SUKAU, KINABATANGAN: Datuk Saddi Haji Abdul Rahman
menegaskan, keseriusan Ketua Menteri yang mahukan setiap rakyat khususnya
golongan daif diberi perhatian istimewa wakil-wakil rakyat menjadi satu
kelebihan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri ini terus ‘berada’ di hati
rakyat.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu
berkata, ketegasan Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman membela nasib golongan
daif termasuklah kalangan masyarakat Orang Kelainan Upaya (OKU) di luar
bandar, menjadikan amanah dan
tanggungjawab BN dapat ditunaikan dengan sempurna di negeri ini.
“Tidak ramai rakyat di negeri ini terlalu
susah kehidupannya. Tetapi pihak kerajaan sentiasa ada waktu untuk memberikan
bantuan dan kemudahan. Ia demi mempastikan rakyat berbilang kaum dan agama di
negeri ini sentiasa hidup lebih selesa.
“Dan tugas inilah juga yang terus
ditekankan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman kepada semua wakil
rakyat BN dan semua pegawai kerajaan supaya rakyat di semua kawasan, apa lagi
kalangan OKU terus menerima pembelaan dan keutamaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan
Program Pemberian Bantuan Tangki Air dan Bakul Makanan kepada 100 orang
penduduk terpilih mewakili empat mukim dalam Dun Sukau di Dewan Serbaguna
Kampung Perpaduan di sini, petang kelmarin.
Saddi yang juga Pengerusi Korperasi
Pembangunan Desa (KPD) Sabah berkata, Ketua Menteri memberi penekanan berulang
kali berhubung pembelaan kepada masyarakat OKU dan golongan daif termasuklah
ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan BAKISA ke 20 baru-baru ini.
Kata Saddi lagi, sebagai wakil rakyat yang
terus diberikan amanah rakyat dan kerajaan, beliau sentiasa mencari jalan
bagaimana mempastikan soal pembelaan kepada rakyat di kawasan ini dilaksanakan
secara lebih berkesan.
Salah satunya, ialah meempastikan soal
pemberian bantuan dan kebajikan rakyat di kawasan ini digariskan dalam
perhatian khusus dikenali sebagai ‘Makmal Kebajikan’ yang bertujuan untuk
mempastikan beberapa golongan seperti nasib ibu-ibu tungal, mayarakat Oku,
anak-anak yatim dan mereka yang masih dalam keadaan daif mendapat pembelaan.
Katanya, makmal berkenaan yang gariskan
menyerupai pengkhususan khidmat kerajaan pusat di bawah NKRA ( Langkah
Keberhasikan Utama Kerajaan) adalah daripada lima makmal yang diwujudkan di
dalam pentadbiran DUN Sukau meliputi Makmal Pembangunan, Tanah, Belia dan E
Kasih.
“Hasilnya, sebahagian makmal ini yang
merupakan satu ukuran Indeks Pencapaian Prestasi (KPI) kami telah mencatatkan
banyak kejayaan kepada rakyat kawasan ini termasuklah perhatian kepada golongan
Oku, golongan daif dan mereka yang terabai dari segi khidmat kerajaan sebelum
ini,” katanya,
Katanya, dibawah makmal tersebut, Unit
Pembangunan Masyarakat Dun Sukau telah berjaya mengujudkan hubungan baik dengan
kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Kinabatangan diketuai pegawainya, Encik
Santos Bokara.
Katanya, kerjasama dua pihak itu telah
dapat menyelesaikan banyak masalah rakyat berkaitan soal kebajikan kepada
golongan yang memerlukan di kawasan ini, berbanding sebelum ini beliau sendiri
pernah beberapa kali cuba menemui pegawainya di Kinabatangan untuk membantu
rakyat, tetapi hampa.
Beliau mahu agar pendekatan yang diambil
pegawai Jabatan kebajikan itu dapat dicontohi
Sehubungan itu Saddi mahukan semua pihak
pimpinan JKKK, JKDB dan ketua kampung di dalam Dun Sukau supaya sentiasa
membuat tinjauan dan memberikan laporan kepadanya berhubung perkembangan rakyat
khususnya golongan rakyat memerlukan pembelaan di kawasan itu.
Beliau tidak mahu seperti kes pengabaian
apalagi kepada kalangan Oku sebagaimana yang menimpa adik Mohamad Firdaus di
sebuah rumah Pangsa di Nilai, Negeri
Sembilan yang ditemui dikurung dalam keadaan menyedihkan di sebuah bilik berlaku di kawasan ini.
“Malah saya terus mengharapkan para
pemimpin akar umbi sebagai saluran terpenmting untuk memberikan perhatian dan
pembelaan kepada semua rakyat.
Ia bagi mempastikan tanggungjawab kesemua
lima makmal digariskan dapat dilaksanakan secara berkesan dan memberi faedah
kepada rakyat Dun Sukau,” katanya.
“Anggaplah ini sebagai pengurus tuan-tuan.
Seroang pengurus yang baik tentunya boleh menghasilkan produk dan sistem
pengurusan terbaik. Maka saya sedia menyahut segala cabaran ini selagi saya
diberikan amanah, apalagi dengan kerjasama dan sokongan rakyat,” katanya.