Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Penduduk Tundun Bohangin tidak pernah diabaikan oleh ADUN Sukau


Golongan wanita tidak dipinggirkan dari senarai penerima
Bantuan enjin sangkut kepada yang memerlukan
Saddi menyampaikan sumbangan sentuhan kasih berbentuk peralatan pembesar suara kepada Pengerusi JKKK Tundun Buhangin, Azman Agoi

Rakyat khususnya yang terus memberikan sokongan BN di kawasan ini diingatkan agar tidak terpedaya dengan dakyah-dakyah pihak tertentu sehingga boleh menafikan  sumbangan dan jasa para pemimpin mewakili kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, rakyat dan pemimpin setempat yang merasa  serta melihat sendiri kegigihan pimpinan kerajaan membela mereka perlu memberi penjelasan  bahawa masyarakat  diluar bandar terus mendapat keutamaan.

“ Jangan ada pihak mengatakan saya kononnya tidak turun padang hingga ke kawasan ini. Seluruh rakyat di sini adalah penyokong setia BN. Kerana merekalah saya dipilih menjadi wakil rakyat dan dapat melaksanakan tanggungjawab sebagaimana yang kita rancang bersama. Maka saya sentiasa bersama mereka,” katanya.

Berucap dalam satu perjumpaan bersama rakyat sempena Program Sentuhan Kasih melibatkan masyarakat Tundun Buhangin dan Sri Ganda di Dewan Serbaguna di sini, Saddi yang juga Pengerusi Koperasi Pembangunan Desa (KPD) Negeri berkata, kerjasama padu antara rakyat dan kepimpinan BN telah membolehkan beberapa program sosioekonomi dan pembangunan di sini telah dapat dijayakan.

Di bawah Program Sentuhan Kasih, kata Saddi,  aktiviti mengagihkan sumbangan khusus kepada rakyat diilhamkan Ketua Menteri di bawah Bajet Negeri 2012 itu tidak menafikan hak rakyat di kawasan ini kerana jasa dan sumbangan mereka menyokong kemenangan BN sekian lama.

“Walaupun saya terpaksa melalui laluan laut Sulu kerana harus kembali ke Bandar Sandakan bagi menjayakan program yang lain, hasrat untuk berjumpa dan menyampaikan sumbangan ini kepada rakyat amat penting demi memenuhi  siri pengagihan bantuan Sentuhan Kasih,” kata Saddi yang menambah kerap ke Tundun Buhangin melalui laluan darat dalam beberapa program lawatan ke Mukim Litang.

Saddi menegaskan, kehadiran pihak tertentu khususnya pembangkang ke kawasan sedemikian tidak lain daripada bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan dan kerjasama rakyat yang sentiasa terjalin erat.

Daripada melayani adudomba mereka, kata Saddi, adalah lebih baik masyarakat di kawasan tersebut memberikan tumpuan kepada aktiviti ekonomi seperti program akuakultur yang dijayakan atas kerjasama rakyat di kawasan ini dengan pihak kerajaan.

Katanya, sebagai kawasan yang terpencil tetapi masih berhampiran dengan kawasan hutan Simpan Tabin yang kerap dikunjungi pelancung asing, masyarakat di kawasan ini harus terus menjaya keindahan kampung berkenaan.

“ Saya juga menggesa kepada masyarakat belia di kawasan ini supaya mempertingkatkan produktiviti mereka dalam pelbagai bidang seperti pertanian, perikanan dan sukan dalam usaha mengetengahkan imej kampung dan rakyat kawasan ini.

“ Itu sebabnya, pada kunjungan kali ini pihak saya turut membawa  ole-ole kerajaan BN kepada golongan belia ini iaitu sumbangan peralatan sukan bagi membolehkan mereka terus aktif bersukan termasuk bakal melahirkan belia-belia yang berbakat dalam  sukan bolasepak di masa depan,” katanya.

Saddi kemudian menggesa pihak ibu bapa supaya terus menggalakkan anak-anak mereka maju dalam bidang perlajaran sebagai salah satu usaha membebaskan golongan keluarga di sini daripada belenggu kemiskinan.

Turut hadir pada program itu ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat Sukau, Sharin Haji Abdul Rahman, Pemimpin Kemajuan Masyarakat (CDO), Amirudin Mohd Damit, Penolong Pegawai Pembangunan Daerah, Mohd Hashim Abdul Hamid, Bahari Omarya (pemaju mukim) dan rombongan mewakili Unit PKR Dun Sukau.