SUKAU :
Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Yb Saddi HJ Abdul Rahman menegaskan, beliau memegang prinsip untuk tidak membeza-bezakan masyarakat di kawasan persisiran pantai dan tanah besar Sukau dalam menunaikan tanggunjawabnya sebagaiwakil rakyat kawasan itu.
Sebaliknya, katanya beliaumahu memastikan semua kelompok masyarakat di kawasan tersebut bukan saja disatukan dari bentuk pentadbirandan perkhidmatan sertasumber sosioekonomi, malahan mencapai keseimbangan dalam bentuk pembangunan infrasruktur, demi kebaikan bersama.
"kemiskinan rakyat dan kedudukan Sukau yang luas membuatkan saya sentiasa lewat tidur untuk berfikir menyelesaikannya.Bagaimana untuk memajukan kawasan ini dari segi pembangunan dan ekonomi . Tapi saya tetap seronok dan bangga kerana setiap pendekatan dan perancangan untuk tujuan ini terus mendapat kerjasama seluruh rakyat" katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa di zon Litang di Dewan Makan Ladang Hap Seng di sini.
Menurut Saddi, langkah beliau untuk mengemukakan kepada kerajaan cadangan mengujudkan sebuah kawasan perkampungan nelayan yang moden dilengkapi dengan kemudahan asas pembangunan serta perikanan adalah bagi menseimbangkan kemajuan rakyat di kawasan ini sesuai dengan persekiratan ekonomi masing-masing.
Katanya, kalau masyarakat peladang Bumiputera dikawasan ini ada yang kini meraih pendapatan yang agak besar dari sektor tersebut, adalah amat wajar masyarakat nelayan di kawasan ini meraih pendapatan yang serupa kerana persekitaran ekonomi mereka yang memang kondusif dan hanya memerlukan kemudahan yang cukup.
Usaha meningkatkan kemajuan masyarakat nelayan di sini sudah dimulakan dengan langkah kerajaan menyalurkan kemudahan bekalan air bersih menerusi sistem saluran dasar laut dari Bandar Sandakan ke Pulau Tanjung Aru bernilai RM15 juta yang siap tahun depan.
"ini diikuti dengan usaha merancakkan penyaluran tenaga bekalan elektrik ke kawasan ini, sebelum ianya disalurkan kepada kampung-kampung nelayan yang lain secara berperingkat. kalau cadangan kita diterima banyak kemudahan dalam sektor perikanan yang memberi manfaat kepada rakyat memajukan bidang ini, seterusnya menguntungkan ekonomi negeri", katannya.
Saddi kemudian menggesa masyarakat di kawasan ini supaya menjadikan bulan Ramadhan masyarakat untuk mendapatkan keberkatan dengan berusaha bersungguh- sungguh dalam memajukan diri, keluarga dan masyarakat setempat.
Pada majlis itu, Saddi turut menyatakan rasa penghargaannya kepada pihak pengurusan ladang Hap Seng yang serius membantu kerajaan memajukan rakyat di sekitar Litang, khususnnya dalam menyediakan peluang-peluang pekerjaan, diikuti bantuan dari segi kemudahan pendidikan dan kesihatan di kawasan tersebut.