Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV



Saddi menyampaikan bantuan sempena Ramadhan kepada salah seorang penerima di Kampung Paris.

SUKAU :

“ Rakyat di kawasan ini cukup kuat untuk bersatu padu tetapi ianya bakal hancur jika ada diantara kita sanggup mengapi-apikan perpaduan yang sekian lama terjalin semata-mata kerana isu-isu remeh dan boleh diselesaikan secara bermuafakat,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman.
Beliau berkata, amat menjadi kewajiban seluruh rakyat mengekalkan perpaduan antara mereka, apalagi di antara mayarakat Bugis dan masyarakat orang Sungai yang sekian lama sama-sama mendiami kawasan Kampung Paris 1, 11 dan 111 di dalam kawasan Dun Sukau.


“ Masyarakat ini sudah amat akrab sekian lama, ibarat isi dan kuku. Jangan ada individu yang tidak bertanggungjawab mahu merosakkan perpaduan antara mereka.
“ Kalau kiranya ada aktiviti kemasyarakatan di setiap kampung-kampung ini, semuanya harus turun berganding bahu menjayakannya. Jangan lagi ada penduduk satu mukim menolak dan sebagainya kerana inilah tradisi kehidupan mereka sekian lama,” katanya ketika berucap padai majlis berbuka puasa dan tarawih anjuran beliau di Masjid Kampung Paris 1 di sini.
Saddi berkata demikian sebagai merujuk satu pertikaian kecil antara penduduk yang berpunca daripada masalah pertengkaran antara golongan remaja sekolah di kawasan itu baru-baru ini.
Katanya, dua masyarakat itu harus memandang ke hadapan bahawa soal perpaduan antara keperluan pokok yang bukan saja berperanan memajukan kawasan Sukau, tetapi juga membolehkan mereka mendapat bantuan yang lebih besar daripada kerajaan.


“ Maka itu saya tidak mahu perkara sebegini dibesar-besarkan. Sebaliknya seluruh masyarakat rapatkan barisan sebagai satu keluarga besaruntuk kita memperkuatkan pasukan demi mencapai kemajuan disasarkan dalam kawasan Sukau,” katanya.
Sebagai wakil rakyat yang telah diamanahkan oleh rakyat di kawasan ini Saddi mahu perpaduan yang masih utuh antara rakyat di kawasan itu dapat menyediakan pelbagai pendekatan menjayakan kegiatan ekonomi yang menguntungkan sesama mereka secara berterusan, sesuai dengan tuntutan dunia dan akhirat.
Dalam pada itu, kata Saddi, beliau akan mengeluarkan satu peruntukan khas bagi memperbaiki masjid Kampung Paris 1 bagi membolehkan masyarakat Islam setempat mengerjakan ibadah dengan lebih selesa.
“ Saya juga akan mengenalpasti keperluan yang sama di Kampung Paris 11 dan 111 supaya mereka dapat melakukan ibadah dengan lebih baik khususnya di bulan Ramadhan dan sudah tentulah kemudahan ini amat memainkan peranan besar dalam menjayakan perpaduan rakyat di kawasan ini,” katanya,” katanya.


Selesai.