Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Satu lagi mercu tanda untuk Pekan Baharu Sukau akan dibina

SUKAU:  Tapak Pekan Baru Sukau di sini bakal diduduki kediaman rakyat berkonsepkan rumah mampu milik apabila  Korperasi Pembangunan Hartanah Putrajaya Berhad menawarkan pembinaan 1,000 unit rumah teres di bawah Program Perumahan 1Malaysia (Prima) di sini dalam tempoh terdekat.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, kediaman berkonsepkan rumah teres dikhususkan kepada golongan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana itu dijangka dibina selewat-lewatnya tahun depan sekiranya urusan memulakan projek itu mengikut jadual.

“Saya begitu teruja dengan perkembangan dan cadangan Korperasi Pembangunan Hartanah Putrajaya Berhad brthubung projek ini. Apalagi saya dimaklumkan bahawa program perumahan Prima ini adalah yang pertama dilaksanakan korperasi ini di Sabah".

“Saya juga dimaklumkan, sejumlah lagi kemudahan perumahan berkonespkan mampu milik akan diwujudkan di kawasan perkampungan berasaskan permintaan dan kemampuan penduduk". 
“Sekiranya ini projek kediaman rakyat ini menjadi realiti sudah tentu ianya memberikan kebaikan bukan saja kepada rakyat dalam Dun Sukau, tetapi menjadi mercu tanda pembangunan ekonomi Pekan Baru Sukau, Bandar Baharu Biodiversiti,” katanya.

Saddi menayakan demikian pada Majlis Mendatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) di antara beliau sebagai wakil rakyat Dun Sukau dan Pengerusi Jawatankuasa Pekan Baharu Sukau dan Koperasi Pembangunan Hartanah Putrajaya Berhad.

Majlis MOU yang mencatat sejarah pembangunan Dun Sukau itu ditandatangani oleh Datuk Zainudin Mohd Yatim mewakili Pengerusi Koperasi berkenaan, Datuk Seri Mohd Nazrul Izad Mohd Arsad dan Datuk Saddi sendiri. Ia disaksikan oleh Mohd Hashim Bin Abdul Hamid mewakili Pegawai Daerah Kinabatangan.

Turut menyaksikan MOU itu ialah Pengarah  Pembangunan Hartanah Korperasi berkenaan, Datuk Mohd Abdul Wahab Bin Shafie

Lebih 100 orang pemimpin JKKK, Ketua Kampung, Wakil-Wakil Ketua Anak Negeri dari selruruh Dun Sukau turut menyaksikan perjanjian MOU kedua-dua pihak itu.

Datuk Saddi yang juga Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah berkata, projek perumahan yang berimpak tinggi kepada pembangunan kawasan itu bakal mewarnai lonjakan ekonomi rakyat di pekan tersebut.

Kedudukanya yang terletak di tengah-tengah kawasan Dun Sukau akan turut memudahkan urusan perkhidmatan rakyat di pekan tersebut, berbanding ketika ini sebahagian Dun Sukau khususnya 16 buah kampung dalam Persisiran Pantai Dun Sukau yang masih diletakkan di bawah Pentadbiran Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

Berdasarkan rekod, Tapak Pekan Baharu Sukau dilancarkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman pada 24 Julai 2010 sempena majlis pecah tanah projek pekan itu yang dijangka menelan kos lebih RM 250 juta.

Projek berkenaan yang bakal menyediakan pelbagai prasarana moden termasuk cadangan mengujudkan Jambatan Kedua Dun Sukau merentasi Sungai Kinabatangan di kampung Sukau bakal diletakkan sebagai pusat pentadbiran baharu daerah Kinabatangan atau setidak-tidaknya sebagai Daerah Kecil Kinabatangan menjelang tahun 2020.

“ Saya optimis bahawa Korperasi Pembangunan Hartanah Putrajaya Berhad ini mempunyai keupayaan yang tinggi berasaskan aspirasi dan kehendak kerajaan pusat dalam pengwujudan badan ini sebagai salah satu agensi yang memainkan peranan merealisasikan pengujudan 1 juta unit rumah mampu milik di seluruh negara,” katanya.

Saddi yakin sebahagian besar rakyat di kawasan Dun Sukau mampu memiliki kemudahan rumah tersebut yang hanya memperuntukkan kos penjualan rumah jauh lebih rendah berbanding yang ada sekarang, diikuti pembayaran bulanan yang juga dilaporkan rendah oleh pihak pemaju.

Datuk Zainudin ketika menyampaikan ucapannya berkata, pihaknya dijangka membina sejumlah 2,000 unit rumah di seluruh Dun Sukau termasuk di kawasan pekan tersebut, berasaskan cadangan Datuk Saddi sendiri.

Katanya, wakil rakyat Dun Sukau itu juga menyarankan kepada pihaknya supaya membina sejumlah 1,000 unit lagi di kawasan Pekan Kota Kinabatangan demi kebaikan penduduk dan rakyat di sekitar kawasan itu.

Zainudin juga berkata, sejumlah rumah kedai akan turut dibina di kawasan perumahan Pekan Baharu Sukau tersebut bagi merancakkan program sosioekonomi rakyat di kawasan tersebut.

Katanuya, sekiranya urusan proses pengurusan tanah bagi memulakan projek berkenaan dapat disiapkan lebih awal, maka projek perumahan tersebut dijangka dibina pada akhir tahun ini.

“Saya berbangga kerana Dun Sukau dan negeri Sabah memiliki pemimpin seperti Datuk Saddi yang begitu komited terhadap kepentingan rakyat di kawasan ini menjadikan tugas kami lebih mudah dan cepat.

“Maka tidak hairanlah jika kerana kerjasama padu beliau cadangan projek perumahan rakyat di kawasan Pekan Baharu Sukau ini adalah yang terpantas dan pertama dilaksanakan di negeri ini,” katanya dengan sambut tepukan gemuruh pemimpin masyarakat yang hadir di majlis MOU itu.

Beliau berharap rakyat di kawasan brkenaan terus memberikan sokongan padu kepada beliau demi kebaikan ekonomi dan pembangunan kawasan tersebut.