Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Tiada halangan untuk Daerah Kecil Sukau - Datuk Radin Malleh

SANDAKAN: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Radin Malleh menegaskan, pihaknya menyambut baik cadangan untuk mengujudkan sebuah daerah kecil di dalam kawasan Dun Sukau bagi menampung keperluan perkhidmatan kerajaan dan pembangunan masa depan rakyat di kawasan tersebut.

Beliau berkata, kementerian itu optimis kepada cadangan tersebut yang sudah dikemukakan berulang kali termasuk di persidangan Dewan Undangan Negeri oleh Wakil Rakyat di kawasan itu, Datuk Saddi Haji Rahman.

“Saya pada dasarnya tidak ada halangan terhadap cadangan ini demi untuk kebaikan dana masa depan rakyhat Dun Sukau. Namun samada di pihak Adun dan agensi berkaitan perlu menulis surat kepada kementerian saya untuk dipanjangkan kepada Ketua Menteri,” katanya.

Merasmikan Kursus Pengursan dan pentadbiran JKKK dan JKDB Peringkat Kawasan Dun Sukau di Hotel Sanbay di sini, Raden berkata, kementeriannya juga telah mengambil beberapa tindakan pembangunan rakyat di kawasan Dun Sukau sebelum ini termasuklah dalam rancangan Pengujudan Program Mesej Sejahtera di dalam kawasan perkampungan Abai.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman sebelum itu dalam ucapannya menggesa agar semua Pengerusi JKKK dan JKDB dalam kawasan itu memberikan tumpuan penuh dalam menjadikan DUN Sukau memiliki sebuah Daerah kecil menjelang tahun 2020.

Katanya, pengiktirafan ke atas pentadbiran daerah tersebut akan menjadikan kawasan tersebut mencapai arus pembangunan moden serta memberikan kemajuan ekonomi kepada seluruh rakyatnya dalam tempoh yang tidak terlalu lama kelak. 

Katanya, program pembangunan ekonomi rakyat yang turut melibatkan aktiviti  perlaadangan kelapa sawit itu akan dimulakan sepenuhnya tidak lama lagi bagi memenuhi kehendak pembangunan dan ekonomi rakyat di kawasan itu.

Sebelum itu menteri berkenaan menggesa semua pimpinan badan JKKK dan JKDB di dalam kawasan Dun Sukau supaya menjalankan amanah yang dupertanggungjawabkan kepada mereka dengan penuh ikhlasan dan ketelusan.

Sambil mempastikan semua pemimpin akar umbi itu terus mempastikan perpaduan dan kerjasama di kalangan rakyat di kawasan masing-masing, Radin berkata, semua pemimpin terlibat perlu memahami tugas dan peranan mereka agar tidak bercanggah dengan pemimpin di peringkat akar umbi yang lain serta bercanggah dengan kehendak kerajaan.

“Saya juga mengingatkan semua pemimpin badan JKKK supaya tidak menjadikan jawatan mereka sebagai peluang untuk meraih sebarang kesempatan dan mendapat kepentingan untuk kebaikan diri sendiri semata-mata.

“Tetapi jadikanlah tugas dan tanggungjawab yang dipukul untuk mempastikan bahawa mereka melaksanakan apa yang dikehendaki oleh rakyat serta kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan mempastikan segala kemajuan tercapai dalam tenpoh yang disasarkan,” katanya.

Ingatan yang sama turut diberikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian itu, Datuk Mahsud Salleh dan Pegawai Daerah Kinabatangan, Arisin Haji Arifin dalam ucapan masing-masing.


Sepanjang tiga hari kursus berkenaan, semua 84 peserta didedahkan dengan tugas dan peranan JKKK/JKDB, diikuti pendedahan lengkap berhubung langkah dan dasar-dasar kerajaan BN, hak-hak kepengunaan, peranan dan tanggungjawab dalam soal pembangunan, pemberimilikan tanah dan komunal title dan banyak lagi.