ABAI 6 Feb - Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, pembinaan sebatang jalan menghubungkan Perkampungan Mini Estet Sejahtera (MESEJ) Kampung Abai dengan jalan utama di Kampung Sukau di sini amat diperlukan bagi merancakkan program pembelaan ekonomi rakyat berasaskan perladangan kepada masyarakat miskin tegar itu mampu dilaksanakan.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau merangkap
Pengerusi Korpersi Pembangunan Desa (KPD) Sabah itu berkata, jalan sejauh 33 Km
ini bukan hanya akan mampu memberikan keselesaan kepada rakyat, tetapi turut
berperanan menjana dan mempertahankan kedudukan ekonomi Kampung Abai sebagai
salah satu distinasi ekopelancongan kampung tradisi antara yang terbaik di
rantau ini.
“Jalan ini pastinya amat berperanan meletakkan Kg.
Abai sebagai antara rangkaian sektor pembangunan ekonomi kepada Pekan Baharu
Sukau, Bandar Bio Diversiti pada masa depan, juga pilihan kepada rakyat dan
para pelancong untuk berada lebih lama di kawasan ini, “ katanya.
Menyatakan perkara itu ketika mealwat ke Tapak
Perladangan Mini Estet Sejahtera (Mesej) Kampung Abai bersama beberapa agensi
kerajaan yang bertanggungjawab membangnkan program ekonomi itu pagi Jumaat,
Saddi mahu agar cadangan itu menjadi sebahagian daripada perancangan terdekat
kerajaan ke atas fokus pembelaan kemiskinan rakyat luar bandar itu.

