Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

“Pekan Baru Sukau’ antara tarikan utama pengunjung Program Roadshow Yayasan Sabah


Datuk Musa menunjukkan sesuatu kepada Samsudin dan Zakaria selepas mengunjungi Gerai Pameran Dun Sukau sambil diperhatikan Saddi

Datuk Musa menerima cenderhati daripada Pemimpin Kemajuan Masyarakat (PKR )  Dun Sukau

Mantan PKR, Ahmad Samsi menandatangani buku pelawat

Kanak-kanak melihat model “Pekan Baru Sukau’


“Pekan Baru Sukau’ antara tarikan penting pengunjung ke Gerai Pameran Dun Sukau yang juga disifatkan antara vanue  menerima pengunjung paling ramai sempena Program Roadshow Yayasan Sabah yang diadakan di Dewan Sri Libaran di sini pada Ahad.

Gerai berkenaan bukan saja dikunjungi golongan dewasa dan belia tetapi juga kanak-kanak yang ingin berkongsi pengetahuan berkaitan Pekan Baru Sukau, Bandar Bio-Diversiti yang disempurnakan majlis pecah tanahnya oleh Ketua Menteri Sabah, 24 Julai 2010, di kampung berkenaan.

Pelbagai pameran berkaitan projek-projek pembangunan, kemasyarakatan dam sosio-ekonomi yang melibatkan peranan Wakil Rakyat Dun Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman semenjak menjalankan tugasnya empat tahun lalu dipamerkan.

Gerai berkenaan turut dikunjungi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Wakil-wakil rakyat dari kawasan berhampiran Kinabatangan, diikuti kakitangan kerajaan termasuk pegawai-pegawai eksekutif Yayasan Sabah.

Seorang dari kanak-kanak itu, Norzain Karim, 14, menyuarakan rasa gembira menyaksikan pameran Dun Sukau yang mengambilkira kepentingan generasi masa depan. “ Saya bersama kawan-kawasan berasa bangga dengan adanya Pekan Baru Sukau di kawasan Kampung Sukau. Dari lakarannya semua kemudahan ada.  Sudah tentu ianya adalah untuk kebaikan kami nanti,” katanya.

Rombongan Pemuda Kampung Paris diketuai Husin Lahaya yang membuat kunjungan itu menyatakan tahniah kepada Datuk Saddi kerana keazamannya mencadangkan keujudan pekan Baru Sukau sehingga ianya sudah diluluskan kerajaan negeri.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Saddi kerana beliau seorang yang ternyata berwawasan tinggi menjalankan tanggungjawab, lebih memikirkan kepentingan ekonomi dan pembangunan rakyat di kawasan Dun Sukau. Saya yakin beliau mampu melaksanakan apa yang dirancang,” kata Husin.

Mantan Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Dun Sukau, Ahmad Samsi, 58, dalam keadaan bertongkat turut mengunjungi pameran Dun Sukau dan menyatakan tahniah kepada Saddi kerana kesungguhannya merancang pembangunan dan memajukan kawasan Dun Sukau. Serang lagi pengunjung, Noraini Asmijar, 27 turut memuji gagasan kemajuan yang dirangka dalam kawasan Dun Sukau.