau di pejabatnya di sini Rabu, Saddi
yang juga Pengerusi Koperasi Pembangunan Sabah (KPD) berkata, asas paling
penting bagi rakyat untuk merubah kehidupan ekonomi mereka ialah dengan
berusaha secara proaktif ke atas peluang-peluang yang ada di persekitaran
mereka.
Katanya, setiap
keluarga termasuk suri rumah dan anak-anak perlu berkongsi peranan agar
perancangan ekonomi bersama lebih
berkesan menepati tumpuan dan sasaran pasaran. “Kerajaan BN telah
memliki pengalaman luas dan tentunya tidak akan mengecewakan segala keperluan
rakyat. Yang penting usaha dan gerak kerja yang dilakukan rakyat memenuhi
peraturan yang ditetapkan. Semua ini terkandung di bawah pelan tranformasi
ekonomi rakyat, yang menjadi salah satu matlamat
di bawah gagasan 1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan,”
katanya.
Kerajaan BN Negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk
Seri Musa Haji Aman, kata Saddi, memang
sedia menyedari segala keperluan rakyat di Sabah dengan menggariskan
perancangan padu di bawah Halatuju Pembangunan Negeri.
Maka program bantuan Sentuhan Kasih, kata Saddi, adalah salah
satu dari pendekatan penting menerusi pengumuman Bajet Negeri 2012, semata-mata
memberikan pembelaan kepada rakyat di luar bandar agar turut menikmati
pembelaan kerajaan.
Di peringkat Dun Sukau, kata Saddi, program bantuan Sentuhan
Kasih telah beliau perhebatkan sejak ianya mula disalurkan awal Mac dan kini
hampir diagih-agihkan di pelusuk Dun Sukau.
“Bantuan ini akan
terus saya serahkan kepada penerimanya dan
berharap ianya memberikan manfaat kepada para penerimanya khususnya untuk kebaikan keluarga mereka,” katanya
Dalam pada itu, Saddi mengingatkan agar mana-mana individu
rakyat yang belum mendapat bantuan daripada permohonan sedemikian agar dapat
bersabar sementara beliau mencari jalan untuk menyediakan keperluan mereka.
“Seperti yang saya katakana, tidak semua bantuan dan
permohonan ini dapat kita layani serentak. Kita perlu berusaha dan berdoa
supaya setiap permohonan dapat dipenuhi.
“Apa yang saya ada dihati saya, permintaan rakyat bukan saja
dapat dipenuhi, tetapi merasa gembira dengan keupayaan serta khidmat yang terus
boleh disumbangkan kerajaan BN,” katanya.