Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

KOSUK salah satu dari 100 koperasi yang berjaya di Sabah

Saddi menerima cenderahati daripada Puan Marni mewakili pihak KOSUK, sambil diperhatikan Azahari.


Saddi dikelilingi oleh sebahagian daripada anggota KOSUK  selepas majlis perasmian Mesyuarat Agung Kosuk di Sandakan


SUKAU : Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi haji Abdul Rahman menegaskan rakyat di kawasan ini harus terus bangkit dalam menjana pembangunan ekonomi termasuk melalui penubuhan badan koperasi  sebagai salah satu sektor yang berpotensi untuk memajukan kawasan ini pada masa depan.


Katanya,  rakyat di kawasan ini perlu mengambil contoh daripada penubuhan Koperasi Sukau Kinabatangan Berhad (KOSUK) yang ditubuhkan sebelum negara Merdeka tetapi dibangunkan 20 tahun lalu yang kini memiliki aset perladangan bernilai  melebihi RM30 juta.


“Keupayaan perolehan dari sektor perladangan kelapa sawit melalui satu program usahasama dengan sebuah agensi dari persekutuan, hari ini KOSUK sudah boleh merangka pelbagai bidang perniagaan bakal memiliki sebuah bangunan sendiri bagi menjayakan bidang perhotelan”.

“ Koperasi ini yang memiliki lebih 100 orang ahli dan hanya mengusahakan lebih 1,000 ekar tanah pertanian bagi tujuan perladangan itu juga boleh mencaburi bidang-bidang perniagaan yang dikehendaki untuk kebaikan ahli-ahlinya,” katanya  ketika merasmikan mesyuarat Agung KOSUK yang ke 25 di Pusat Rekriasi Indah Jaya Sandakan di sini pag Rabu.
Saddi yang juga Pengerusi Korperasi Pembangunan Sabah (KPD) menegaskan, pendekatan ekonomi  masa depan yang diambil oleh beberapa pemimpin masyarakat masa lalu hingga membawa kepada penubuhan KOSUK meletakkan para anggotanya hari ini ke arah menjayakan tranformasi ekonomi kawasan itu, berasaskan  Pelan Induk Tranformasi Ekonomi Negara  yang sedang diperjuangkan kerajaan menuju wawasan 2020.

Tegas Saddi,  menerusi kepimpinan yang telus di dalam KOSUK, para ahli-ahlinya bakal menikmati kejayaan besar daripada pelbagai bidang ekonomi yang dilaksanakan termasuk bakal meraih pendapatan melebihi US15, 000 sebulan menjelang tahun 2020, sebagaimana yang menjadi matlamat kerajaan.

Katanya, ahli-ahli koperasi berkenaan harus menyatakan terima kasih dan penghargaan kepada OKK Datu Mohd Ugi dan KK Haji Payak Ismail yang telah berjaya mengasaskan penubuhan koperasi itu.

“ Sebagai anak kelahiran Kg Sukau,  saya amat berbangga apalagi turut berpeluang merasmikan mesyuarat Agung Koperasi ini kerana peranan yang sudah dimainkan oleh para anggota  KOSUK kini sedang dan akan terus mewarnai persekitaran ekonomi di kawasan ini, apalagi di mana letaknya sebuah Pekan Baru Sukau yang sudah diluluskan oleh kerajaan negeri,” kata Saddi.

Turut hadir pada majlis itu dan menyampaikan ucapan  masing-masing ialah Pengerusi KOSUK, Azahari Haji Ranggon dan Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Puan Marni Sulaiman.

Katanya, sebagai wakil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sukau beliau amat menyokong usaha ekonomi yang dimainkan koperasi tersebut dan mengharapkan segala bidang pelaburannya terus diperkasakan demi kebaikan ahli-ahlinya.

Kata Saddi lagi sebagai wakil rakyat yang dipertanggungjawabkan memimpin KPD beliau turut mengalu-alukan sebarang usahasama daripada pihak  KOSUK bagi menjayakan pelbagai bidang perniagaan bagi keuntungan kedua-dua pihak.

“ Tawaran ini bukan saja kepada KOSUK tetapi kepada mana-mana koperasi Sabah yang berdaya maju bagi menjayakan bidang seperti pembuatan madu lebah daripada ladang kelapa sawit  diusahakan oleh kalangan petani di Perth di Australia, sebagaimana menerusi satu lawatan kerja lima hari saya bersama para pegawai KPD ke negara itu minggu lepas,” katanya.

Menyentuh mengenai peluang pelaburan KPD itu, kata Saddi, sebuah syarikat dari negara itu bakal melabur di bidang industri madu lebah  di Sabah melibatkan kawasan perladangan kelapa sawit di negeri ini. Hari ini, kata Saddi, Australia merupakan pengeluar industry madu lebah yang terbesar di dunia.

Marni dalam ucapannya memuji peranan perniagaan yang dimainkan KOSUK sebagai salah satu daripada lebih 100 buah badan koperasi yang berjaya di Sabah. Azahari dalam ucapannya menegaskan, pendekatan yang terus diambil para anggota KOSUK ialah menjiwai  perspektif berkoperasi dalam tiga dimensi iaitu ‘sentiasa memandang hari ini, kelmarin dan hari esok dalam segala langkah-langkahnya,  demi kebaikan  dan kemajuan semua anggota.