Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Industri Kraftangan mampu menjana pendapatan lumayan


Peserta menerima sijil penyertaan daripada Saddi

Menerima cenderhati daripada Rosinah
Saddi mencanting batik sambil disaksikan Hajah Rosinah  dan Aini
Bergambar kenang-kenangan bersama peserta program

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, usaha pengisian serta  peluang disebalik  ‘pelan tranformasi ekonomi’ yang  dilaung-laungkan kerajaan Barisan Nasional (BN) diumpamakan seperti berada di halaman rumah setiap rakyat yang hanya menunggu waktu untuk direbut.

Saddi berkata, ini kerana kerajaan sudah menggariskan  pelbagai perancangan serta peluang yang hanya  bergantung kepada sikap dan minat  rakyat  untuk menyertainya secara gigih bagi meraih pendapatan lumayan.

“Kerajaan sudah menyediakan pelbagai strategi  penambahbaikan struktur penjanaan ekonomi  rakyat seperti di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB). Hari ini Pelan Tranformasi Ekonomi yang menyediakan pelbagai ruang, digariskan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pastinya mampu merubah kehidupan seluruh  rakyat termasuk di luar bandar,” katanya.

Berucap Merasmikan Program Keusahawanan Kraftangan Wanita Peringkat Dun Sukau di Dewan KRT Sentosa Jaya di sini, Saddi yang juga Pengerusi Korperasi Pembangunan Sabah (KPD) yakin, kesediaan memahami falsafah serta pendekataan  kerajaan memudahkan rakyat menikmati peluang-peluang kemajuan yang ditawarkan banyak agensinya.

Katanya, matlamat meraih  pendapatan USD7 ribu (RM21,500) setiap ketua isirumah di negara ini  kepada USD15(RM46,000) ribu setahun menjelang tahun 2020 bukan sesuatu yang sukar dengan kesungguhan setiap rakyat menguasai banyak kemahiran, sebagaimana yang berulang kali dianjurkan  kerajaan.

Dalam menjana pendapatan pada sektor perniagaan, kata Saddi, rakyat di sini boleh dapat memasarkan pelbagai produk  yang bukan saja dikehendaki masyarakat setempat tetapi juga rakyat asing.

Beliau mengambil contoh, kursus kemahiran membuat batik yang dianjurkan Yayasan Sabah itu merupakan  salah satu produk kraftangan yang mampu bersaing di pasaran dan memberi puangan besar  kepada para penduduk Dun Sukau.

“Lebih-lebih lagi kawasan Dun Sukau merupakan salah satu destinasi pelancongan di Sabah yang menjadi tumpuan lebih 50,000 rakyat negara asing  setahun, sudah tentu memberikan pulangan kepada para pengusahanya.

“Sebagamana mampu ditunjukkan oleh Negeri Terengganu, kita di kawasan ini boleh menguasai label sedemikian berjenamakan banyak  tempat-tempat popular yang ada di dalam kawasan ini. Maka kita harus berlumba-lumba menguasai kemajuan yang ada,” katanya.

Turut hadir dan memberikan ucapan pada majlis itu ialah Pegawai Yayasan Sabah Bahagian Sandakan, Hajah Rosinah Muin dan Pegawai Yayasan Sabah Bahagian Kinabatangan,  Noraini Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Saddi mengajak rakyat yang berpeluang mengikuti pelbagai program kursus kemahiran yang dianjurkan kerajaan di kawasan ini supaya mula menggunakan kemahiran mereka untuk memperbaiki ekonomi keluarga.

Dalam pada itu,  golongan surirumah serta anak-anak perlu bersikap terbuka dengan seranan yang terus dilaungkan kerajaan  termasuk mendapatkan kemahiran dan latihan untuk turut sama-sama membantu suami bagi meningkatkan pendapatan keluarga.

“Untuk mencapai kemajuan diri sesungguhnya tidak ada yang datang bergolek, melainkan setiap kita perlu gigih berusaha demi mencapai kemajuan ekonomi yang diharapkan,” katanya.