Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Jangan bergeseran dalam MESEJ

ABAI, KINABATANGAN:  Ahli Dewan Undangaan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi haji Abdul Rahman mengingatkan masyarakat di kawasan Kampung Abai supaya  berkerjasama di kalangan mereka bagi mempastikan segala program pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan dapat dilaksanakan dengan berkesan di kawasan itu.

Beliau mengambil contoh, kejayaan dan sokongan padu yang mampu diberikan oleh masyarakat di kawasan ini khususnya bagi perlaksanaan Projek Mesej Sejahtera (MESEJ) membolehkan pihak kerajaan Barisan nasional (BN) melaksanakan projek-projek pembangunan yang selari dengan keperluan rakyat di kawasan itu.

“Saya amat mengharapkan agar tidak berlaku pergesesran di kalangan rakyat berkaitan perlaksanaan projek Mesej Sejahtera yang bakal diwujdukan di kawasan ini. Sebaliknya setiap rakyat mampu mempastikan perlaksanaan program pembangunan jangka panjang tersebut dapat mencapai matlamatnya iaitu memberikan pembelaan ekonomi kepada rakyat yang masih jauh ketinggalan di kawasan ini,” katanya.

Menyatakan perkara itu ketika melakukan kunjungan ke kawasan tapak Mesej Sejahtera di Kampung Abai di sini, Saddi yang juga Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa Sabah menegaskan, walaupun projek pembangunan ekonomi itu bersaiz kecil dan diperuntukkan oleh sejumlah kecil penduduk di Kampung Abai, tetapi ianya akan memberikan impak sosioekonomi yang tinggi kepada rakyat Dun Sukau.

Difahamkan, perlaksanaan projek Mesej Sejahtera itu diwujudkan di sekitar 300 ekar kawasan Kampung Abai dengan membabitkan 33 buah keluarga yang terpilih di bawah pernilaian Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Abai.

Kampung Abai yang merupakan kawasan perkampungan Nelayan di kawasan Persisiran Pantai Dun Sukau, terletak kira-kira sejam perjalanan menggunakan bot laju daripada Bandar Snadakan. Lebih 100 orang penduduk kini mendiami kawasan ini berasaskan sektor perikanan dan perladangan kelapa sawit.

“Selain mengharapkan program ekonomi ini dapat dipersebesarkan di kawasan perkampungan Abai, banyak lagi kawasan mundur dalam kawasan Dun Sukau diberikan pembelaan dan perhatian di bawah prohram ini,” katanya.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Pengerusi JKKK Kg. Abai, Tahir Mastar, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dun Sukau, Amirudin Mohd Damit dan para pemaju mukim dalam kawasan Dun Sukau.

Terdahulu dari itu, Saddi bersama rombongannya sempat menghadiri majlis perkahwinan serentak dua pasangan pengantin yang merupakan anak kepada penduduk Kampung Abai.  Pasangan itu ialah ialah Zulfaizal Bin Muil dan isternya Syakila Bte Salatin, diikuti Saudara Zulkifli Jukrana bersama isterinya Norsyillah Bte Salatin.

Ketibaan Saddi turut disambut oleh bapa pengantin lelaki Jukrana Haji Zakaria yang juga Wakil Ketua Anak Negeri Kawasan Dun Sukau dan bapa kedua-dua pangantin perempuan ialah Salatin Bin Panjang Umur.

Turut sama meraihkan majlis persandingan itu ialah Ketua Kampung Tg Batu Darat, Kulalin Lakibul,  Ketua Kampung Gumantong Jaya, Yusup Pibu dan Pengerusi JKKK Kg. Perpaduan, Rosli Madali.

Selain mengiringi kedua pengantin melakukan istiadat ‘manuk-manuk’ iaitu menggunakan bot laju  mengelilingi sekitar kawasan Kampung di Sungai Kinabatangan sebanyak tiga kali, Saddi turut melakukan majlis merinjis kepada kedua pasangan mempelai itu.d here is the rest of it