Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Sokongan padu pelbagai pihak kepada ADUN Sukau sebagai calon PRU13



Keputusan Mesyuarat Khas Umno Bahagian Kinabatangan yang turut mencadangkan agar wakil rakyat penyandang Dun Sukau dimasukkan sebagai antara calon BN dalam pililihanraya Umum ke 13 (PRU13) amat disambut baik oleh rakyat di kawasan ini.

Salah seorang penduduk Kampung Sentosa Jaya,Ismail Udin @ Roy berkata, wakil rakyat Dun Sukau yang ada sekarang, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman masih layak untuk meneruskan khidmatnya panggal akan datang kerana peranan, sumbangan  serta iltizam beliau dalam menggalas tanggungjawab tersebut terus mendapat sokongan rakyat.

“ Beliau bukan saja berani untuk melakukan perubahan ke atas pembangunan  dan ekonomi rakyat Dun Sukau, tetapi terus berupaya meniup semangat dan menjana minda rakyat kawasan ini agar maju setanding dengan kawasan-kawasan lain di Sabah,” katanya.


Kata Roy yang juga Pengerusi KRT Kampung Sentosa Jaya, ketrampilan Saddi selama  menjadi wakil rakyat dalam tempoh satu panggal, terus  melayakkan wakil itu sebagai ‘calon boleh menang’ (winnable candidate) sebagaimana dimaksudkan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak.


Seorang penduduk Tanjung Aru, Jaffry Jaya, 42, turut menyambut baik keputusan Umno Bahagian Kinabatangan turut mencadangkan semula Datuk Saddi sebagai antara calon BN dalam PRU 13 di kawasan Dun Sukau sebagai menggambarkan ketelusan pemimpinnya, Datuk Bung Mokthar Radin.

“Datuk Saddi seorang yang baik, beliau bukan saja turut menumpukan kepada pembangunan dan ekonomi rakyat, tetapi kepada pendidikan rakyat. Keluarga saya turut mendapat perhatian beliau apabila salah seorang anak saya lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajara Malaysia (SPM),” katanya.

Hanisah Alinsaba, 27, seorang penduduk di Tanjung Batu pula berkata, Saddi bukan saja berupaya memberikan keyakinan yang jelas kepada rakyat dalam setiap ucapannya, tetapi membuktikan banyak kejayaan semenjak menjadi wakil rakyat selama empat tahun lalu.

“ Sebagai contoh perhatian kepada rakyat di kawasan persisiran pantai seperti bekalan air dan api lektrik. Beliau kerap kali melakukan lawatan ke kawasan ini dengan membawa berita-berita baik untuk kebaikan rakyat,” katanya.

Seorang lagi penduduk di Kampung Paris 1, Rupian Harun berkata, amat layak untuk Datuk Saddi ditampilkan semula sebagai calon Dun Sukau dalam PRU 13 ini kerana kesungguhan beliau berkhidmat untuk rakyat sesuai dengan dasar dan perjuangan BN, khususnya rakyat di kawasan ini.

“Sudah terbukti. Kalau dulu kami menyokong calon pembangkang. Tetapi sejak beliau dicalonkan dalam PRU12, kami menyokong kepimpinan dan khidmat beliau kerana terbukti beliau mampu bekerja kuat untuk kebaikan rakyat,” katanya.

Yang Dipertua PIBG SMK Paris, Ardin Suradi, 60, turut memberikan sokongan padu terhadap cadangan Umno Bahagian Kinabatangan bagi mencalonkan semula  Datuk Saddi  sebagai antara senarai calon BN Dun kawasan Sukau pada PRU 13 ini.

“ Kami memang sokong. Saya terus tegaskan kepada sesiapapun  rakyat di kawasan ini lebih 2,000 ahli Rela di kawasan ini sentiasa berada di belakang beliau dalam pilihanraya kali ini. Ini kerana beliau memang ikhlas berjuang dan memajukan rakyat. Pengalamannya sebagai bekas Penolong Pegawai Daerah Kinabatangan banyak membantu beliau menjalankan tanggungjawab dengan licin dan berkesan demi kebaikan rakyat kawasan ini,” katanya yang juga Ketua Platon Rela Mukim Paris dan Batu Putih.