Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Ramadhan 2010

Bacaan doa dimulakan semasa berbuka puasa bersama Yb Saddi
Yb Saddi menyampaikan sumbagan peribadi sempena ramadhan kepada skuad sayang, Pergerakan Wanita UMNO Kinabatangan yang diterima Puan faridah Tajim.

Yb Saddi menyampaikan sumbangan keperluan masjid Buangon Besar kpd salah seorang ahli jawatankuasanya


Saddi menyampaikan sumbangan kapada salah seorang penerima bantuan zakat daripada tabung Zakat Sabah di Masjid Boungon Besar, dalam kawasan pesisiran pantai Dun Sukau, Kinabatangan.

SUKAU :

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Dun Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, kaedah pentadbiran yang bersifat ‘ satu kapal dua nahkoda’ tidak akan mampu mengurus pembangunan kawasan ini secara berkesan dan pragmatik, melainkan ia dijenamakan semula melalui pengawasan di bawah Pejabat Daerah Kinabatangan.

Kata Saddi, sejak pengujudan Pejabat Daerah Tongod yang mentadbir sebahagian Kinabatangan, sebahagian kawasan Sukau khususnya melibatkan kawasan persisiran pantai tidak harus lagi diletakkan di bawah pengawasan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) kerana ia boleh dilakukan di bawah Pejabat Daerah Kinabatangan (PDK) menerusi pentadbiran tersusun.

“ Bagaimanapun ketiadaan perancangan menstrukturkan semula pentadbiran pejabat daerah Kinabatangan sebelum ini menyebabkan nasib masyarakat nelayan yang terbiar di kawasan persisiran pantai ini gagal mendapat pembelaan sepenuhnya daripada kerajaan.

“ Peruntukan untuk pembangunan dan sosio ekonomi masyarakat ini bukan saja sukar untuk diperolehi atas kekangan tertentu, tetapi bentuk, imej dan aspirasi pentadbiran Pejabat Daerah Kinabatangan dan MPS yang berbeza dari segi bebanan dan tanggungjawab menghalang tumpuan pembelaan sepenuhnya terhadap rakyat di kawasan ini ,” kata Saddi.

“ Saya ambil contoh mudah saja. Di bawah pentadbiran ‘satu kapal dua nahkoda ini’ kalau kita mahu pencapaian pembangunan yang terbaik untuk rakyat di satu kawasan itu, tetapi kalau dua pihak yang diberi kuasa mentadbir sentiasa tidak sekata atas sebab-sebab munasabah, sampai bila-bila ia tidak akan berjaya. Suasana inilah yang membelenggu pembangunan kawasan Dun Sukau sekian lama,” katanya.

Saddi berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Baungun Besar di sini. Turut bersama beliau ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) kawasan itu, Sharin Haji Abdul Rahman, Pegawai Kemajuan Masyarakat, Amirudin Mohd Damit, Pengerusi JKKK Abdullah Gani dan Ketua Kampung Haji Otoh Asnawi.

Saddi berkata, pembangunan infrastruktur yang terancang gagal disediakan di kawasan Dun Sukau sekian lama, walaupun kawasan Kinabatangan mampu menyediakan jumlah kutipan ses kelapa sawit berbilon ringgit setiap tahun sejak lebih 10 tahun lalu.

Walaupun diiktiraf kerajaan sebagai kawasan Dewan Undangan Negeri antara yang termiskin di Sabah sehingga kini, kata Saddi, kawasan ini akan bersaing hebat dengan kawasan-kawasan Dun lain untuk mendapat pembangunan.